Siap Ada Pawagam & ‘Music Hall’, MITSUI Shopping Park Berdiri Atas Tapak Penjara Pudu Lama

Share

 

Satu-persatu projek berskala mega di sekitar ibu negara kini sedang rancak melalui proses pembinaan. Sekiranya kini tumpuan orang ramai terarah kepada ketinggian menara Merdeka 118 bersebelahan Stadium Merdeka yang secara rasmi menjadi menara kedua tertinggi buat masa ini di belakang Burj Khalifa, Dubai; satu lagi projek ini juga bakal menjadi bualan rakyat tidak lama lagi.

Mitsui Shopping Park Lalaport Kuala Lumpur. Sumber Foto : Mitsui Fudosan Asia

Bertempat di kawasan tiga segi emas Bukit Bintang, projek yang dinamakan sebagai Mitsui Shopping Park Lalaport Kuala Lumpur ini dijangka akan menerima kunjungan orang ramai bermula bulan Januari 2022.

Ia adalah sebahagian daripada pembangunan Bukit Bintang City Centre (BBCC) di tapak Penjara Pudu yang telah diruntuhkan sekitar tahun 2012 bagi memberi ruang untuk projek ini dibina sejak 2018.

Projek ini bakal menggabungkan pelbagai fungsi di tengah-tengah ibu negara. Sumber Foto : Mitsui Fudosan Asia
Gambaran artis. Sumber Foto : Mitsui Fudosan Asia
Pemandangan sebenar salah satu pintu masuk utama. Sumber Foto : Facebook Bukit Bintang City Centre

Dengan kos sekitar RM8.7 bilion, pelbagai fungsi dan tarikan sedang dirancang oleh pihak pemaju demi menjadikan Bukit Bintang sebagai lokasi wajib kunjung bagi pelancong dalam negara dan antarabangsa. Kalau korang perhatikan daripada pandangan udara, Mitsui Shopping Park LaLaport KL akan mudah diakses daripada menara Merdeka 118, stesen LRT Hang Tuah, stesen-stesen monorail terdekat dan juga pusat membeli-belah Berjaya Times Square.

Pemandangan sebenar ke arah Berjaya Times Square. Sumber Foto
: Facebook Bukit Bintang City Centre
Pemandangan sebenar ke arah menara Merdeka 118.Sumber Foto : Facebook Bukit Bintang City Centre
Sumber Foto : Facebook Bukit Bintang City Centre

Setelah siap kelak, ia akan menjadi ‘rumah’ kepada pusat membeli-belah Mitsui Shopping Park LaLaport KL seluas 1.4 juta kaki persegi. Fuh boleh kejang kaki berjalan di dalam bangunan setinggi lapan tingkat itu! Di dalamnya akan menempatkan butik-butik dan stor yang biasa kita temui DAN juga beberapa butik baharu yang berasal dari Jepun serta baru kali pertama diperkenalkan di Malaysia.

Jika ada yang tertanya-tanya sama ada ia mirip dengan bangunan Mitsui Outlet Park di KLIA Sepang, tekaan korang tidak jauh tersasar memandangkan kedua-dua bangunan ini dikelolakan oleh pengurusan dari Jepun tersebut.

Khabarnya, terdapat juga hotel, pejabat ‘The Stride Strata Office’, kediaman mewah ‘Lucentia Residences’, kawasan taman dan juga binaan BBCC Signature Tower setinggi 80 tingkat.

Tambah menarik apabila Mitsui Shopping Park LaLaport KL turut menempatkan dewan konsert mewah bernama Zepp. Buat masa ini, Zepp hanya beroperasi di 9 buah lokasi saja di dunia dan ia bertempat hanya di Jepun serta Taiwan.

Sumber Foto : Facebook Zepp Kuala Lumpur

Fuh, untungnya Malaysia juga bakal tersenarai sebagai lokasi Zepp selepas ini.

Adakah korang bersedia untuk menantikan pembukaan Mitsui Shopping Park LaLaport KL pada awal tahun hadapan?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