Sejak semalam, kebanyakan media seluruh dunia membicarakan perihal Reynhard Sinaga. Kesnya memperkosa 136 lelaki (siasatan polis Manchester mendapati 190 mangsa berasaskan tempat tinggalnya sebelum berpindah di apartment tempatnya ditangkap).
Berusia 36 tahun, Reynhard Sinaga lebih dikenali sebagai Rey. Semalam mahkamah menjatuhkan penjara seumur hidup atas kesalahan memperkosa 159 orang dan melakukan serangan seksual terhadap 48 korban lelaki.
Di antara 159 kes terdapat 136 dakwaan perkosaan dengan mangsanya dilaporkan di perkosa berkali-kali. Ada menyebutnya sebagai Predator Syaitan atas sikapnya itu.
Siapa Rey? The Guardian yang melaporkan kes ini memaklumkan, lelaki Indonesia ini dilahirkan pada 1983 di Jambi. Ketinggiannya sekitar 170 cm.
Datang ke luar negara menggunakan visa pelajar pada 2007 pada usianya 24 tahun. Rey tinggal di Manchester selama 10 tahun sebelum tertangkap atas perlakuan perkosaannya.
Selama di luar negara, hidupnya dibiayai oleh ayahnya yang juga seorang pegawai bank.
Selain membiayai kuliah, ayahnya juga turut membiayai sewa apartment Reynhard di Montana House, lokasi di mana dia membawa lelaki-lelaki yang ingin diperkosanya.
Teman yang mengenalinya yang tinggal di Gay Village, Manchester menyebut “si predator syaitan” ini sebagai seorang yang lemah lembut ketika berbicara dan berkaca mata tebal.
“Dia baik, lemah lembut dan sopan.
Dipanggil Rey, sepanjang mengenai Reynhard Sinaga tidak pernah menceritakan mengenai keluarganya, di mana dia mempunyai dua orang saudara sebenarnya atau masa kecilnya.
Tidak pernah sembunyi dirinya seorang gay
Sebagai lelaki tidak normal, Rey tidak pernah menyembunyikan orientasi seksualnya di mana dia seorang gay kerana sering dilihat berada di Canal Street mahu pun Gay Village.
Malah teman-temannya mengaku, mereka sama sekali tidak menyangka Rey akan didakwa atas kesalahan jenayah iaitu rogol. Kerana dia sering dilihat mendekati lelaki yang heteroseksual di mana dia kemudian menuduh, bahawa dirinya menjadi mangsa lelaki-lelaki tersebut.
Mangsa kebanyakan lelaki muda berusia 19-21 tahun
Dalam perbicaraan terhadapnya, pihak polis menunjukkan bukti dari perbualan Whatsapp di mana Rey menyebut teman sebiliknya sudah berpindah.
“Temannya itu kemudian berseloroh bahawa Rey bakal mendapat teman baru setiap hari. Reynahand membalas dengan menunjukkan seorang lelaki yang diyakini adalah mangsa terbarunya.
Malah Rey sempat menunjukkan gambar seorang lagi remaja berusia 19 tahun yang menjadi mangsanya selepas lelaki berkenaan bertengkar dengan kekasihnya.
Malah sepanjang mengenali lelaki berkenaan, kata temannya Rey menunjukkan sikap tertutup dengan tidak membenarkan sesiapa memasuki bilik tidurnya atas alasan “terlalu kotor”.
Tidak sempat habiskan PhD
Di Manchester, Rey belajar di University Manchaster dari Ogos 2007 sehingga bergelar graduan dalam bidang Sosiologi.
2012, dia menyambung pengajian di peringkat ijazah kedoktoran PhD di University Leeds dalam bidang Geografi Kemanusiaan tetapi dia tidak menyelesaikannya. Tapi Rey sempat menyerahkan tesisnya yang berjudul Sexuality And Everyday Transnationalism Among South Asian Gay And Bisexual Men In Manchester.
Dia menyerahkan tesisnya pada bulan Ogos 2016 tetapi gagal dan minta diperbaiki. Malah kawan wanita yang mengenali Rey berkata, lelaki ini sering berfikir dirinya adalah Peter Pan kerana wajahnya nampak muda dari usia.
“Dia bersikap naif dalam segalanya”
Mangsa perkosa harap Rey mereput dalam neraka
Korban perkosa harap Rey mereput dalam neraka
Rata-rata korbannya adalah lelaki berusia 21 tahun di mana mereka dikatakan tidak dapat melupakan kejadian rogol itu seumur hidup mereka apatah lagi ketika polis menjalankan siasatan dan menunjukkan video mereka diperkosa yang dirakam oleh Rey sendiri.
Rey dalam perbicaraan mengakui lelaki berkenaan rela dan bukan pemerkosaan tetapi beribu video menunjukkan mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, ada yang berdengkur malah aksi-aksi jenayahnya cukup menjijikkan bagi mereka apabila dipertontonkan kembali.
Kebanyakan mangsa tidak sedar dan kata mereka, biar Rey mereput dalam neraka.
“Saya rasa seperti ingin mati. Sangat terkejut, merasa dikhianati, sangat marah. Tindakannya menjijikkan dan tidak boleh dimaafkan. Dirinya menyalahgunakan kepercayaan saya terhadap manusia,” kata korban seperti dilaporkan oleh BBC News.
Lebih menakutkan dari bukti-bukti siasatan polis mendapati Rey membius sendiri mangsanya dan dengan itu dia lebih mudah menjalankan kerja terkutuknya.
Apartment tempat tinggalnya dilengkapi sejumlah kelab malam di mana anak-anak muda duduk berbual dan minum-minum dan itu lebih memudahkan kerjanya mencari mangsa.
Dari satu rakaman CCTV apartmetnnya, menunjukkan dia turun waktu tengah malam dan seminit kemudian, terlihat dia bersama seorang lelaki muda berkulit hitam menuju ke apartmentnya.
Guna ubat bius GHB
Menurut keterangan diberi oleh pihak doktor ketika perbicaraan kes, Rey menggunakan sejenis ubat bius yang dipanggil Gamma Hydroxybutyrate (GHB) yang mampu membuatkan mangsa tidur berjam-jam selepas disuntik.
Menurut Dr Simon Elliot yang juga pakar forensik dan toksikologi, kesan ubat bius ini bukan saja akan membuat mangsa tertidur berjam-jam, mereka juga tidak akan dapat mengingati apa yang berlaku pada mereka.
Malah ubat bius itu turut berfungsi untuk mengendurkan tubuh. Keadaan tidur dengan kendur akan memudahkan lagi pemerkosaan dilakukan oleh Rey terhadap mangsa-mangsanya.
Apa yang pasti, kisah lelaki berorientasi seksual melampau ini pasti diingati rakyat Indonesia kerana beritanya amat menggemparkan sehingga seluruh media melaporkan kejadian tersebut.