Tengah sibuk tentang kemelut politik yang sedang melanda dan dikala rakyat Malaysia masih menanti siapakah bakal menjadi Perdana Menteri. Tidak disangka-sangka pelakon, Ben Amir memuat naik satu ciapan mencari ‘Timbalan Perdana Menteri’ (TPM) mencuri tumpuan warganet di laman Twitter.
ARTIKEL BERKAITAN : Trending “13 Mei” Dan Sentimen Perkauman Remaja Di TikTok, Anwar Ibrahim Mula Bersuara
Menerusi ciapan tersebut, pelakon berusia 32 tahun itu sedang mencari TPM atau dalam erti kata lain adalah calon isteri dengan meletakkan beberapa kriteria yang diidamkan.
“Saya membina kerajaan sendiri. Mencari TPM. Seelok-eloknya gadis yang pergi gimnasium, pandai masak, akan terhibur dengan lawak saya yang membosankan,”
tulisnya semalam.Dalam ciapan sama, pelakon kacak itu turut berharap gadis yang dicari mempunyai naluri keibuan selain boleh menjadikan dirinya ke arah lebih baik.
Malah, pemerhatian kami di ruangan komen netizen juga aktif mencuba nasib masing-masing.
Korang tak nak cuba nasib ke?hehe
BACA : Trend Iklankan Diri Makin Popular, Lagi Lelaki Sewa Papan Iklan Cari Jodoh
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.