
Tengah sibuk tentang kemelut politik yang sedang melanda dan dikala rakyat Malaysia masih menanti siapakah bakal menjadi Perdana Menteri. Tidak disangka-sangka pelakon, Ben Amir memuat naik satu ciapan mencari ‘Timbalan Perdana Menteri’ (TPM) mencuri tumpuan warganet di laman Twitter.
ARTIKEL BERKAITAN : Trending “13 Mei” Dan Sentimen Perkauman Remaja Di TikTok, Anwar Ibrahim Mula Bersuara
Menerusi ciapan tersebut, pelakon berusia 32 tahun itu sedang mencari TPM atau dalam erti kata lain adalah calon isteri dengan meletakkan beberapa kriteria yang diidamkan.
I’m creating my own government. Looking for TPM. Preferably a gym girl, pandai masak, will laugh at my lame jokes, has motherly instincts, pushes me to be better and also a baddie *wink wink*
— Ben Amir (@BenAmirr) November 20, 2022
“Saya membina kerajaan sendiri. Mencari TPM. Seelok-eloknya gadis yang pergi gimnasium, pandai masak, akan terhibur dengan lawak saya yang membosankan,” tulisnya semalam.
Dalam ciapan sama, pelakon kacak itu turut berharap gadis yang dicari mempunyai naluri keibuan selain boleh menjadikan dirinya ke arah lebih baik.
Malah, pemerhatian kami di ruangan komen netizen juga aktif mencuba nasib masing-masing.
Korang tak nak cuba nasib ke?hehe
BACA : Trend Iklankan Diri Makin Popular, Lagi Lelaki Sewa Papan Iklan Cari Jodoh
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Teaser ‘Bad A**’ CRUELLA Dah Keluar! Tapi Respon Warganet Berbelah Bahagi?

Siapa tidak gemarkan filem keluaran Disney yang memberikan fokus kepada watak antagonis?
Filem-filem terdahulu di bawah genre yang sama seperti Joker dan Maleficient umpamanya telah mendatangkan keuntungan kepada studio produksi setelah ia mendapat sambutan hangat daripada peminat dunia animasi serta peminat filem bergenre ‘gelap’.
Justeru, ramai yang teruja menantikan teaser pertama dan poster bagi filem keluaran Walt Disney Company berjudul Cruella.
Seperti tajuknya, filem ini berkisarkan watak Cruella De Vil yang dahulunya pernah menghiburkan kanak-kanak sebagai villain pembunuh anjing jenis dalmation semata-mata untuk dijadikan kot sejuk.
Kali ini menerusi Cruella, penonton akan disajikan dengan versi live-action mengenai kehidupan awal Cruella sekitar era 1970-an di kota London.
Menerusi klip teaser yang telah dilancarkan hari ini, Cruella lakonan Emma Stone ditampilkan sebagai seorang yang fashionable dan gemar menghiburkan dirinya dengan berkelakuan.. err ‘di luar kotak’.
Dia yang dilahirkan sebagai Estella merupakan kanak-kanak perempuan yang bijak, kreatif dan bercita-cita tinggi untuk menjadi popular menerusi rekaan fesyennya.
Stail dan gaya pakaian Estella itu telah menarik perhatian Baroness von Hellman (lakonan Emma Thompson) yang merupakan seorang lagenda dunia fesyen. Hubungan mereka setelah berkenalan membuatkan Estella lebih berani menonjolkan sisi lantang, berani dan merbahaya – lalu menjadi karakter bernama Cruella.
Seperti teaser Cruella yang dapat korang tonton di atas, Emma Stone cuba menjadikan dirinya se-Inggeris mungkin. Dengan kejayaan beberapa filem Emma sebelum ini dari segi jualan tiket dan di acara anugerah besar, penulis memahami mengapa Emma menjadi pilihan penerbit Cruella.
Bagaimanapun, warganet terlebih dahulu telah berbelah bahagi dalam komen balas mereka terhadap filem Cruella. Lambatt lagi dik nak tayang, kau dah judge awal-awal.
