Saban tahun, masyarakat sedunia semakin mementingkan pemeliharaan alam sekitar masing-masing. Jika kita sebagai orang biasa, tabiat mengitar semula barangan terbuang boleh dilakukan setiap hari.
Bagi jenama fesyen pula, mereka turut tidak ingin terlepas daripada menyambut kempen pemeliharaan alam sekitar ini secara agresif.
Dulu, kita selalu tertanya-tanya bagaimanakah pakaian eco-friendly dihasilkan? Adakah pembeli akan memakai kain buruk sebagai baju mereka? Like, eww!
Perkara itu sama sekali tidak benar kerana jenama fesyen tidak pernah berhenti daripada menyelidik cara terbaik bagi mereka mengeluarkan koleksi pakaian eco-friendly.
Pedro ‘The World Is Ours’
Sambutan Earth Day berlaku pada tarikh 22 April pada setiap tahun. Buat kali pertama, Pedro mengeluarkan koleksi The World Is Ours yang diperbuat daripada bahan kitar semula.
Ini termasuklah barangan seperti sneakers, cermin mata hitam lelaki (RM289) dan cermin mata wanita (RM249). Korang juga boleh mendapatkan tote bag yang diperbuat daripada craft paper (RM269).
Layari pedroshoes.com untuk info lanjut.
H&M Conscious Exclusive
H&M adalah antara jenama yang sering menyokong mesej pemeliharaan alam sekitar. Namun buat julung kalinya, H&M memperkenalkan bahan kitar semua baru iaitu recycled silver dan ECONYL. Turut digunakan adalah tali fiber nilon dari sarung kaki fishnets.
Bukan setakat pakaian baju, dress dan seluar yang diperkenalkan untuk koleksi tahun, H&M juga memperkenalkan aksesori cantik, kasut kitten heels dan juga set pakaian dalam. Berbanding koleksi tahun-tahun sebelumnya, penulis personally berpendapat koleksi tahun ini sangatlah wearable dan fashionable.
H&M Conscious Exclusive berada di butik H&M Lot 10 dan di online bermula 19 April.
The KIPLING Initiative
Berbanding dua jenama yang telah disebutkan di atas, Kipling pula tampil berbeza demi memelihara alam sekitar. Mereka memilih untuk bekerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan memelihara spesis ungka tangan putih (White-Handed Gibbons).
Ungka ini adalah antara spesis yang diambil sebagai haiwan peliharaan oleh Kipling di bawah jagaan Zoo Negara Malaysia. Dahulunya, spesis ini mudah ditemui di kawasan hutan hujan seperti di Malaysia. Namun, pada tahun 2009, Kesatuaan Antarabangsa bagu Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) meletakkannya sebagai spesis haiwan terancam.
Untuk koleksi bag kapsul Basic Plus edisi terhad ini, setiap rekaan disertakan dengan rekaan EMOJI dan pemegang kunci ungka tangan putih. Ia boleh didapati dari harga RM159 sehingga RM839.
Kipling Basic Plus berada di semua butik Kipling bermula sekarang.