Siapa Ustaz Penunggang Agama, Perguna Agama Untuk Rogol Remaja?

Share

Sebagaimana kita seda maklum, golongan agama ini sering dipandang mulia dan cukup tinggi dalam kita mencari bekalan yang dicari. Namun di sebalik “kepercayaan” yang diletakkan, masih ada segelintir yang cuba mengambil kesempatan menjadi penunggang agama atas nama nafsu.

ARTIKEL BERKAITAN : 10 Produk ‘Muslim’ Yang Pernah Jual Nama Agama Untuk Kaut Untung

Satu Malaysia gempar apabila seorang penceramah bebas popular ditahan polis semalam selepas dipercayai terbabit dalam kes merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

 

@omyqay #pendakwaagamarogolbudak #ustazbertopengkansyaitan #tiktokmalaysia🇲🇾 ♬ original sound – Fathi Naim

Melalui perkongsian video yang dimuat naik di laman sosial TikTok, dikenali sebagai nama @omyqay mendakwa platform Instagram menjadi permulaan terjalinnya hubungan perkenalan ustaz dengan gadis itu.

Wanita itu juga mendakwa dirinya merupakan kawan baik kepada ibu mangsa. Katanya lagi, gadis tersebut memulakan perbualan dengan bertanya mengenai perihal agama lantas diberikan nombor telefon oleh penceramah berumur 30an itu.

“mangsa mengikuti ustaz ini dekat Instagram kemudian DM (direct message) tanya soal agama. Ustaz bagi nombor telefon katanya kerana jarang buka DM.

 

@omyqay Replying to @mesyaje sy akan ceta satu persatu..#pendakwaagamarogolbudak
#ustazbertopengkansyaitan #tiktokmalaysia🇲🇾 #allahuakbar ♬ original sound – Fathi Naim

Seperti yang kita sedia maklum, perbuatan terkutuk itu dibuat oleh pelaku ketika sedang berada melakukan roadtrip bersama mangsa, namun begitu ada seorang individu mendakwa dirinya rakan kepada ibu mengsa mendedahkan cara dia ‘umpan’ mangsa.

Dalam pada itu, individu ini juga turut mendedahkan bahawa sebelum ini pelaku itu mempunyai ramai isteri.

Rentetan dari kes ini, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi Subramaniam, berkata suspek berusia 30-an itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada jam 4.50 petang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Jika sabit kesalahan bagi dua seksyen itu, masing-masing membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Hasil siasatan awal mendapati, remaja tersebut telah berkenalan dengan suspek iaitu merupakan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an sejak Mei tahun lalu.

“Bermula dari perkenalan tersebut, pengadu dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi yang berbeza.”

Menurut Sasikala Devi juga mereka telah menahan suspek tersebut pada jam 4.50 petang di kediamannya. Walaupun hubungan suka sama suka, ia tetap menjadi satu kesalahan rogol apabila dilakukan terhadap remaja bawah umur atau bawah 18 tahun.

Menurut laporan Berita Harian, setakat ini empat kertas siasatan telah dibuka iaitu dua di Selangor, satu di Kuala Lumpur dan Perak melibatkan pengadu yang sama.

Semoga Allah melindungi diri kita dan keturunan kita dari asbab menjerumus kepada perkara jahat sebegini. Ambil berita ini sebagai menjadi iktibar buat diri kita semua.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana