Kami pasti korang semua perasan kelibat foto-foto yang dirakamkan di majlis perkahwinan pasangan dari India, Anant Ambani dan Radhika Merchant di platform media sosial sepanjang hujung minggu lalu.

Ia gara-gara kehadiran bintang ternama ke majlis perkahwinan mereka termasuklah barisan selebriti Hollywood seperti Kim Kardashian & Khloe Kardashian, Nick Jonas & Priyanka Chopra, John Cena (yes! THE John Cena), Nicky Hilton Rotchschild & suami, James Rothschild dan lagenda tinju, Mike Tyson.

Siapa Sebenarnya Keluarga Ambani? Pegang Rekod 2 Majlis Perkahwinan Termahal Dekad Ini!
(Dari kiri, atas): Kim Kardashian, Khloe Kardashian, Priyanka Chopra dan Nick Jonas.

Tidak ketinggalan adalah barisan selebriti Bollywood terkenal seperti Amitabh Bachan, Shah Rukh Khan, Shahid Kapoor, Anil Kapoor, Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt.

Turut kelihatan berada di majlis perkahwinan mereka adalah figura-figura ternama dunia seperti dua bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair dan Boris Johnson serta Presiden FIFA, Gianni Infartino.

Siapa Sebenarnya Keluarga Ambani? Pegang Rekod 2 Majlis Perkahwinan Termahal Dekad Ini!
(Dari kiri, atas): Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair dan isteri serta John Cena.

Malah, jika korang masih ingat, penyanyi Rihanna pernah menjayakan ‘konsert mini’ tertutup khas untuk pasangan berkenaan awal tahun ini dan persembahan tersebut khabarnya memakan kos USD6,300,000!

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Wedding Of The Year’, Perkahwinan Serba Mewah Anak Jutawan Asia Jadi Perhatian Dunia – REMAJA

Persoalannya, siapakah pasangan ini, apakah status yang dipegang oleh keluarga mereka dan siapakah keluarga Ambani ini? Mengapa figura-figura penting lagi popular ini sanggup ‘terbang’ jauh ke Mumbai, India semata-mata untuk meraikan pasangan tersebut? Dan rekod apakah yang berjaya dipecahkan oleh mereka?

Haa… banyak kan persoalan yang timbul! Hehe…

Siapa Sebenarnya Keluarga Ambani? Pegang Rekod 2 Majlis Perkahwinan Termahal Dekad Ini!
Mural khas di mumbai bagi menyambut majlis perkahwinan gemilang mereka.

Untuk pengetahuan korang, pengantin lelaki iaitu Anant Ambani merupakan anak bongsu kepada Nita dan Mukesh iaitu Pengerusi serta Pengarah Pengurusan syarikat Reliance Industries Limited sejak tahun 2002

Ia merupakan sebuah syarikat multinasional yang bertapak di Mumbai dan cabang perniagaannya termasuklah bahan tenaga, petrokimia, gas asli, peruncitan, hiburan, telekomunikasi, media, pembuatan tekstil dan pembuatan makanan. Menurut Forbes, nilai kekayaan Ambani telah mencecah USD123 bilion dan ia dijangka akan terus meningkat.

Siapa Sebenarnya Keluarga Ambani? Pegang Rekod 2 Majlis Perkahwinan Termahal Dekad Ini!
Keluarga Ambani.

Patutlah mewah! Hasil perniagaan pelbagai cabang ini, Mukesh telah diisytiharkan sebagai individu terkaya di Asia dan yang ke-9 terkaya di dunia. Lantas, tidak hairanlah apabila skala majlis perkahwinan Anant dan Radhika itu tidak terjangkau dek minda.

Terdahulu pada tahun 2018, kakak Anant iaitu Isha dan suaminya, Anad Piramal pernah memegang rekod majlis perkahwinan paling mahal pernah diadakan dengan perbelanjaan sekitar USD100,000,000.

Kini, keluarga Ambani secara rasminya memegang rekod pernah melangsungkan dua majlis perkahwinan termahal dalam sejarah dekad ini.

Siapa Sebenarnya Keluarga Ambani? Pegang Rekod 2 Majlis Perkahwinan Termahal Dekad Ini!

REMAJA sebelum ini pernah melaporkan mengenai 8 majlis perkahwinan paling mewah yang pernah dilangsungkan oleh pasangan diraja di seluruh dunia.

BACA LAGI: 8 Perkahwinan Diraja Paling Mewah Sepanjang Zaman, ‘Wedding Of The Year’! – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI