Ads
Home Hiburan Siapa 5 Remaja Berjaya Tawan Gunung Everest? Rekod Paling Muda 13 Tahun

Siapa 5 Remaja Berjaya Tawan Gunung Everest? Rekod Paling Muda 13 Tahun

Ads

Semalam Shivangi Pathak berusia 16 tahun diiktiraf sebagai remaja perempuan termuda berjaya mendaki Gunung Everest, puncak tertinggi dunia.

Anak kelahiran Hisar di Haryana yang terletak di Utara India ini membuktikan dirinya apabila berjaya menjejak kaki menawan puncak Everest pada ketinggian 8839 meter yang mana ramai tahu ada pendaki maut ketika menuju je puncak kerana angin kencang selain risiko terkena kereputan kerana semakin tinggi pendakian, oksigen semakin kurang.

Turut mencatat kejayaan bersamanya ini adalah beberapa pendaki dari negara seperti Poland dan India serta sherpa masing-masing turut berjaya sampai ke puncak pada hari sama dan ianya diakui Thaneswar Guragai dari Seven Summit Treks.

Siapa 5 Remaja Berjaya Tawan Gunung Everest? Rekod Paling Muda 13 Tahun
Gunung Everest setinggi 8848 meter adalah puncak tertinggi di dunia
Siapa 5 Remaja Berjaya Tawan Gunung Everest? Rekod Paling Muda 13 Tahun
Mampu menawannya adalah kejayaan terbesar bagi seorang pendaki
Siapa 5 Remaja Berjaya Tawan Gunung Everest? Rekod Paling Muda 13 Tahun
Shivangi Pathak berusia 16 tahun diiktiraf sebagai remaja perempuan termuda

Siapa 5 Remaja Berjaya Tawan Gunung Everest? Rekod Paling Muda 13 Tahun

Di sebalik kejayaan Shivangi sebenarnya ada lagi remaja yang telah berjaya menawan puncak tertinggi dunia. Paling muda berusia 13 tahun tetapi sayang kerana usianya terlalu kecil dia tidak diiktiraf kepada negara Nepal hanya mensyaratkan mereka berusia 16 tahun ke atas layak mendaki gunung tertinggi dunia itu. Bagaimana pun Tibet tidak kisah dengan usia.

Siapa 5 Remaja Berjaya Tawan Gunung Everest? Rekod Paling Muda 13 Tahun

Siapa 5 Remaja Berjaya Tawan Gunung Everest? Rekod Paling Muda 13 Tahun

Malavath Poorna – 13 tahun dari India

Anak seorang petani miskin, Malavath Poorna merupakan remaja termuda berjaya mendaki ke puncak Gunung Everest setinggi 8848 meter pada 25 Mei 2014. Malangnya, baik pemerintah dari China dan Nepal tidak memberikan pengiktirafan di atas kejayaannya kerana kerajaan Nepal mensyaratkan pendaki mestilah berusia 16 tahun ke atas.

Malavath berjaya mencapai puncak pendakian melalui pendakian dari Tibet yang agak berbahaya namun 10 sherpa ada bersamanya semasa pendakian tersebut dan dia berjaya memacakkan bendera India di puncak. Remaja itu berkata, dia mula berlatih 7 bulan sebelum memulakan ekspedisi tersebut. Ekspedisi yang memakan masa 52 hari itu dibiayai oleh sebuah organisasi,” katanya yang memiliki tubuh agak kecil.

Ads

“Pada hari pendakian ke puncak, saya menyaksikan enam jenazah sehingga timbul rasa gentar,” katanya yang menguatkan semangatnya meneruskan pendakian kerana tahu dia dari kasta rendah

Bagaimana pun kejayaannya sampai ke puncak diiktiraf oleh Himalayan Database sebuah badan berkredibiliti  dalam soal sampai ke puncak.

“Malavath adalah remaja termuda berjaya menakluk Everest,” kata Jeevan Shrestha, yang membantu pakar pendakian Elizabeth Hawley menyusun data pendakian di Himalaya itu.

Siapa 5 Remaja Berjaya Tawan Gunung Everest? Rekod Paling Muda 13 Tahun

 

Siapa 5 Remaja Berjaya Tawan Gunung Everest? Rekod Paling Muda 13 Tahun

Temba Tsheri – 15 tahun warga Nepal

Ads

Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Nepal, Temba Tsheri, 15 tahun menjadi orang paling muda sampai ke puncak dalam cubaan keduanya.  Sebelum ini seorang remaja Nepal, Shambhu Tamang yang berusia 16 tahun berjaya melakukannya pada tahun 1973.

Ini adalah percubaan kedua Tsheri di mana pada Mei tahun lalu dia hanya 22 meter dari puncak Everest tetapi terpaksa berpatah balik ekoran kabus tebal. Bagaimanapun dia kehilangan tiga jarinya.

Siapa 5 Remaja Berjaya Tawan Gunung Everest? Rekod Paling Muda 13 Tahun

Siapa 5 Remaja Berjaya Tawan Gunung Everest? Rekod Paling Muda 13 Tahun

Alyssa Azar – 19 tahun warga Australia

Seorang remaja perempuan, Alyssa Azar menjadi kebanggaan Australia apabila berjaya menakluk Gunung Everest pada usianya 19 tahun sekaligus mencatat sejarah sebagai warga Australia melakukannya pada usia muda.

Ads

Berasal dari Queensland, dirinya mula naik ke puncak pada jam 4.00 pagi pada ketinggian 800 meter dari puncak sebelum sampai beberapa jam kemudian. Ini percubaan ketiganya. Dalam dua percubaan sebelum ini iaitu pada tahun 2014, berlaku runtuhan salji di base camp Khumbu yang mengorbankan 16 sherpa.

Pada April 2015, sekali lagi dirinya berusaha untuk melakukan pendakian dan ketika berada di base camp, kota Nepal dilanda gempa bumi yang mengorbankan 3218 orang. Kejayaan remaja ini amat dibanggakan kerana dia berusaha tiga kali dan semangat yang tak pernah putus. Dirinya juga seorang yang sangat tekad. Mula mendaki pada 2005 melintasi Jalur Kokoda di Papua New Guini dan telah mendaki 10 puncak gunung tertinggi di Australia. Sebelum ini Rex Pemberton menjadi warga Australia termuda berjaya mendaki pada usianya 21 tahun.

Siapa 5 Remaja Berjaya Tawan Gunung Everest? Rekod Paling Muda 13 Tahun

Siapa 5 Remaja Berjaya Tawan Gunung Everest? Rekod Paling Muda 13 Tahun

Jordon Romero- 13 tahun dari Amerika Syarikat

Seorang remaja dari Amerika Syarikat dikatakan berjaya menjadi orang termuda menakluk Gunung Everest pada usianya 13 tahun. Jordon Romero telah menelefon keluarganya dari puncak gunung tertinggi dunia itu pada tahun 2010.

“Mama, saya menelepon dari puncak dunia,” kata Leigh Anne Drake mengutip perkataan anaknya. Jordan Romero mendaki gunung bersama ayahnya dan tiga pemandu Sherpa.

Rekod pendaki termuda Everest sebelumnya dipegang oleh seorang remaja laki-laki Nepal berusia 16 tahun. Romero sekarang sudah pernah menaklukkan gunung-gunung tertinggi di lima benua dunia.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI