Khamis lepas, rangkaian Kumpulan Suria KLCC melancarkan sambutan kempen Hari Raya yang bakal membawa pengunjung mengimbau suasana perayaan berinspirasikan suasana perkampungan nelayan di pantai timur.
ARTIKEL BERKAITAN: Obor Sukan Komanwel 2022 Kini Di KLCC! Saksikan Depan Mata Di Booth Longines
Kempen Hari Raya Suria KLCC dikatakan akan berlangsung mulai 24 Mac sehingga 1 Mei 2023 berikutan dari sambutan Hari Raya yang jatuh pada 22 dan 23 April 2023.
Menelusuri dekorasi tahun ini, Suria KLCC mengambil inisiatif kreatif dengan memberikan para pengunjung cetusan detik kenangan silam selain dari menghadirkan rasa syukur dengan keindahan bersederhana melalui kehidupan di kampung nelayan.
Reka bentuk rumah kampung tradisional bakal menjadi titik tumpuan di laman Centre Court yang mana merupakan pusat perayaan di Suria KLCC. Selain itu, aktiviti interaktif, wayang kulit juga bakal memberikan para pengunjung pengalaman langsung dalam mengendalikan wayang kulit disebalik tabir.
Semestinya yang paling mencuri perhatian sekali ialah replika pelita terbesar di Malaysia yang berukuran setinggi 50 kaki. Dikhabarkan bahawa replika pelita gah ini berjaya menempa nama di dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2022 sebagai replika pelita terbesar dan tertinggi di Malaysia.
“Melalui langkah yang menitikberatkan semangat perayaan buat para pengunjung ini, kami
berharap agar musim sambutan Hari Raya kali ini dapat mencerminkan tanda kerukunan
terhadap warisan budaya Malaysia yang pelbagai,” kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif dan Pengarah Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.
Pengalaman membeli-belah di Suria KLCC akan menjadi lebih istimewa dengan ganjaran dan penjimatan yang ditawarkan pada musim Hari Raya kali ini. Bermula dari 30 Mac sehingga 24 April, para pengunjung yang berbelanja RM1,000 melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima Suria KLCC e-baucar (SKLCC e-Vouchers) yang bernilai RM100 serta satu set sampul raya eksklusif dari Suria KLCC.
BACA LAGI: Mata Sukar Nak Lelap? Cuba Tips Ini Untuk Tidur Yang Lena
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: The Suria KLCC Group