
Hey football lovers!
Oh, kami tidak bermaksud all you boys yang gemarkan sukan bola sepak. Sebaliknya, kami tahu ramai peminat bola sepak yang terdiri daripada gadis-gadis remaja.
Ya, siapa kata perempuan tidak gemarkan bola sepak atau sekadar menonton perlawanan bola sepak semata-mata untuk melihat kelibat pemain-pemain di atas padang.
Bola sepak kini dianggap sebagai gaya hidup cool tidak kiralah sama ada korang aktif bermain ataupun setakat meminati dari tempat duduk penonton.
Dengan menyokong pasukan kegemaran pilihan sendiri, semakin ramai gadis di Malaysia yang boleh merasai semangat komuniti, memupuk nilai-nilai positif seperti daya saing serta berbangga dengan prestasi pasukan terutamanya melibatkan pasukan bola sepak kebangsaan kita, Harimau Malaya.


Sokong, sokong juga. Namun jangan sesekali melupakan gaya fesyen ketika korang berkunjung ke stadium untuk menyaksikan perlawanan getir bersama rakan sebaya yang berkongsi minat kesukanan yang sama.
Nah! REMAJA senaraikan tujuh selebriti tempatan dan antarabangsa yang bijak mengolah jersi bola sepak menjadi sebahagian daripada gaya memorable untuk dimuat naik ke Instagram masing-masing.
JANNA NICK
Peminat tegar pasukan bola sepak Kedah FC, Janna Nick merupakan salah seorang selebriti tempatan yang pernah mencetuskan fenomena gadis-gadis muda gemar menyarungkan jersi bola sepak dengan penuh berstail. Kadangkala pelakon ini menggayakannya dengan topi ringkas, ada masanya dengan headband.
JENNIE BLACKPINK
Siapa masih ingat momen ikonik dalam klip video Pink Venom yang dilancarkan oleh Blackpink pada tahun 2022 ini? Ratu rap, Jennie shut the internet down dalam persalinan jersi pasukan Manchester United yang telah diubah suai dengan judul album studio kedua kumpulan berkenaan, Born Pink tercetak pada bahagian hadapan. Dek kerana klip video ini, jersi Manchester United pada waktu itu laris terjual sama ada di stor fizikal atau dalam talian.
BELLA HADID
Supermodel kelahiran Amerika Syarikat ini memang pakar dalam memberi idea kepada peminat bola sepak perempuan lain untuk bergaya di stadium. Korang boleh memadankan baju jersi oversized dengan seluar trek longgar untuk mendapatkan gaya yang lebih modest tetapi cool. Untuk merasa lebih ranggi, why not lengkapkan gaya korang dengan aksesori sling bag untuk meletak kipas elektrik. Iyalah, stadium kan panas!
EYKA FARHANA
Hi Miss Akhyar Rashid! Pelakon Eyka Farhana yang merupakan tunang kepada pemain bola sepak tempatan itu merupakan penyokong tegar pasukan bola sepak Malaysia apabila sering dilihat berada di stadium ketika perlawanan getir melibatkan Harimau Malaya. Untuk gaya yang satu ini, Eyka suai padankan jersinya dengan baju hoodie serta celana denim rona sama. Paling menonjol adalah sling bag berjenama Louis Vuitton bagi menaikkan auranya.
ARTIKEL BERKAITAN: 10 Selebriti Ini Tetap Setia Dengan Liverpool FC
ADRIANA LIMA
Lain macam apabila supermodel dari Brazil ini menyarungkan jersi pasukan bola sepak negaranya ketika menghadiri pertunjukan fesyen Schiaparelli pada tahun 2018 di kota Paris. Kebetulan pula, pasukan Brazil ketika itu bakal bertarung dengan pasukan Mexico sempena Piala Dunia. Oleh itu, Adriana menunjukkan bagaimana cara untuk menggayakan baju jersi dengan lace skirt dan kasut tinggi. Paling penting, Adriana memilih jersi bernombor 10 bagi menyatakan sokongannya untuk bintang bola sepak Brazil, Neymar.
HAYOUNG A-PINK
K-pop’s it girl, Hayoung dari kumpulan gadis A-Pink bukan lagi figura asing di stadium bola sepak negara itu. Peminat sukan ini bukan sahaja tampil sporty tetapi turut memastikan terus selesa dengan penggayaan fesyennya. Contohnya ketika sesi bersama rakan media di Korea Selatan ini, Hayoung tidak kekok dalam persalinan jersi labuh dengan skirt ropol dan beberapa rantai leher. Nampak juga tak cara Hayoung menggunakan tali getah untuk diikat pada bahagian bawah jersi? Hasilnya, ou la la!
RUHAINIES
Haa, siapa sangka pelakon Ruhainies juga merupakan peminat bola sepak! Nampak sahaja manis dan lemah lembut, Ruhainies pernah hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk melihat pasukan negara bertarung dengan pasukan Thailand ketika kejohanan Sukan SEA 2017. Tampil dengan gaya kain tertera nama Harimau Malaya sebagai choker leher, Ruhainies turut menggunakan teknik layering dengan dua lagi utas rantai silver.
*
So girls, tiada lagi alasan untuk korang tidak ‘bersiap’ apabila berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 April 2025 bagi menyaksikan aksi final Piala Malaysia musim 2024-2025 melibatkan pasukan JDT FC dan Sri Pahang FC.
Untuk yang tidak berkesempatan untuk menonton secara live, saksikannya bermula jam 9 malam dengan Astro One melalui Astro Arena, Astro Arena Bola (saluran 801, 802, 803) atau muat turun dan strim live di aplikasi sooka.
ARTIKEL BERKAITAN: Sekali Dengar Terus Bangkit Semangat Di Stadium! Rakyat Malaysia Gerenti Boleh ‘Vibe’ Dengan 4 Lagu Nyanyian M. Nasir & Ella – Remaja
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.