Siap Sedia Untuk Berdepan Gangguan Bekalan Air Di Lembah Klang Mulai Esok

Share

Bermula hari Selasa, 6 Max sehingga 9 Mac akan datang, penduduk di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang akan menghadapi catuan air oleh pihak berkuasa.

Okay, korang yang duduk di luar Lembah Klang tu dah boleh tarik nafas lega sikit.

Sumber: SYABAS

 

Antara kawasan terlibat ialah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Hulu Selangor.

NAMUN..

Gangguan bekalan air di setiap kawasan telah dijadualkan dan akan berlaku pada masa berbeza.

Petaling : 8 pagi (6 Mac) sehingga 9 malam (7 Mac)

Klang / Shah Alam : 8 pagi (6 Mac) sehingga 9 pagi (9 Mac)

Gombak : 8 pagi (6 Mac) sehingga 12 tengah malam (8 Mac)

Kuala Lumpur : 8 pagi (6 Mac) sehingga 9 malam (8 Mac)

Kuala Langat : 8 pagi (6 Mac) sehingga 3 petang (7 Mac)

Hulu Selangor : 8 pagi (6 Mac) sehingga 9 malam (7 Mac)

Gangguan bekalan air ini berlaku disebabkan kerja-kerja pembaikan yang dilakukan di Loji Pembersihan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) oleh Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dari jam 8 pagi sehingga 6 petang.

Walaupun proses tersebut mengambil masa 10 jam setiap hari, bekalan air akan kekal terganggu untuk 4 hari berturut-turut kerana loji pembersihan tersebut akan ditutup serta merta bagi memberi ruang untuk kerja-kerja pembaikan.

Syabas menasihatkan agar penduduk di kawasan yang terlibat menyediakan bekalan air secukupnya sebelum hari Selasa bagi tempoh 4 hari tersebut.

Untuk maklumat lanjut dan LIVE update, klik pada akaun media sosial dan laman web Syabas.

Facebook: Air Selangor

Twitter: Air Selangor

Laman web: Syabas

 

Published by
FZ