Siapa Bakal Rampas Takhta Wany Hasrita Untuk Anugerah EDMA 2018?

Share

 

Tak dinafikan, penyanyi Wany Hasrita merupakan antara penyanyi paling popular pada tahun 2017.

 

Selain mempunyai single meletop ‘Menahan Rindu’ yang berjaya berada di carta ERA selama 39 minggu berturut-turut, macam-macam anugerah yang telah Wany bawa pulang. Bolot eh sis! Hehe

Salah satu malam anugerah happening buat Wany ialah ERA Digital Music Award 2017 di mana Wany berjaya memenangi kategori Artis ERA Jaa TV Terbaik, Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA dan Penyanyi Kolaborasi Terbaik ERA.

Tapi tu tahun lalu, tahun 2018 pula macam mana?

Daripada senarai penuh calon Top 5 yang diumumkan oleh ERA dan penaja, Deeja Cosmetic awal minggu ni, nampak macam Sarah Suhairi dan Haqiem Rusli yang conquer

– kalau nak ikutkan jumlah pencalonan lah.

Tapi disebabkan ini anugerah EDMA 2018 ini terserah 100 % kepada pengundi kecuali untuk kategori Lagu Paling Lama dalam Carta ERA 40, mungkin (MUNGKIN OKAY) Sarah boleh memenangi kebanyakan kategori memandangkan Sarah pun baru menjuarai sebuah program realiti.

Ini dia senarai penuh Top 5 pilihan korang:

 

Lagu Paling Viral

Haqiem Rusli – Selamat Tinggal Sayang

  • Dato’ Sri Siti Nurhaliza – Anta Permana
  • Sufian Suhaimi – Dimatamu
  • Hael Husaini – Hajat
  • Faizal Tahir – Ragaman

Penyanyi Kolaborasi Terbaik

  • Haqiem Rusli dan Aman RA – Jatuh Bangun
  • Syamel dan Ernie Zakri – Aku Cinta
  • Tajul dan Wany Hasrita – Rindu Dalam Benci
  • Ryan Deedat dan Sandra – Salimah
  • Floor 88 dan Baby Shima – Roadblock Hatiku

Muzik Video Paling Lit

  • Andi Bernadee – Satu Peluang
  • Zizan Razak – Kau Takkan Tahu
  • Floor 88 – Roadblock Hatiku
  • Ismail Izzani – Bidadari
  • Sarah Suhairi – Nyawa Raga

Penyanyi Paling Lit di Media Sosial

  • Khai Bahar
  • Kucaimars
  • As’ad Motawh
  • Hael Husaini
  • Sarah Suhairi

Temubual Terbaik Carta ERA

  • Haqiem Rusli
  • Wany Hasrita
  • Ara Johari
  • Sarah Suhairi
  • Sufian Suhaimi

Penyanyi Pilihan DEEJA

  • Ariff Bahran
  • Ayda Jebat
  • Ismail Izzani
  • Faizal Tahir
  • Syamel

Lagu Paling Lama dalam Carta ERA 40 (Nota: Kategori ini tidak dibuka untuk undian)

Fasa kedua undian untuk EDMA 2018 telah bermula sejak 14 Januari lalu sehingga 23 Januari untuk memberi peluang kepada korang mengundi selebriti favourite masing-masing di laman web edma.era.je. Tamat je proses undian tu, para pemenang akan diumumkan pada malam anugerah EDMA 2018 pada 25 Januari ini.

 

***

 

Bakal dihoskan oleh Nabil Ahmad, korang boleh menontonnya secara langsung di Facebook ERA. Selain daripada senarai pemenang, kami pun sebenarnya excited untuk melihat baju bagaimana yang akan dipakai oleh selebriti dengan tema ‘Be Yourself’ dengan konsep Neon Street. Takut silau je mata dengan warna baju nanti, hehe.. JK

Kami pun menantikan persembahan daripada Ismail Izzani, Haqiem Rusli, Akim & the Majistret, Alif Satar dan ramai lagi.

Dalam pada itu, kami pun tertanya-tanya apa yang best

-nya mengenai penaja pada edisi kali ini.

Rupanya, Deeja Cosmetic ini mempunyai set penjagaan kulit muka 5 dalam 1. Bagi korang yang nak tampil flawless, cerah, dan lebih berseri secara semulajadi, korang boleh cuba produk Deeja Cosmetic kerana semua bahannya adalah natural.

Kesemua produk 5-dalam-1 seperti sabun pembersih muka, toner nano, krim siang, krim malam dan krim nano ini boleh digunakan oleh lelaki mahupun perempuan untuk mengurangkan cela jerawat dan melembapkan kulit.

Bagi yang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Deeja Cosmetic, korang boleh layari media sosial mereka di Facebook dan Instagram

 

Published by
FZ