Siapa pernah tengok filem Gol & Gincu?. Filem ini menampilkan pelakon Fazura, Asyraf Siclair, Sazzy Falak, Mohamad Pierre Andre, Syarifah Amani dan ramai lagi pelakon-pelakon hebat suatu masa dulu.
Selain kehebatan pelakon-pelakonnya, terselit artis baru yang baru berjinak-jinak dalam dunia lakonan iaitu Fahmi Fadzil yang kini merupakan calon di kerusi panas, Parlimen Lembah Pantai yang menggantikan Nurul Izzah yang bertanding di Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang. Ohhh ok, pernah jadi pelakon rupanya ya!
Tidak hanya berlakon Gol & Gincu, dia juga aktif berteater malah dalam “Second Link” dan “Dua, Tiga Dalang Berlari” baik sebagai pelakon mahu penulis. Malah Fahmi merupakan penerima anugerah Artis Harapan pada Anugerah Seni Boh Cameron 2006. Okay, hebat jugalahkan bila ada bekas pelakon yang mana akhirnya aktif dalam politik.
Pertemuan Remaja dengan calon muda penuh bergaya ini ketika dirinya berkempen di Parlimen Lembah Pantai.
Ads
Ketika diajukan soalan, kalau dia tidak aktif politik siapakah dirinya sekarang, selamba Fahmi menjawap, dia mungkin seorang jurutera kimia dan meneruskan minatnya dalam dunia lakonan.
Malah katanya lagi, penglibatannya dalam dunia politik adalah didorong rasa cintanya terhadap seni dan teater, malah ianya mulai mekar ketika dia mula-mula menyertai demonstrasi politik.
Ditanya manisfesto politiknya terutama membawa suara orang muda, kata Fahmi Fadzil, dia memperjuangkan hak orang muda terutama gaji asas RM1500 berbanding RM1200 pada hari ini. Malah kalau diizinkan juga, ia boleh mencecah RM2000 jika ekonomi Malaysia berkembang dengan baik.
Ads
Menyentuh isu anak muda yang mungkin kurang berminat berpolitik, Fahmi Fadzil menyarankan agar anak muda bangkit berjuang kerana masa depan negara ditentukan oleh suara orang muda.
“Kita perlu lakukan satu perubahan dan perubahan ini perlu dibangkitkan gelombangnya oleh anak muda. Sebab itulah bagi Parlimen Lembah Pantai ini, saya mahu agar nama Bangsar South itu dikembalikan kepada asalnya iaitu Kerinchi iaitu nama asal usul nenek moyang kita yang sudah lama melakukannya. Jangan jadi orang yang lupa sejarah. Kita akan kembalikan hak kepada rakyat dengan sepatutnya,” katanya yang turut mengajak Raja Nong Chik berdebat berkaitan isu Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 yang mana dakwanya Pelan itu bermula pada 2009 ketika Datuk Seri Raja Nong Chik menjadi Menteri Wilayah.
“Pelan itu sudah siap pada 2009 dengan kos Rm30 juta tetapi tidak diwartakan sedangkan ia adalah pembangunan menyeluruh, lebih lestari, mampan dan sustainable,’ katanya yang mendapat pendidikan di Amerika Syarikat.
Ads
Jadi korang pun pun dah tahukan apa aspirasi bekas pelakon yang kini aktif sebagai ahli politik ini? Sebagai anak muda, inilah masa kita keluar mengundi kerana negara Malaysia mengamalkan demokrasi terpimpin yang mana pilihanraya akan diadakan setiap 5 tahun sekali untuk menentukan parti mana yang memerintah. Jadi jangan lupa ya pada 9 Mei ini, tinggal 6 hari lagi yang bakal membuatkan debar para calon semakin kencang.
5 perkara tentang Fahmi Fadzil yang perlu korang tahu!
Ada Ijazah Dalam Kejuruteraan Kimia dari Universiti di Amerika Syarikat
Pernah kerja di sebuah syarikat Jepun sebelum aktif dalam politik
Suka makan roti canai
Tak aktif sangat dalam sports
Ibu bapa pegawai tinggi kerajaan namun merestui kerjayanya dalam politik PKR
Jom tengok apa seruannya untuk anak muda tentang mengundi?
https://youtu.be/eFL7e1KyaS8
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila syarikat penerbangan AirAsia buat promosi, maka ramailah diantara kita yang sanggup berjaga malam gara-gara ingin mendapatkan tiket murah. Mana tidaknya, harga yang ditawarkan pada waktu promosi ni boleh dikatakan ‘gila’ jugalah.
Baru-baru ini AirAsia buat kejutan kepada rakyat Malaysia apabila menawarkan harga tidak masuk akal, bermula 29 Februari lalu sehingga 7 Mac 2020 nanti, AirAsia menawarkan pas penerbangan tanpa had selama setahun berharga RM499 untuk semua ahli BIG AirAsia di seluruh negara.
