Hey siapa kata perempuan tak boleh buat perkara yang lelaki buat?
Jika di Malaysia, contoh terbaik ialah Leona Chin yang merupakan seorang drifter perempuan di Caterham Motorsports Championship Round 2 Supersport di Sepang.
Selain itu, kita juga mempunyai Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong yang merupakan pemenang pingat perak di Sukan Olimpik Rio 2016. Walaupun berada pada ketinggian 10 meter, mereka tak gentar malah hebat dengan formasi sebagai duo terjun negara.
So sekali lagi, siapa kata perempuan tak mampu lakukan apa yang lelaki lakukan?
Kami percaya dengan kebolehan para finalis Dewi Remaja 2018/2019 dan mencabar mereka untuk mencuba sesuatu yang mudah – menukar tayar kereta. Ya kedengaran senang je tapi tak semua pernah lakukannya. Lelaki pun ramai yang terpinga-pinga okay bila tayar pancit tengah jalan! Hehe..
Kumpulan mana yang hebat, jom tengok.
Apa lagi cabaran yang korang nak Dewi Remaja lakukan? Cer komen di ruangan Facebook.
“Masalah Generasi Muda Sekarang, Semuanya Nak CEPAT..” – Shaza Bae
Dengan kewujudan teknologi dan kecanggihan platform media sosial kini yang dijadikan sebagai punca pendapatan remaja, mungkin ada benarnya apa yang diperkatakan oleh Shaza Bae ini.
Baru-baru ini, REMAJA sempat melangsungkan sesi Instagram Live bersama Dewi Remaja 2019, pelakon dan hos program Prelude Hero Remaja 2021, Shaza Bae.
Menerusinya, pelbagai topik yang kami kupaskan seperti inti pati program Hero Remaja pada tahun ini, pendapat Shaza berkenaan isu remaja dan pengalamannya sebelum serta semasa menyertai pencarian Dewi Remaja 2019.
Salah satu soalan yang dikemukan penonton siaran live tersebut berbunyi, “Apakah satu pengajaran yang Shaza telah pelajari dalam hidup setakat ini?”
Komen Shaza, terlampau banyak pengajaran yang telah dikecapinya biarpun baru berusia 26 tahun; hasil daripada pengalaman belajar, bekerja dan bertemu ramai pihak.
Namun, satu perkara yang Shaza ingin tekankan kepada generasi muda zaman sekarang adalah mengenai obsesiti remaja yang ingin “kaya dan berjaya” dalam tempoh waktu singkat.
Generasi Z bagi Shaza perlu belajar untuk menghargai kepayahan serta usaha keras sebelum sampai ke satu tahap seterusnya. Tanpa mengertai makna di sebalik proses tersebut, segala kejayaan yang kita kecapi tidak akan membutirkan nikmat berpanjangan.
Yes, you will be happy for a short while, but the feeling will just wipe out quicker before you can say yay.
“Saya rasa masalah generasi saya ini… kita nak cepat. Semua benda nak cepat. Tak boleh sebenarnya. Usaha keras, kesabaran dan dedikasi diperlukan untuk seseorang itu perlahan-lahan berjaya.”
“Saya pun belajar untuk tidak mudah ‘nak cepat’. Dulu saya pun nak berjaya pada usia 25 tahun, saya nak kahwin pada usia 25 tahun. Sampai usia 26 tahun ini pun saya belum berkahwin (ketawa).”
“Kehidupan ini sebenarnya adalah satu proses yang kita semua perlu jalani. Bukan saja untuk berjaya, proses ini juga akan menjadikan kita seorang insan yang lebih baik.
“Oleh itu, generasi Z perlu sedar bahawa tiada ‘jalan singkat’ ke arah kejayaan. It is a long journey. Saya pun dalam journey yang sama dan saya pasti, selebriti seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Neelofa, Scha Alyahya juga melalui journey ini. Kejayaan memerlukan proses,” ulas pengacara program Hlive ini.
Bagaimanapun, Shaza tidak menidakkan sekiranya ada insan yang memperolehi kejayaan dalam sekelip mata, ia adalah rezeki daripada Allah SWT. “At the end of the day, jalan orang berbeza-beza.”
Temuramah penuh Shaza Bae bersama #RemajaDengarKata boleh ditonton di bawah:
“Praktis Kaw Kaw, Barulah Anda Datang…” -Pesanan Che Ta Buat Peserta Uji Bakat Hero Dewi Remaja 2023
Pelakon dan usahawan popular, Rozita Che Wan tampil menegaskan buat para peserta yang bakal hadir ke uji bakat pencarian Hero Dewi Remaja 2023 agar mempersiap diri terlebih dahulu agar lebih kelihatan menarik, sebelum datang untuk menonjolkan bakat yang ada.
