Tinggal lebih kurang dua hari saja lagi sebelum Pencarian Dewi Remaja 2019 akhir bersiaran secara langsung pada hari Sabtu ini.
Kesemua finalis akhir kali ini mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing, jadi sudah tentu persaingan sengit diantara 5 finalis, Adriana, Shaza Bae, Nynaa Harizal, Amanda dan Syamira bakal disaksikan pada minggu akhir nanti.
Siapakah diantara mereka yang menjadi pilihan korang untuk bergelar pemenang Dewi Remaja 2019?
Jom kita lihat apa pula ramalan beberapa orang finalis Hero Remaja 2017.
1. Alif Muhaimin
Dari segi competitiveness, Alif rasa semua berkebolehan dan betul-betul serius nak menang. Tapi walaupun semua nak menang, mereka semua nampak matang bila tengah buat assestments, jadi mereka tahu bila nak switch daripada perangai 'gila-gila' kepada serius. Ini yang membuatkan Dewi Remaja kali ini sangat sengit.
Secara jujurnya, Alif rasa Nynaa Harizal atau Syamira boleh menjuarai Dewi Remaja tahun ini. Kelebihan Nynaa, selain memiliki rupa paras yang cantik dia juga sudah pernah berlakon dalam beberapa buah drama. So
, dia dah memang ada pengalaman dari segi pengalaman.Syamira pula, dia sangat pandai bercakap dan nampak sangat humble. Ofcourse, she's very beautiful. Jadi pada Alif mungkin dua finalis ini punya kelebihan pada malam final nanti.
2. Adam Yusuf
Walaupun sibuk dengan kerja, Adam juga sempat menonton Dewi Remaja tahun ini bila ada kelapangan masa. Hm, Adam rasa mungkin Nynaa bakal juara tahun ini sebab she's the hottest. Hehe!
Apa-apa pun Adam nak ucapkan good luck untuk semua finalis dan percayalah, korang memang antara yang terbaik. Jadi menang atau tidak, semua pun pasti akan menyinar dalam industri satu hari nanti.
3. Ikmal Amry
Saya sebenarnya nak melihat Dian di pentas akhir Dewi Remaja 2019. Tapi, mungkin bukan rezeki dia kali ini dan saya percaya dia mendapat tempat dalam industri. So, kalau nak suruh saya pilih siapa bakal juara tahun ini, hm rasanya Nynaa Harizal kot.
Nynaa bukan saja cantik, tapi dia juga mempunyai pakej yang lengkap untuk berkecimpung dalam bidang seni tanah air.
All the best girls!
4. Farhan Asri
Saya rasa semua finalis akhir Dewi Remaja tahun ini mempunyai aura yang sama dan masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri untuk fight title Dewi Remaja. Mereka semua memang layak untuk menang dengan syarat mereka perlu jadi diri sendiri dan menggunakan kelebihan yang ada.
Jika tanya pilihan saya, saya memilih Nynaa Harizal kerana perwatakan diri sendiri yang ditampilkan oleh Nynaa nampak seperti dia boleh menjadi ikon atau role model kepada masyarakat dan remaja.
5. Harris Annuar
Harris rasa Syamira atau Adriana boleh menang sebab tak tahu kenapa rasa macam tahun ni akan dimenangi oleh individu yang orang tak sangka. Hehe! Saya rasa mereka mampu untuk menyerlah di pentas final nanti.
6. Nabil Aqil
Kalau Nabil, rasanya Shaza Bae boleh jadi juara Dewi Remaja 2019. Mempunyai personaliti menarik, Shaza juga nampak seorang yang confident dan mempunyai attitude yang agak 'strong'. Sudah tentu dia bakal menjadi antara pesaing yang sengit pada malam final nanti.
7. Safwan Nazri
Sebagai seorang hos digital bagi Pencarian Dewi Remaja 2019 tahun ini, sudah tentu saya banyak juga meluangkan masa bersama barisan finalis. Apa yang saya nampak, semua finalis akhir memang padu! Jadi, semua pun boleh memang. Siapa yang perform pada malam final nanti, dialah yang juara. Hehe!