Di Indonesia, video muzik Ampun Bang Jago telahpun dimuat naik di YouTube sejak 12 September 2020. Sehinggi kini, ia telah mencecah lebih empat juta tontonan!
Di Malaysia, lagu tersebut baru menarik perhatian ramai menerusi aplikasi Instagram dan TikTok apabbila semakin ramai yang memuat naik video mereka menggunakan lagu tersebut. Lantas, kami tertanya-tanya, siapakah insan di sebalik lagu Ampun Bang Jago?
Lagu ini sebenarnya dihasilkan oleh pemuzik bergenre dance/electronic iaitu Tian Storm & Ever Slkr.
Di Malaysia, lagu ini seakan terngiang-ngiang di telinga mungkin disebabkan oleh liriknya yang berulangan lalu membuatkan ia mudah ‘melekat’ di dalam kepala.
Semalam, gelagat anak usahawan kosmetik terkenal, Cik B telah menarik perhatian ramai setelah dia memuat naik sebuah posting menggunakan lagu tersebut. Seperti yang dijangka, ramai pengikutnya memuji video tersebut dan berkata mereka juga meminati lagu ini.
— cikb havoc (@HavocCikb) October 19, 2020
Satu lagu faktor yang membuatkan lagu ini popular terutama dalam kalangan remaja adalah kerana ia turut menampilkan dance step tersendiri.
Perkataan Bang Jago sebenarnya mempunyai maksud tersendiri dalam kalangan pengguna media sosial di Indonesia.
Bang Jago digunakan rakyat Indonesia untuk mengakhiri perbualan yang bertujuan untuk mengejek individu yang merasakan dirinya paling hebat, bersifat sombong ataupun merasa dirinya ‘nombor satu’.
Misalnya, jika kamu sedang berborak dengan seseorang dan mendapat balasan “Okay, Bang Jago,” daripada rakan kamu, kamu pasti akan merasa marah atau kesal kerana dipanggil Bang Jago.
Lirik lain dalam lagu Ampun Bang Jago juga mempunyai kata-kata sindiran terhadap golongan tersebut.
Apapun, hebat betul penangan Ampun Bang Jago ni kan….