
Kes penculikan kanak-kanak sememangnya satu perkara yang serius di China lebih-lebih lagi kawasan yang jauh dari bandar. Salah satu sebab kes penculikan ini banyak terjadi adalah kerana ramai ibu bapa di China yang inginkan anak lelaki berbanding anak perempuan dan mereka sanggup membuat apa saja untuk mendapatkan anak lelaki termasuklah membelinya daripada sindiket penculikan.

Baru-baru ini, seorang pemuda berusia 34 tahun bertemu dan disatukan semula dengan keluarganya selepas 32 tahun terpisah.
Penyatuan tiga beranak itu mengakhiri episod penculikan paling terkenal di republik itu sejak 1988.
Mao Yin berusia dua tahun ketika diculik di wilayah Shaanxi, sebelum dijual kepada keluarga lain dan dijaga sehingga dewasa.

South China Morning Post melaporkan, Mao yang kini menjalankan perniagaan pengubahsuaian dikesan polis Xian, awal Mei lalu.
Polis menggunakan kaedah pengesanan wajah untuk menganalisis gambar lama sebelum menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi tujuan pengesahan.
Selepas mendapat pengesahan identiti, polis menghubungi ibu Mao, Li pada sambutan Hari Ibu lalu.
“Ini hadiah terbaik saya terima pada Hari Ibu,” kata Li seperti dilaporkan agensi berita CCTV.
Dalam sidang media, dua beranak itu berpelukan dalam tangisan selepas dipertemukan kali pertama sejak 32 tahun lalu.
“Saya tidak mahu berpisah dengan kamu lagi,” kata Li.
Mao juga berharap dia dapat terus tinggal dan menjaga ibu bapa kandungnya selepas ini.
Mao hilang di Hotel Jinling di Xian selepas bapanya meninggalkan dia sendirian beberapa minit untuk mengambil air.
Ibu bapanya menghabiskan masa 32 tahun mencari Mao di seluruh China dengan mengedarkan lebih 100,000 risalah mengenai kehilangan anak mereka.
Sedihnya, separuh dari umur terpisah dengan ibu bapa kan..So korang bersyukur la yang ada ibu dan ayah disisi tu.
Sumber : Xinhua reported.
Keluarga Rayu Henti Sebar Kes Mangsa Kerat 8, Mak Arwah Tak Boleh Terima

Hari ini media sosial dikejutkan dengan kisah sedih apabila seorang wanita ditemui meninggal dunia dalam keadaan dikerat lapan dipercayai dilakukan oleh suaminya sendiri. Punca kejadian dikatakan selepas berlaku pertengkaran antara pasangan ini pada malam sambutan hari jadi. Antara dakwaan punca pasangan ini bertengkar akibat masalah keluarga mentua selain soal cerai yang diminta soal cerai yang diminta oleh arwah semasa pertengkaran berlaku.
Dalam kejadian menyayat hati itu, suspek warganegara Singapura dikatakan telah memukul dan menikam isterinya dikenali sebagai Norfazera binti Bidin, 27 tahun. Lebih menyayat hati, seorang anak arwah Muhammad Iman Asraf Bin Abdullah, 11 tahun yang menjadi saksi pertengkaran pasangan ini turut dibunuh oleh suspek.
Memang ramai yang marah dengan tindakan ganas suspek terhadap isterinya sendiri malah ramai melemparkan kata-kata kesat ekoran tindakan suspek yang bunuh dan bakar mangsa.


Di sebalik kes yang viral ini, ada ahli keluarga arwah dikenali sebagai Wan Mas Ayu menzahirkan rasa kecewa kerana penyebaran berita ini dan beliau menulis di posting fbnya sejak dua jam lalu yang lalu agar orang ramai berhenti menyebarkan tentang kisah arwah.
Dalam tulisan di fbnya, Wan Mas Ayu meminta orang ramai agar tidak share post atau posting tentang isu sedih ini.
Sesiapa yg tgh share post or anything ttg isu kes bunuh kerat 8 tuu..plz plz n plz…stop share posting tuu sbb ahli kluarge kami trkesan bile rmai sgt tnye psal hal nie..tlg hormat at least..kami mohon..mak arwah masih lgi xblh trime..jdi tlg hormat prasaan mak arwah.