“Untuk pencarian Hero Dewi Remaja tahun ini kita tak nak mereka ikut kriteria yang kita (pihak produksi) beri.
“Malah, kita nak mereka hadir dengan diri mereka. Tapi, mereka datang pula, lah…” katanya ketika ditemu bual.
Rozita berkata demikian ketika ditemui Remaja pada uji bakat pencarian Hero Dewi Remaja 2023 yang berlangsung di Pulau Pinang, pada Sabtu.
Tambah bintang itu lagi, dia menegaskan agar kesemua peserta yang bakal hadir ke uji bakat sudah pun mengetahui bakat yang ada untuk persembahkan kepada para juri.
“Jadi, datanglah dengan betul-betul dah tahu bakat apa yang ada dalam diri anda, asahkan lagi dan praktis ‘kaw-kaw’, jadi barulah anda datang,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, para peserta yang hadir ke uji bakat pada kali ini bebas mengenakan sebarang pakaian dan penampilan mengikut stail peribadi.
Uji bakat akan diteruskan lagi bagi mencari bakal Hero Dewi Remaja 2023 di Kota Kinabalu, Sabah, dan Petaling Jaya Selangor.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Shaza Bae Kongsi Pengalaman Bertugas Di HLive Dalam Tempoh PKP
Walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, sebagai petugas media, Shaza Bae tidak boleh melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang hos HLive dan dia masih menjalankan tugasnya seperti biasa.
“Selepas tiga minggu bercuti kerana mengikuti trip bekerja ke Brazil, Shaza kini sudah mula masuk bertugas di studio. Selepas pulang dari luar negara, Shaza perlu dikuarantin selama 2 minggu kerana risau dengan wabak COVID-19. Shaza telah pun melakukan test tersebut di salah sebuah hospital swasta di Damansara dan Alhamdulillah, keputusannya adalah negatif,” jelas Shaza yang berkongsi pengalamannya selepas pulang dari Brazil.
View this post on InstagramA post shared by SHAZA 🦋 (@shazabae_) on
“Sewaktu bertugas di studio, kami tidak langsung dibenarkan untuk membuat sebarang body contact. Jurusolek yang mendandan Shaza pun menggunakan berus spesifik untuk Shaza sahaja. Hand sanitizer sentiasa wajib ada bersama. Malah, semasa pengacaraan juga hos diminta untuk menjaga jarak. Keadaan di Astro tidak sama seperti sebelum ini. Hanya pekerja produksi yang terlibat sahaja dibenarkan masuk ke bangunan tersebut,” sambungnya lagi.
Sepanjang dua minggu dikuarantin, banyak aktiviti yang dapat dilakukan oleh Juara Dewi Remaja 2019 ini jika hendak dibandingkan dengan sebelum ini.
“Kalau dulu Shaza tidak banyak masa untuk memasak, sekarang ni boleh dikatakan hari-hari Shaza akan masak. Kemas rumah pun sekerap yang mungkin. Hari-hari vacuum rumah. Hehe! Shaza juga memang seorang yang suka membaca, jadi waktu terluang beginilah dihabiskan untuk meneruskan hobi ini,” kata Shaza.
Ditanya bagaimana kehidupannya sepanjang tempoh PKP berlangsung, anak gadis ini tidak terkecuali daripada terpaksa membatalkan sebarang job lakonan dan modeling yang ada.
“Tidak dinafikan banyak job yang terpaksa dibatalkan ekoran daripada situasi sekarang. Tetapi, Shaza bersyukur kerana masih mempunyai pendapatan tetap, iaitu mengajar.
Walaupun dalam PKP, Shaza masih perlu untuk melakukan pembelajaran bersama pelajar secara online. Selain itu, Alhamdulillah Shaza mempunyai sedikit simpanan yang boleh digunakan sepanjang tempoh PKP ini. Tidaklah banyak, tetapi boleh juga menampung kehidupan seharian,”
“Shaza juga ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk stay at home kerana ini sahaja langkah yang boleh dilakukan untuk memutuskan rantaian wabak tersebut. Bagi yang perlu bekerja, pastikan korang memberikan penjagaan ekstra dengan sentiasa memakai hand sanitizer dan pastikan balik sahaja rumah, terus mandi bersihkan diri. Semoga penularan wabak ini berakhir dan kita boleh hidup seperti dahulu semula,” sambungnya lagi.
Begitulah pengalaman Shaza Bae yang dapat dikongsi bersama Remaja. Kami juga doakan agar Shaza dilindungi ketika berkerja di luar sana. Korang pun stay home dan stay safe ya. Jangan keluar rumah kalau tiada urusan penting!