Nama pun Malaysia, tentu saja kita kaya dengan kepelbagaian bangsa, budaya dan agama.
Seorang gadis berbangsa India dan beragama Hindu bernama Divya Darshini menjadi perhatian warganet baru-baru ini selepas lancar membaca surah-surah dalam Al-Quran.
ARTIKEL BERKAITAN : Warganet Teruja Pelajar Bangsa India Tonton ‘Jejak Rasul’, Raih A+ Tasawwur Islam
Hal ini selepas video live
beliau di media sosial TikTok bersama memperlihatkan Divya membaca iqra dan kemudian meneruskan membaca surah An-Naas. Malah, ramai terpegun selepas Divya membaca surah tersebut kerana kelancarannya membaca surah itu.Untuk info, Divya membuat live di tiktok bersama seorang wanita Melayu dan kemudiannya bertanya surah paling panjang yang dihafal. Kemudian Divya membaca surah Yaasin dan menyatakan itu surah terpanjang yang dia hafal.
@lan5388 smoga mendapat hidayah…😊😊🤲🤲 Amin..♬ original sound – lan538
“Dulu masa kecil kalau i nampak hantu, dalam hati automatik keluar ayat Kursi.”, kata Divya secara spontan.
Menurut gadis berbangsa India ini lagi, beliau sering membaca surah Kursi jika takut terlihat hantu sewaktu kecil dahulu dan masih ingat sehingga sekarang.
Netizen Kagum Dan Mendoakan
Rata-rata warganet terkejut dan kagum dengan hafalan Al-Quran gadis ini. Malah tidak kurang juga yang memuji kecantikan dan mendoakan agar gadis ini diberikan hidayah dan petunjuk.
Wah bagusnya gadis ini, bukan calang-calang orang tau mampu hafal surah Yasin tu.
BACA LAGI : “I Belajar Jawi Juga”,Netizen Teruja Pelajar India Bukan Muslim Cemerlang Ujian Tasawwur Islam
Sumber : TikTok
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.