Sejak semalam, kes kerat lapan ini tular di media sosial termasuk kertas siasatan yang dilaporkan. Berikut inilah laporan yang disiarkan sejak semalam.
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera YDH Dato/Tuan/Puan.
*MAKLUMAN KES BUNUH BERSANGKUT TG MINYAK RPT. 6605/19*
*A. REPORT POLIS*
Tg Minyak Rpt. 6605/19
Tarikh : 10/10/19
Masa : 1635 Hrs
IO : ASP Muhather Bin Mohd Kudus
HP: 016-6766482
Sek : 302 Kanun Keseksaan
*B. BUTIRAN PENGADU*
Nama :L/KPL Mohd Khyerill Amri Bin Sabtu
No.Polis : RF 164205
Tugas : Tugas Am Balai Polis Tg Minyak
*C. RINGKASAN KES*
Pada 10/10/19 Jam lebih kurang 1630 Hrs, Pengadu anggota Balai Polis Tg Minyak semasa bertugas telah menerima panggilan MERS 999, dimaklumkan oleh arang awam 1(L)Melayu : Sani ( 0111-3363766 ) telah menjumpai mayat manusia di kawasan Kampung Ladang, Jalan PK 43, Perindustrian Krubong Melaka. Pengadu Jadikan Maklumat tersebut sebagai Maklumat Pertama.
*D. SUSPEK*
Nama : Shahrul Nizam bin Zuraimy
Pasport : S8832113H
Warganegara : Singapura
Alamat : Blk 15 Lor 7 Toa Payoh #04-617
*E. MANGSA*
*BUTIRAN SI MATI (1)*
Nama : Norfazera Binti Bidin
Kpt. 921006105070 ( 27 Tahun )
Alamat : M3-9 Jln Pegaga 6 Rumah Pangda Tmn Merdeka Bt Berendam 75350 Melaka.
*BUTIRAN SI MATI (2)*
Nama : Muhammad Iman Asraf Bin Abdullah
Kpt. 081129050269 ( 11 Tahun )
Alamat : M3-9 Jln Pegaga 6 Rumah Pangda Tmn Merdeka Bt Berendam 75350 Melaka.
*F. SIASATAN AWAL*
Hasil siasatan awal di lokasi, dapati kawasan tersebut merupakan sebuah kawasan semak keluasan lebih kurang 300 meter panjang dari susur jalan, di dalam perindustrian ( kilang ) Krubong. Mayat ditemui oleh 1(L)Melayu, pada jam lebih kurang 1620 Hrs, ketika Saksi sedang membuat kerja-kerja memotong rumput, kemudian telah terbau sesuatu yang busuk, dan apabila mendekati tempat yang berbau, saksi Nampak beberapa keratan disyaki tubuh badan manusia. Kedudukan mayat yang dijumpai tidak jauh daripada jalan bertar JLN PK 43, anggaran 10 meter.
Keadaan mayat, tidak bertutup dengan apa-apa material kain atau plastik, dalam keadaan terdedah dan telah kompos dipenuhi dengan ulat. Hasil pemerhatian keratan-keratan mayat, dapati ianya tidak sempurna. Tiada bahagian kepala / tangan pada mayat ditemui. Tiada apa-apa senjata tajam dijumpai. Unit K9 telah membantu untuk mengesan bahagian-bahagian badan yang lain, di lokasi kejadian, namun tiada penemuan baru diperolehi. Pemerhatian terhadap keratan-keratan mayat tersebut, terdapat (2) jenis jantina, terdapat bahagian kemaluan lelaki dan bahagian badan perempuan.
Oleh kerana mayat telah kompos, dan mengembang ianya agak sukar mengenalpasti si mati. Lakaran rajah kasar dan gambar tempat kejadian telah diambil, manakala hasil Siasatan Pasukan D10 Forensik yang diketuai oleh Insp Norehan di tempat kejadian : telah menandakan beberapa keratan serta cebisan mayat mangsa dan mengambil DNA di tempat kejadian. Kesemua keratan serta cebisan mayat di hantar ke Unit Perubatan Forensik Hospital Melaka bagi tujuan post mortem. Pol 61 telah disi dan diserahkan kepada pihak Forensik Hospital Melaka untuk tujuan Post Mortem. Kes telah dimaklumkan kepada P/KBSJD Melaka Tengah dan Kertas siasatan dibuka dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan diteruskan.
*G. RAMPASAN*
1. (1) M/Kar Jenis Produa Kancil No.Pendaftaran : WNC5006 didaftarkan atas penama Si Mati (1).
*H. KRONOLOGI KEJADIAN*
Hasil Intelligence Suspek, daripada Pihak Polis Singapura dapati :-
Suspek mendakwa bahawa telah berlaku pertengkaran diantara suspek dan isterinya ( si mati 1) yang berlaku di rumah beralamat : No 26 Jalan MJ 10, Taman Merdeka Jaya, Bt Berendam Melaka. Pertengkeran berpunca daripada rungutan si mati (1) berkenaan keluarga suspek cuba menghindari si mati (1). Suspek memberitahu si mati(1) bahawa itu bukanlah penyebabnya, tetapi si mati(1) masih bertegas dan bertindak melemparkan hadiah ulang tahun yang dibeli keluarga suspek untuk si mati (1). Disebabkan kejadian itu, suspek dan si mati (1) mula bertengkar dan si mati (1) bertindak memukul suspek.
Pada peringkat awal, suspek mendakwa dia tidak membalas tindakan si mati (1), tetapi apabila Si mati (1) mula meminta cerai, suspek mengatakan ketika itu dia telah hilang pertimbangan dan bertindak mengambil pisau di dapur dan menikam si mati (1). Suspek juga mendakwa ada menggunakan sebilah parang untuk memotong kepala si mati(1) akibat suspek terlalu marah.
Pada ketika itu, suspek melihat bahawa anak si mati (1) yang berusia 10 tahun ( si mati (2) telah melihat apa yang dilakukan terhadap si mati (1). Suspek mengatakan dia tidak tahu apa yang dilakukan, suspek dapati bibir si mati (2 )telah dipotong terbuka dan ada kesan tikaman di belakang si mati (2). Suspek mempunyai Kecederaan kecil pada jari dan tanda pada bahagian dada, semasa pergelutan dengan si mati (1).
Pertengkaran berlaku sekitar jam 2100 Hrs ( tarikh kejadian belum dipastikan ) dan suspek mula memotong bahagian-bahagian badan si Mati (1) & (2) jam 0100 Hrs. Suspek bertindak memotong kedua kepala si mati, telapak tangan, anggota badan yang lain. Telapak tangan si mati dibuang ke dalam bekas tong sampah di luar rumah teres, manakala bahagian tubuh yang lebih besar di isi di dalam (4) beg kanvas untuk dibuang ke kawasan berhutan. Mayat si mati (1) dan si mati (2) diletakkan di dalam bonet kereta bahagian belakang semasa suspek hendak buang di kawasan hutan, anak lelaki bongsu si mati (1) ada di bawa bersama oleh suspek dalam kereta dari rumah di Taman Merdeka Jaya.
Suspek membawa kereta menuju ke Kawasan berhutan di kawasan krubong, Melaka. Suspek mendakwa keratan-keratan mayat dilemparkan ke jauh ke dalam kawasan hutan di krubong untuk dilupuskan. Suspek kemudian membakar (4) beg kanvas tersebut. Suspek memberitahu bahawa dia boleh membawa polis ke lokasi –lokasi tersebut.
Selepas membuang keratan mayat si mati, suspek telah menghantar anak bongsu si mati (1) ke rumah mak mertua di Rumah Pangsa Taman Merdeka. Suspek tidak mencederakan anak bongsu si mati (1) kerana sepanjang pertengkaran dengan si mati (1) sehingga suspek membunuh si mati(1) dan si mati (2), anak bongsu si mati(1) tidur.
Hasil semakan keluar masuk Suspek Malaysia – Singapura dapati, suspek keluar dari Singapura melalui pos pemeriksaan Woodlands menaiki bas pada 29/09/2019, dan kembali semula ke Singapura pada 08/10/19 menaiki bas melepasi pemeriksaan Woodlands pada jam 2100 Hrs,
Ketika Suspek, bersama keluarganya iaitu bapa dan adik-beradiknya yang berkumpul di rumah saudara mereka di Singapura. Perbualan di antara mereka, Suspek telah berkata bahawa dia membunuh isterinya ( si mati 1) dan anak lelaki (si mati 2 ) di Melaka. Suspek dikatakan kelihatan tertekan dan menggigil. Bapa suspek bertanyakan kepada suspek bila kejadian suspek membunuh si mati (1) dan (2) suspek berkata kejadian berlaku pada hari Ahad (6/10). Kemudian, ayah suspek memberitahu untuk menyerah diri, tetapi suspek bertindak meninggalkan rumah.
Suspek telah berkahwin dengan si mati (1) di Malaysia lebih kurang satu tahun yang lalu dan mempunyai 4 orang anak ( Hasil perkahwinan Si mati (1) dengan suami sebelum suspek ). Ahli keluarga suspek tidak mempunyai nombor telefon dan butir-butir si mati(1) dan si mati (2). Suspek telah ditahan Oleh Pihak Polis Singapura, dan akan diserahkan kepada Pihak Polis Malaysia untuk siasatan lanjut.
Maklumat lain yang diperolehi :-
1. Pakaian yang suspek pakai ada di rumah Melaka
2. Pisau yang digunakan untuk memotong badan si Mati (1) & (2) ada di Malaysia.
3. Suspek telah membuang senjata iaitu sebilah parang ke dalam tong sampah
4. Kereta isteri berada di parking, Rumah Pangsa Taman Merdeka.
Untuk Makluman YDH Dato/Tuan/Puan.
Perang Ekonomi Bermula : McDonald’s, Starbucks & Apple Tutup Operasi Di Rusia