Syarikat penerbangan tambang murah itu menawarkan pas penerbangan tersebut untuk ke negara seperti Australia, Jepun, Korea, China dan India.
Dengan pas berkenaan, korang boleh melakukan penerbangan bermula hari ini (2 Mac 2020) hingga 2 Mac 2021 kelak.
Tetapi perlu diingatkan bahawa penerbangan perlu ditempah sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pelepasan.
Memandangkan tempoh perjalanan bagi pemegang pas tanpa had itu meliputi tempoh setahun, anda mempunyai pilihan untuk membuat tempahan pada bila-bila masa sahaja dan boleh memilih untuk menerokai destinasi sedia ada atau kembali ke destinasi kegemaran berulang kali pada musim yang berbeza.
Bagi membeli pas penerbangan tanpa had itu, korang boleh dapatkannya di laman airasia.com/deals ataupun dalam aplikasi mudah alih AirAsia.
Amacam guys? Berani ke nak travel time-time macam ni? Apa pun, tepuk dada tanya selera. Tidak kiralah korang berada di mana sahaja, semoga kita semua dilindungi daripada segala penyakit yang memudaratkan.
Semua pilihan di tangan korang!
Sumber: Newsroom AirAsia
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 sedang giat diberikan kepada masyarakat bagi meningkatkan kembali kadar imuniti rendah selepas keberkesanan vaksin semakin menurun.
Dos penggalak dikatakan boleh menjadi benteng ketahanan imuniti badan daripada risiko jangkitan dan penularan COVID-19.
Antara individu yang diutamakan untuk mendapat dos penggalak adalah seperti berikut:
Petugas barisan hadapan
Individu berusia 40 tahun dan ke atas
Individu berusia 18 dan ke atas yang mempunyai komorbiditi
Penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang
Keperluan ke luar negara
Ibu mengandung
Bagi yang belum mendapatkan dos penggalak ini, sebanyak empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang menawarkan perkhidmatan vaksinasi dos penggalak secara walk in kepada golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas bermula hari ini.
Empat PPV tersebut adalah termasuk PPV World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur, PPV Axiata Arena, Bukit Jalil, PPV Ideal Convention Centre, Shah Alam dan PPV Dewan Sokka Gakkai, Klang.
Hal ini bertujuan untuk mempertingkan kadar pengambilan dos penggalak selain memastikan lebih ramai penduduk di Lembah Klang mendapat perlindungan imuniti yang optimum terhadap jangkitan COVID-19, termasuk ancaman varian Omicron.
Vaksin yang akan diberikan di PPV Lembah Klang adalah AstraZeneca. Namun, vaksin Pfizer juga akan dibekalkan bagi individu tertentu seperti ibu hamil yang telah menerima janji temu atau individu yang mempunyai kontraindikasi terhadap AstraZeneca.
So guys, sekiranya korang masih belum mendapatkan dos penggalak, boleh terus walk in ke empat PPV ini okay? Semoga kita berjaya mengekang virus ini dari terus menular.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Masalah pembantu rumah lari dan sebagainya bukanlah satu perkara yang baru. Ada yang bekerja tidak sampai seminggu, kemudian menghilangkan diri pun ada.
Malang tidak berbau, baru-baru ini kakak kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Noor Hayati Kamarzaman meminta orang ramai untuk mengesan pembantu rumah ibu mertuanya yang melarikan diri dari rumah.
Menerusi entri dikongsikan oleh Noor Hayati atau mesra disapa Yatie, suspek dikenali Citra turut membawa lari barangan kemas ibu mentuanya bersama.
Dalam hantaran tersebut, Yatie juga memaklukan mereka menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berjaya menjejaki pembantu rumah ibu mentuan
Bawa lari barang kemas bernilai RM300,000
Sementara itu, ibu kepada usahawan berkenaan iaitu Rozita Ibrahim turut berkongsi hantaran yang sama kepada pengikut media sosialnya dan memberitahu suspek telah melarikan barangan kemas besannya bernilai RM300,000.
“Maid yang jadi perompak terhormat. Disayangi ni balasannya. Melarikan hampir RM300,000 barang kemas besan saya.
“Bonda mohon bantuan pada semua followers sebar-sebarkan,”tulis Bonda Rozita di ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Pun begitu, hantaran terbaru Yatie menyatakan hal ini telah selesai dan pembantu rumahnya telah dijumpai hanya satu malam.
Namun, banyak barang yang hilang tidak ditemui kerana telah digadai. Menurut Yatie lagi kes masih dalam siasatan polis, dan dia berterima kasih kepada semua yang membantu prihatin dengan malang yang menimpa diriya dan keluarga.
Sumber Foto Via Instagram Yatie Kamarzaman
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka, seorang pelajar aliran Sastera yang hanya memperoleh 2A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mampu mengubah nasib dan muncul sebagai pelajar terbaik dalam...