Kita mungkin pernah berhadapan rakan serumah yang tidur berdengkur. Bunyinya terlalu kuat sehingga ada ketika menggangu kualiti tidur kita pula yang rasa rimas mendengarnya.
Mungkin para isteri juga terpaksa menahan “tension” bila pasangannya tidur berdengkur dan bunyinya terlalu kuat. Sebelum korang beranggapan dengkur itu hal biasa, sila ambil perhatian serius mengenai masalah dengkur ini.
Menurut Dr. Ezairy M.Sallih yang juga pakar ENT, ada lima sebab utama kepada masalah dengkur.
Baca tulisannya:
“Suami saya tidur doktor, berdengkur satu rumah boleh dengar. Apa masalahnya, doc?”
Kenapa kita tidur berdengkur?
Ads
Cuba lihat perkara ini
Terlalu penat letih
Tisu dan otot yang lemah akibat keletihan di bahagian dalam mulut dan belakang tekak akan mengakibatkan pesakit mudah mengalami berdengkur. Anda, saya dan kita semua boleh menghadapi masalah ini
Ads
Berat badan berlebihan
Pengumpulan lemak akibat berat badan berlebihan di sekitar salur pernafasan mengakibatkan masalah berdengkur. Turunkan berat badan ke tahap ideal!
Masalah hidung
Nasal polyp salah satu puncanya. Buat pemeriksaan doktor jika anda ada masalah pada hidung.
Ads
Masalah tekak
Ramai ada masalah tonsil yang besar, tapi mereka tak sedar. Selain boleh menyebabkan serangan berulang kali, pesakit turut boleh mengalami masalah berdengkur.
Lain-lain
Ini termasuk ubat tidur, meningkat usia, merokok, alkohol, saiz anak tekak dan lidah yang besar dan berbagai-bagai lagi.
Periksa doktor jika anda ada masalah ini. Sila kongsi maklumat ini jika anda rasa ia bermanfaat.
Isu pelajar dan rokok seakan satu budaya yang terlalu sukar dibendung. Melihat remaja khususnya pelajar sekolah rendah merokok terasa bagai ingin menegur secara berhadapan.
Tindakan kerajaan menaikkan harga rokok, tidak menjual dalam pek kecil, tidak menjual pada usia di bawah 18 tahun juga membuatkan golongan kecil ini seperti tidak kisah kerana banyak rokok-rokok seludup boleh didapati dengan harga murah di kedai-kedai runcit.
Sikap tamak dan pekedai hanya mahu untung adalah punca mengapa gejala merokok di kalangan pelajar sukar dibendung. Fakta ini mungkin sedikit mengejutkan tetapi inilah realiti dalam dunia remaja. Tulisan di entri Public Health Malaysia bulan lalu mendapati gejala ini sebenarnya sangat menakutkan.
Tinjauan Tembakau dan Rokok Elektronik di kalangan Remaja Malaysia (Tecma) menunjukkan fakta yang amat membimbangkan.
Menurut tinjauan tersebut, dalam setiap lima pelajar, seorang daripada mereka mula mula berjinak-jinak dengan rokok sejak berusia 10 tahun. Kajian tersebut juga menunjukkan empat dalam lima remaja mengetahui tabiat merokok oleh sesiapa yang berumur di bawah 18 tahun adalah satu kesalahan.
Kajian tersebut juga meneroka lokasi dan bagaimanakah pelajar dapat membeli rokok. Tinjauan tersebut mendapati pelajar berjaya membeli dan memperoleh rokok dengan mudah dari pasar raya, kedai runcit dan gerai tepi jalan.Menurut mereka lagi, lebih separuh berkata mereka tidak pernah dihalang daripada membeli produk tembakau.
PHM sendiri telah menjalankan satu ‘Social Experiment’ untuk melihat reaksi dan sikap peniaga apabila berhadapan dengan pelajar sekolah yang membeli rokok secara terang terangan di kaunter kedai runcit, restaurant, stesyen minyak dan pasaraya.
Hasilnya, kami mendapati 3 daripada 5 pekedai atau pekerja di kaunter bayaran membenarkan pelajar sekolah untuk membeli rokok tanpa sebarang persoalan atau halangan.
Ini merupakan antara justifikasi bagi menyokong kempen #bantahrokokkiddiepack yang telah di adakan bagi menolak usul untuk memperkenalkan rokok kiddie pack ke pasaran Malaysia.
Bagi pihak sekolah sendiri, isu pelajar merokok menjadi isu disiplin yang serius. Pemeriksaan mengejut berkala di adakan dari masa ke semasa oleh pihak sekolah untuk mengesan pelajar yang merokok. Lokasi tempat persembunyian rokok yang di temui adalah seperti di dalam kasut, dalam tali leher, dalam tali pinggang, di dalam pen. Bagi pelajar perempuan pula, ada yang menyembunyikan rokok di dalam pakaian dalam dan di dalam anak tudung.
Isu rokok di kalangan remaja sememangnya semakin parah. Pelbagai usaha perlu di pergiatkan untuk menangani masalah ini. Mungkin peraturan yang lebih ketat bagi pembelian rokok perlu di wujudkan seperti mana negara jiran, Singapura dan negara negara maju lain. Di sana, rokok di tempatkan di dalam ruang khas yang tersembunyi dan tertutup bukan di kaunter bayaran terbuka seperti di Malaysia.
Apa yang lebih penting, ibu bapa perlulah memainkan peranan penting. Bukan sukar hendak mengesan remaja yang merokok. Bapa terutamanya, janganlah tunjukkan contohnya buruk pada anak. Bukankah peranan nakhoda keluarga itu adalah untuk melindungi keluarga?
Gambar: Salah satu tempat persembunyian rokok, di dalam tali leher pelajar
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun pandemik Covid-19 masih belum reda. Sambutan perayaan tidak semestinya disambut sepi, apa yang penting semangat menjiwai makna disebalik perayaan itu biarpun tidak boleh saling ziarah menziarahi.
Seperti Hari raya, perayaan Tahun Baru Cina juga menjadi pesta memerah idea oleh pereka fesyen tempatan, biarpun koleksi yang ditampilkan tidak semeriah koleksi lebaran, namun nilai estetik dan makna disebalik rekaan yang dihamparkan menjadikan individu yang memakai tampil lebih cantik dan segak.
Itulah keindahan Malaysia. Kita saling berkongsi budaya yang kaya dan unik, busana cheongsam bukan hanya boleh digayakan oleh orang Cina sahaja, sesiapa sahaja boleh memakainya sesuai acara. Remaja memilih lima rekaan busana Tahun Baru Cina dari label fesyen tempatan yang mencuri perhatian.
BRIAN KHOO
INNAI RED
MELINDA LOOI
BEHATI
KHOON HOOI
Selain rekaan buat wanita ada juga rekaan untuk lelaki. Motif flora jelas melatari pilihan-pereka-pereka fesyen ini.
.
.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hadirnya musim panas pada setiap tahun pasti memberikan satu keasyikan kepada penggemar jenama aksesori popular, Pandora. Saban tahun, mereka tentu akan memperkenalkan koleksi terbaru untuk direbut oleh pengumpul tegar jenama tersebut kerana keunikan rekaan yang ada.
Menariknya untuk 2022, rupanya bukan kita saja yang ternanti-nantikan koleksi musim panas ini tetapi juga personaliti popular seperti penyanyi Charli XCX, selebriti media sosial Addison Rae, penari Kanada Donte Colley, selebriti TikTok Cecilia Cantarano dan penyanyi Filipina-Inggeris Beabadoobee.
Menerusi kempen Pandora Me 2022, lima orang duta fresh ini memperagakan aksesori pilihan yang dekat dengan hati serta karakter peribadi mereka.
Bagi peminat Charli, tentunya korang tahu dengan konsep more is more yang selalu dipilih penyanyi Boom Clap itu. Jika korang juga seorang maximalist, pilihlah beberapa rekaan berbeza untuk dipadankan dengan teknik layering pada bahagian leher dan lengan.
Buat Addison Rae pula yang terkenal dengan gaya unik yang menjadi ikutan ramai di media sosial, dia menunjukkan bagaimana korang boleh glow up bak sedang menghadiri festival muzik. Yang penting, kenalah terbuka untuk tampil experimental.
Gaya Charli dan Addison Rae ini mudah untuk korang capai memandangkan koleksi musim panas 2022 membawakan rekaan persis era fesyen 1960-an hingga 70-an.
Lihat sajalah kepada bentuk-bentuk comel lagi unik seperti pelangi, hati dan matahari. Yang mana merasakan diri mereka seorang ‘Angel Baby’, korang juga boleh mendapatkan cincin dengaan typografi label tersebut!
Yang penting, there are no wrongs in styling a Pandora Me collection. Yang penting korang selesa dan yakin semasa menggayakannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...