Ya, ada yang menggemari kisah Cruella sebagai penggemar fesyen dan ramai merasakan suntingan filem ke dalam klip teaser tersebut adalah cemerlang. Ia membuatkan penonton tak sabar-sabar menantikan bulan Mei kelak.
Namun, sebahagian besar warganet tidak begitu pasti sama ada filem Cruella ini akan berjaya ataupun tersungkur. Mereka berpendapat Emma Stone bukanlah aktres yang harus dipilih bagi memegang watak Estella/Cruella kerana dirinya tidak ‘sekejam’ yang didambakan oleh peminat Disney. Dari skala 1-10, Emma mungkin akan memperolehi rating 4.
She is wicked and fun – no doubt, but as Disney villain..? Penulis sendiri tidak begitu pasti.
Warganet juga tidak menolak persamaan yang ditonjolkan Emma dengan satu lagi karakter villain wanita zaman ini iaitu Harley Quinn (Suicide Squad). Persona yang ada pada Estella/Cruella buat masa ini terlalu dekat dengan watak lakonan Margot Robbie itu, seakan tiada perbezaan pun kecuali slanga Inggerisnya.
Seperkara lagi, peminat Cruella De Vil gusar jika Disney akan cuba untuk ‘melembutkan’ karakter tersebut seperti yang pernah mereka lakukan kepada Maleficient.
Apapun, ini baru teaser pertama filem Cruella.
Mungkin banyak lagi kejutan yang masih disimpan oleh Disney dan satu-persatu akan menemui peminat Disney sebelum tarikh tayangan pada 27 Mei ini.
Bak kata Cruella, “I was just getting started Darling..”
ARTIKEL BERKAITAN : 2021 PADAT Dengan Filem & Drama Baru Di Disney Plus! Lihat 9 Pilihan REMAJA – REMAJA
Kampung Baru Mambau, Seremban Bakal Jadi Port OOTD? Siapa Pelukisnya?

Isi Kandungan
ToggleJika Georgetown, Pulau Pinang dan Ipoh, Perak boleh berbangga dengan lukisan mural street art oleh Ernest Zacharevic, Seremban pun kini ingin mengikut jejak langkah yang mirip dengan dua bandaraya itu.
Tapi, siapa sebenarnya pelukis berbelas-belas mural ini?
Lukisan mural pada dinding bangunan dan di atas jalan raya bukanlah perkara baru di Malaysia.
Ia telah lama wujud, namun sejak kemunculan Ernest di Perak dan Pulau Pinang untuk menghasilkan mural kreatif yang bertukar popular di seluruh dunia, semakin banyak ‘port’ OOTD tumbuh bak cendawan selepas hujan.
Di Shah Alam kita ada Laman Seni di Seksyen 7. Di Kuala Lumpur pula kita ada Lorong Panggung di Petaling Street.
BACA: Tak Perlu Ke Hong Kong, Petaling Street Ada Lokasi OOTD Baru
Kini, hadir pula lokasi OOTD baru di Seremban, atau lebih spesifik lagi di Kampung Baru Mambau.
Ia masih kurang diperkatakan oleh orang ramai lagi buat masa ini, tetapi berdasarkan kreativiti yang penulis lihat daripada beberapa keping foto, mural yang dilukis memang comel dan kreatif!
Antaranya termasuklah:
Margie Simpson
Dumbo
Spongebob Squarepants
Captain America
Jurasic Park
..dan beberapa lagi idea kreatif yang terhasil. Cuma persoalannya kini, REMAJA masih belum dapat mengagak siapakah pelukis yang bertanggungjawab ke atas mural tersebut.
Ibaratnya seperti pelukis grafiti Inggeris, Banksy yang selalu ‘hilang’ dari radar selepas menghasilkan karya seninya di jalanan.
Tambah menarik apabila pelukis menggunakan item sedia ada seperti lubang parit, paip dan tumbuhan semak untuk dijadikan sebahagian daripada karya seni.
Penulis yakin Kampung Baru Mambau di Seremban akan dikunjungi warga Negeri Sembilan terutamanya untuk merakam foto kenangan dan OOTD di sini.
Hhm, jangan sampai korang buat bising dan mengganggu penduduk di kejiranan tersebut, sudahlah.
