Sejak melancarkan kempan #EcoBeautySquadMY bermula bulan Ogos lalu, jenama kecantikan dari Korea Selatan itu The Face Shop telahpun melakukan pelbagai aktiviti bersama para pesertanya dari Malaysia.
Selama berminggu-minggu, mereka melakukan aktiviti seperti bengkel secara maya, cabaran dan juga pusingan penyingkiran – seperti mana-mana pertandingan lain. 100 orang peserta terpilih mendapat bimbingan daripada usahawan Venice Min selain mentor lain.
Satu-persatu, mereka mara ke peringkat seterusnya sehinggalah hanya 10 orang peserta saja yang mara ke peringkat akhir.
Akhirnya, keputusan penuh telahpun diumumkan oleh The Faceshop dan gadis bertuah yang terpilih sebagai juara ialah Cassandra Yap Jie Ying!
Gadis berusia 21 tahun tersebut berjaya ‘bertahan’ sehingga ke penghujung pertandingan dan membawa pulang hadiah utama bernilai sehingga RM20,000.
Ini termasuklah kontrak 12 bulan bersama jenama kecantikan itu, bekalan produk dari The Face Shop selama 12 bulan, sebuah kamera DSLR dan keahlian gimnasium selama setahun.
Menurut The Face Shop, Cassandra sememangnya merupakan seorang pesaing hebat dan pernah memenangi cabaran di peringkat separuh akhir. Selayaknya, dia merupakan front runner untuk merebut kemenangan tersebut.
Untuk pengetahuan, gadis cantik ini merupakan anak kelahiran Johor Bahru dan berminat untuk mencipta nama dalam bidang fesyen, content creator dan fotografi berkualiti.
“Sebelum ini, saya hanya fokus pada bidang fesyen saja. Dengan pengalaman bersama The Face Shop ini, saya lebih yakin dengan penjagaan kulit dan solekan yang betul. Malah, followers saya di media sosial juga menyukai diri saya yang baru ini,” katanya.
Pengumuman tersebut telah dilakukan menerusi paparan Facebook Live. Jom lihat persona Cassandra menerusi foto di bawah:
.