Program realiti nyanyian, Big Stage musim kelima bakal melabuhkan tirainya pada malam ini dengan seorang lagi juara baharu.

Sepanjang sembilan minggu bertanding, keenam-enam peserta terakhir yang terdiri daripada Hoondoo, Putera Muhammad, Puteri Khareeza, Waode, Nadeera Zaini dan Aufahanie masing-masing telah menunjukkan potensi yang cukup hebat bagi meniti ke pentas akhir ini.

Semuanya hebat-hebat belaka! Dengar khabar, Waode dan Nadeera Zaini kini menjadi pilihan penonton di rumah. Namun siapakah finalis yang menjadi pilihan rakan-rakan Big Stage mereka sendiri.

Siapakah Bakal Juara Big Stage Musim Kelima? Antara’Favourite’ Ialah Waode, Nadeera Dan..

“Sepanjang Aisha tengok selama ini, Aisha boleh nampak Top 4 iaitu Hoondoo, Nadeera, Waode dan juga Putera. So kalau salah satu daripada Top 4 ini yang menjuarai, memang itu adalah rezeki mereka. Tapi Puteri Khareeza dan Aufahanie juga ‘taring’ mereka agak unexpected kan macam minggu lepas.” – Aisha Retno

“Mungkin Nadeera kot. Actually baru semalam saya baru nampak a little snippets of her and I know how hungry she is. She has been wanting this selama ini.” – Yazmin Aziz.

IKLAN

Siapakah Bakal Juara Big Stage Musim Kelima? Antara’Favourite’ Ialah Waode, Nadeera Dan..

“I rasa yang paling sengit adalah di antara Waode, Nadeera dan Putera Muhammad. I pun tak tahu nak predict siapa akan menang kerana ketiga-tiganya bagus.” – Keanu Azman

“Saingan sengit ya? Of course, Nadeera dan Putera. Sebagai COEX, kami memang rasakan mereka berdua yang akan bersaing. Cuma malam ini, korang kena tonton battle di antara Nadeera dan Waode. Mind blowing!” – Mikaela COEX

IKLAN

Siapakah Bakal Juara Big Stage Musim Kelima? Antara’Favourite’ Ialah Waode, Nadeera Dan..

“Saya rasa Putera Muhammad dan Hoondoo lah. Saya pun nanti-nantikan battle mereka kerana musim-musim sebelum ini kan solo-solo. Jadi kali ini duo dan solo, memang saya nak tengok. Secara peribadinya, saya gemarkan Putera Muhammad.” –  Zaidy Dem Lepak Boyz

Siapakah Bakal Juara Big Stage Musim Kelima? Antara’Favourite’ Ialah Waode, Nadeera Dan..

IKLAN

“Saya rasa yang bakal memberi saingan sengit.. keenam-enamnya akan memberikan persembahan yang sangat-sangat dasyat lah malam ini. Mereka adalah the best of the best.”Hazel Dem Lepak Boyz

Korang setuju dengan pilihan mereka?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI