Selebriti atau bintang Korea Selatan memang mempunyai pengaruh yang sangat kuat, bukan hanya di Korea tetapi seluruh dunia. Tidak hanya berbakat dalam dunia nyanyian dan lakonan, ada juga di antara mereka sebenarnya merupakan seorang pelajar cemerlang.
Kali ini, kami nak berkongsi pula antara selebriti popular Korea Selatan yang melanjutkan pelajaran akademik dalam bidang dan jurusan yang unik dan bukan biasa-biasa.
Jom kita semak senarai berikut.
- Siwon
Siapa yang tidak kenal Choi Siwon? Telah mencuri perhatian peminat sejak penampilan pertamanya sebagai ahli Super Junior pada tahun 2005, dan terima kasih kepada lakonannya dalam banyak siri Kdrama drama dan filem.
Untuk pengetahuan korang, Siwon melanjutkan pelajaran ke Universiti Inha dalan Jurusan Pendidikan Jasmani.
2. Minzy 2NE1
Minzy dikenali sebagai anak bongsu dari kumpulan idola Korea 2NE1. Selepas dia meninggalkan YG Entertainment, dia menyertai Music Works. Pada tahun 2020, dia mengasaskan syarikatnya sendiri, MZ Entertainment.
Minzy belajar di Universiti Baekseok, sebuah institusi pendidikan tinggi Kristian swasta yang diasaskan pada tahun 1994. Minzy mengambil jurusan teologi dan sebagai pelajar teologi, dia mempelajari modul untuk meluaskan pengetahuan Alkitabnya, bersama dengan modul lain yang termasuk belajar tentang sejarah gereja Kristian dan cara mengamalkan teologi .
3. Hee-chul Super Junior
Hee-chul belajar di Universiti Sangji, sebuah universiti swasta di Wonju, dan menamatkan pengajian pada 2008. Hee-chul mengambil jurusan maklumat data komputer di Universiti Sangji. Dalam jurusannya, beliau mempelajari cara menterjemah data yang diperoleh menggunakan pengetahuan komputer.
4. G-Dragon
Patut la cukup energetik atas pentas, penyanyi rap G-Dragon merupakan graduan Pengajian Sukan dari Universiti Digital Gukje.
Pada mulanya, nama penuh pemilik Kwon Ji Yong diterima masuk ke Jabatan Muzik Moden di Universiti Kyung Hee. Bagaimanapun, kerana kerjayanya yang sibuk dengan kumpulan lelaki Bigbang, G-Dragon berpindah ke Jabatan Pengajian Sukan.
5. Lee Seung Gi
Bakat lakonan Lee Seung Gi sememangnya sudah tidak dapat dinafikan malah pelakon berusia 34 tahun itu juga memiliki suara yang merdu sebagai seorang penyanyi.
Lee Seung Gi mempunyai prestasi yang baik dalam akademik, olahraga dan seni ketika di bangku sekolah. Beliau merupakan graduan dari Jabatan Perhubungan Antarabangsa di Universiti Dongguk. Pada mulanya, dia diterima masuk ke Jabatan Penyiaran Berita, tetapi dia menukar jurusan. Pilihan Seung Gi tidak salah. Dia lulus dengan cemerlang di tengah-tengah kesibukannya. Pada tahun dia menamatkan pengajian, pada tahun 2009, Seung Gi menerima Anugerah Pencapaian Khas dari Universiti Dongguk.
6. Song Ji Hyo
Sebut saja nama Song Ji Hyo, pasti ramai yang mengenali gadik cantik manis ini. Nama ini juga begitu sinonim dan merupakan salah satu anggota tetap dalam rancangan realiti ‘Running Man’.
Dalam bidang akademik, Song Ji Hyo adalah lulusan universiti dari Kolej Kookje dalam jurusan cukai dan perakaunan. Dia bukan sahaja pandai dalam akademik, berjaya dalam dunia hiburan malahan dia juga terkenal dalam pertunjukan fesyen dan model di Korea. Hebat kan?
7. Kim Tae Hee
Rasanya tidak keterlaluan jika kita menggelar Kim Tae Hee sebagai wanita yang hampir sempurna. Bukan sahaja mempunyai wajah yang cantik dan tingkah laku yang baik, ternyata Kim Tae Hee juga mempunyai otak yang bijak.
Ini terbukti kerana Kim Tae Hee berjaya masuk ke Universiti Kebangsaan Seoul yang merupakan salah satu kampus terkemuka di Korea Selatan. Tidak mengambil jurusan yang berkaitan dengan lakonan, rupa-rupanya Kim Tae Hee mengambil jurusan rekaan fesyen di sana. Untung Rain dapat isteri cantik dan bijak!
BACA LAGI : Bukan ‘Biasa-Biasa’, Ini 8 Selebriti Korea Yang Genius Dengan IQ Sangat Tinggi
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.