Malam ini akan berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke-35 menyaksikan 12 lagu dipertandingkan dalam majlis tertutup memenuhi prosedut operasi standard yang ditetapkan. Pertandingan yang dianjurkan saban tahun sejak 1986 ini merupakan antara pertandingan paling lama bertahan dalam sejarah penyiaran di Malaysia menggunakan konsep yang sama dengan sedikit perubahan dari tahun ke tahun.
Mula diadakan pada tahun 1986, lagu Sekadar Di Pinggiran nyanyian Francisca Peter dijulang sebagai juara sulung dan Manan Ngah merupakan komposer pertama diangkat sebagai juara. Apa yang menarik perhatian adalah bagaimana penganugerahan dibezakan untuk komposer dan juga penyanyi.
Bagi edisi sulung tersebut, biarpun Francisca Peter menyanyikan lagu hanya Manan Ngah yang naik ke pentas untuk menerima hadiah kerana beliau merupakan komposer lagu tersebut, sesuai dengan pertandingan ini sebagai pertandingan yang mengangkat komposer dan penulis lirik. Namun begitu Francisca Peter tidak pulang dengan tangan kosong apabila dia memenangi tempat kedua bagi kategori persembahan terbaik. Kategori persembahan terbaik untuk edisi pertama ini dimenangi oleh Alleycats yang mempersembahkan lagu Sampaikan Salam Cintaku.
Itulah uniknya pertandingan Juara Lagu ketika itu, tiga anugerah untuk lagu terbaik dan tiga anugerah untuk persembahan terbaik. Kategori lirik terbaik pula mula diadakan pada edisi kedua Juara Lagu 1987 menyaksikan penulis lirik terkenal, Habsah Hassan diangkat sebagai pemenang sulung menerusi lirik puitisnya untuk lagu Menaruh Harapan.
Namun begitu format ini diubah pada tahun 1992 yang mana menyaksikan pemenang diasingkan mengikut kategori lagu dan kemudiannya juara keseluruhan dipilih dari tiga lagu terbaik setiap kategori. Dan kini bermula tahun 2009, Anugerah Juara Lagu edisi ke-24 format telah kembali seperti dahulu yang mana tiada kategori lagu diadakan dan disamping pemenang utama untuk komposer dan penulis lirik, barisan penyanyi berpeluang merebut gelaran vokal dan juga persembahan terbaik.
***P/S- Tengok penyanyi wanita dulu-dulu pertandingan pakai baju kurung je. Simple dan cantik!
Sumber gambar: YouTube TV3