10 Perkara Menarik Tentang Khairy Jamaluddin Yang Mungkin Korang Tak Tahu

Isi Kandungan
ToggleBila sebut je Tall, Dark & Handsome, mesti korang terus teringat pada Khairy Jamaluddin kan? Mana taknya, KJ adalah antara bekas menteri yang boleh tahan manis rupa parasnya. Hiks!
Selain daripada memiliki raut wajah yang tampan, KJ juga seorang bapa yang penyayang. Lihat saja macam mana dia melayan karenah anak-anak, memang sweet habis la.
Jom lagi kita tengok apa lagi yang menarik tentang bekas Menteri Belia dan Sukan ini.
1. Suka wefie bersama anak-anak
Walaupun sering sibuk dengan tuntutan kerja harian, KJ tidak pernah lupa untuk meluangkan masa bersama tiga orang anak lelakinya dan kalau korang mengikutinya di Instagram, ada banyak gambar wefie bersama anak-anaknya.
2. Nama timangan anak
Setiap anak KJ mempunyai nama timangan yang unik. Cougar untuk Jibreil, Puma untuk Timor dan Leo untuk Raif.
3. Aktif di laman Instagram dan Twitter
Bagi yang mengikuti KJ di laman sosial, individu ini sememangnya aktif di IG dan Twitter dengan status dan caption yang boleh tahan lucu. Malah, KJ juga pernah dianugerahkan ‘Wired Celebrity Award’ di Shout Award.
4. Sokong pergerakan autism di Malaysia
KJ mempunyai seorang anak autism, Timor dan kerana itu dia dan isterinya amat menyokong pertubuhan autism di Malaysia. Malah, KJ dan Nori Abdullah juga menubuhkan gymnasium ‘We Rock The Spectrum Kids’ di Evolve Concept Mall, Ara Damansara, berkolaborasi bersama Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).
A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj) on
5. Berasal dari keluarga yang disegani
Ayah KJ, Datuk Seri Haji Jamaluddin Haji Abu Bakar merupakan bekas Pesuruhjaya Tertinggi Malaysia di Kementerian Luar Negara, United Kingdom. Sementara ibunya, Datin Seri Rahmah merupakan seorang sukarelawan.
6. Pengacara TV
KJ pernah menjadi pengacara TV, Rancangan Dateline Malaysia dan Wartawan Isu Antarabangsa, The Economist di London, UK pada tahun 1998-1999.
7. Tubuhkan My Team
KJ yang sememangnya meminati sukan bola sepak telah bekerjasama dengan Jason Lo, Bojan Hodak dan Shebby Singh menubuhkan My Team dan memegang jawatan sebagai pengerusi.
KJ juga pernah memegang tampuk Bendahari Kehormat Perak FA untuk musim 2006-2008 dan pada Oktober 2007, dipilih menjadi Naib Presiden FAM.
8. Pelatih Terbaik askar wataniah
Pernah dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan dan Pelatih Akademik Terbaik Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela) Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah. KJ telah menjalani latihan ketenteraan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor selama sebulan.
A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj) on
9. Graduan Universiti Oxford, United Kingdom
Merupakan graduan dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi (PPE) dan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Teori Undang-Undang dan Politik pada tahun 1997-1998, seterusnya dilantik sebagai Felo di Pusat Pengajian Islam, Oxford.
10. Tolak gelaran Datuk
Dalam satu temu bual, KJ mengaku pernah menolak gelaran Datuk kerana merasakan dirinya terlalu muda untuk menyandang gelaran tersebut, selain menganggap dirinya masih belum cukup memberi sumbangan kepada negara.
11. Ahli parlimen Rembau
PRU -14 baru-baru ini, KJ telah memenangi kerusi di Parlimen Rembau, juga merupakan Ketua Pemuda Umno dan pernah berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia sejak 2013-2018.
Oh kiranya YB Khairy Jamaluddin ni bukan biasa-biasa juga eh. Kami ucapkan selamat maju jaya buat KJ dan semoga terus menerus memberikan sumbangan terutamanya dalam bidang kesukanan. Terima kasih atas segala usaha yang pernah dilakukan sebelum ini.
Sumber: Kampus Uols