Syarikat kelahiran Amerika Syarikat popular seperti McDonald’s Coca-Cola, Starbucks dan Apple telah mengambil keputusan untuk menghentikan penjualan produk mereka di Rusia sebagai langkah membantah tindakan Rusia yang mencetuskan peperangan di Ukraine.
Bermula Selasa lalu, kesemua produk Apple di Rusia telahpun disenaraikan sebagai “unavailable” untuk dibeli atau dihantar.

Selain menghentikan penjualan, Apple turut mengambil beberapa lagi tindakan lain seperti menghentikan fungsi muat turun RT News dan Sputnik News yang dilaporkan bersifat pro Rusia. Manakala demi memastikan keselamatan rakyat Ukraine, Apple telah mematikan fungsi trafik langsung dan insiden langsung di aplikasi Apple Maps.
Tinjauan di laman web jenama lain seperti McDonald’s, Coca Cola, Starbucks, Dell, Nike, IKEA dan Ford mendapati mereka mengambil tindakan sama untuk menghentikan operasi penjualan di atas talian.

Pada peringkat stor fizikal, McDonald’s sebagai contoh telah menutup operasi 847 restoran yang mereka miliki di seluruh Rusia. Namun, mereka memaklumkan akan terus membayar gaji lebih 62,000 pekerja mereka di sana. Starbucks juga telah menutup lebih seratus buah kafe mereka di sana.

Kata Paul Musgrave yang merupakan seorang saintis politik di University of Massachusetts Amherst, tindakan menutup operasi ini memberikan tekanan yang hebat buat negara tersebut.
“Pembukaan McDonald’s di Rusia dahulu katanya merupakan satu bentuk jalinan saling mempercayai di antara Rusia dan negara Barat. Berita penutupan ini adalah ibarat mesej negara Barat yang tidak lagi akan bersekongkol dengan Rusia dan presidennya, Vladimir Putin,” ulasnya.
Khabarnya, beberapa lagi jenama lain yang akan mengambil tindakan sama termasuklah Estee Lauder, adidas, Calvin Klien, Shell, BP dan ExxonMobil.
ARTIKEL BERKAITAN : Bekas Miss Universe Dari Rusia, Oksana Federova Bikin ‘Drama’ Sokong Tindakan Vladimir Putin – REMAJA
Adakah korang rasakan ‘perang ekonomi’ yang dilancarkan ini akan memberi tekanan kepada Rusia sehingga memaksa negara itu untuk menghentikan pencerobohan dan serangan di Ukraine?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Cara Mudah Buat Temujanji ‘Scaling’ Gigi Menerusi Aplikasi MySejahtera, Kos Pun Murah!

Agak-agak berapa lama sudah kamu tidak pergi ke klinik pergigian untuk lakukan pemeriksaan gigi secara berkala?
Bagi sesetengah orang, mereka menganggap pemeriksaan gigi ini hanya perlu dilakukan sekiranya mengalami kesakitan seperti gigi berlubang, pembengkakan gusi dan lain-lain lagi.
ARTIKEL BERKAITAN : Ini 7 Punca Kenapa Gigi Berlubang, Sakitnya Boleh Buat Penderitanya Hilang Mood Berhari-Hari

Sebenarnya salah jika kamu mempunyai pemikiran seperti itu. Kamu sepatutnya perlu mendapatkan pemeriksaan gigi berkala seperti scalling gigi sebanyak 6 bulan sekali untuk menjaga kesihatan mulut dan gigi.
Scalling gigi ini sangat penting untuk kamu lakukannya selain mencegah tanda-tanda kerosakan gigi dan gusi, ada beberapa manfaat lain yang kamu perlu tahu.
Tapi korang tahu tak, tentang kewujudan servis scaling yang disediakan oleh KKM yang jauh lebih murah dan mudah diakses.
Menerusi perkongsian akaun Twitter @alenawhz, beliau telah berkongsi cara melakukan temujanji untuk scaling menerusi aplikasi MySejahtera. Menariknya, semua proses ini hanya memakan masa sekitar 30 minit sahaja.
Tambahan pula, anda boleh juga mencari klinik kerajaan berdekatan untuk melakukan scaling tersebut. Boleh ikuti tutorial di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Cara melakukan temujanji untuk scaling menerusi aplikasi MySejahtera
1. Pertama sekali, anda perlu melakukan temujanji menerusi aplikasi MySejahtera. Pergi pada halaman utama dan klik ikon Appointment.
2. Kemudian, klik pada nama anda dan skrol sehingga bawah dan tekan Dental Check Up.
3. Selepas itu, masukan poskod atau nama lokasi pada ruangan yang disediakan dan tekan Search. Jika anda tidak melihat sebarang paparan lokasi, anda perlu bersabar dan menyemak semula pada waktu lain untuk mendapatkan slot untuk rawatan.
4. Setelah dipaparkan lokasi klinik pergigian yang tersedia, pilih masa slot yang tersedia.
5. Akhir sekali, klik untuk membuat temujanji dan sahkan menerusi Confirm.
Anda juga diminta untuk tiba ke lokasi klinik pergigian lebih awal sewaktu temujanji agar semua proses berjalan lancar. Lanjut terus ke kaunter untuk membuat membayar RM1 untuk pendaftaran dan kemudian RM2 pula untuk perkhidmatan perubatan kesihatan pergigian.
Dalam masa 30 minit, beliau mendapatkan rawatan dan juga sempat menerima nasihat daripada doktor yang bertugas. Beliau sangat berpuas hati kerana segala proses sangatlah pantas dan lebih penting lagi layanan yang diterima sangat baik.
Kebaikan Lakukan Scalling Gigi
Scalling gigi sebenarnya memberikan pelbagai kebaikan kepada kesihatan badan dan juga mulut. Antaranya ialah:
- Buang Karang Gigi
- Elakkan Penyakit Gusi
- Elakkan Perubahan Warna Gigi
- Bersihkan Sisa Makanan Pada Gigi
Kesan Jika Tak Lakukan Scalling Gigi
Jika kamu cuba mengelak daripada tidak melakukan scalling gigi, ini adalah beberapa kesan yang boleh dihadapi oleh kamu:
Masalah Gigi
Sudah semestinya apabila kamu mempunyai karang gigi yang tidak dibersihkan, ianya akan menjadi tempat pembiakan bakteria secara berleluasa. Ketika bakteria mula membiak, ia akan menghasilkan gas sulfur yang membuatkan seseorang itu mengeluarkan nafas mulut yang berbau (halitosis). Dalam pada masa yang sama, asid yang dikeluarkan oleh bakteria tersebut boleh membuatkan gigi menjadi berlubang.
Keradangan Gusi
Keradangan gusi atau gingivitis adalah satu situasi di mana karang gigi menjadi keras. Apabila situasi ini terjadi, ia akan membuatkan gusi menjadi meradang, bengkak dan mudah berdarah terutamanya ketika memberus gigi.
Diserang Penyakit Jantung
Siapa sangka hanya disebabkan oleh karang gigi sahaja kamu boleh diserang dengan penyakit jantung? Untuk pengetahuan kamu, bakteria yang menyebabkan periodontitis dapat meningkatkan risiko penyakit jantung. Ini kerana bakteria yang terdapat pada karang gigi boleh menjangkiti tisu sokongan gigi dan mula ‘bergerak’ secara menyeluruh di seluruh badan melalui aliran darah di mana ianya boleh mempengaruhi injap jantung.
Walaupun scalling gigi ini nampak menyakitkan dan meremehkan bagi sesetengah individu, tetapi pemeriksaan ini sebenarnya memberikan banyak manfaat kepada kita dalam menjaga kesihatan gigi dalam tempoh yang panjang.
Semoga bermanfaat!
BACA LAGI : “Fake Veneer Ini Ibarat Lantai Berlumut”, Doktor Ini Jelas Risiko Putihkan Gigi
SUMBER : Twitter @alenawhz