Siapa Single? Zakir Naik Sedang Cari Jodoh Anak & Calon Menantu

Share

Bak kata pepatah, hendak pilih isteri jangan hanya dilihat pada kecantikan wajah sahaja. Seelokanya, biarlah si dia indah luar dan dalam.

Okay, siapa dekat sini maish single? Kami ada berita baik untuk korang, hehe..

Bagi mereka yang selalu ‘menghadap’ Facebook, pastinya korang perasan pengumuman istimewa yang dilakukan oleh pendakwah kontroversi dari India, Dr Zakir Naik mengenai pencarian calon isteri buat anak lelakinya, Fariq Naik.

Sumber foto : BERNAMA (2017)

Menerusi catatan ringkas di akaun Facebook miliknya, Dr Zakir memuat naik ciri-ciri wanita yang ingin dicarinya serta biodata anaknya bagi tatapan umum.

“Saya ingin mencari seorang isteri untuk anak saya Fariq. Seorang wanita solehah supaya kedua-dua mereka mampu menjadi kekuatan antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan bersama.

“Jika anda seorang bapa atau saudara kepada wanita yang ingin saya cari ini, serta ingin dinikahkan dengan anak saya, saya dengan rendah diri meminta anda hubungi saya dengan maklumat yang diminta,” kata Dr Zakir dalam catatan tersebut.

Macam menarik juga kan kalau dapat berbapa mertuakan Dr Zakir Naik! Namun apabila kami melihat kriteria yang dicarinya boleh tahan juga terperinci segala keinginan yang ada pada seorang bakal menantunya ini.

Dah macam poster mencari pekerja baru pula.

Bukan itu sahaja, pendakwah ini turut menyenaraikan profil anak lelakinya, Fariq Zakir Naik.

Pada ketinggian 170sm, Fariq rupa-rupanya sedang menetap di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan merupakan seorang graduan daripada Universiti Riyadh Arab Saudi dalam jurusan Shariah.

Fasih berbahasa Inggeris dan Fus’ha Arabic selain bahasa Urdu dan Hindi, Fariq seringkali menyampaikan tazkirah di rancangan televisyen mingguan ‘Teen Star’ dan juga program temu bual bernama ‘Ask Shaikh Fariq’ di Peace TV.

Bukan sekadar berilmu dari sudut agama, Fariq juga aktif bersukan dalam permainan bola sepak, berenang dan menunggang kuda selain pernah mempunyai tali pinggang hitam dalam sukan Taekwondo & Karate.

Sekarang, Fariq sedang mengikuti pengajian sarjana dalam bidang Fiqh & Usul Al Fiqh di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.

Pergumuman ini secara tidak langsung telah mendapat perhatian warganet dari seluruh dunia disebabkan pengaruh ayahnya, Dr Zakir Naik. Tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar urusan mencari jodoh itu dipermudahkan.

Ada yang berminat nak try ke? Hehe, cubalah!

Sumber : Facebook Dr Zakir Naik

Published by
Nana