Hadir dengan imej yang segar, muda dan membawakan mesej #GirlPower, grup tempatan bernama Dolla seakan satu mutiara baru industri seni yang bersedia untuk digilap dengan bakat dan potensi mereka.
Dolla pantas memanjat tangga populariti di media sosial apabila ramai pihak yang membandingkan mereka dengan grup K-pop seperti Blackpink dan grup Inggeris, Little Mix.
But seriously, siapakah Dolla?
Ads
01
Bagi korang yang baru tahu mengenai kemunculan Dolla dalam industri muzik tempatan, Dolla merupakan grup di bawah Universal Music Malaysia dan baru saja melakukan debut pada bulan Mac, tahun ini. Dianggotai oleh Angel, Sabronzo, Syasya dan Tabby, kemunculan Dolla sedikit berbeza jika dibandingkan dengan mana-mana penyanyi baru lain.
Ini kerana debut Dolla terjadi sewaktu musim COVID-19 melanda negara dan seluruh dunia. Lalu, mereka berdepan kekangan untuk langkah promosi.
Bagaimanapun, Dolla berpandangan positif dan melakukan yang terbaik untuk memperkenalkan nama mereka menerusi plaform digital.
Ads
02
Jom kenali anggota Dolla dengan lebih dekat lagi. Ahli paling senior di antara mereka berempat ialah Sobronzo. Pemilik nama Sabrina Rusli ini berusia 25 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur.
Dua lagi anggota Dolla yang juga berasal dari Kuala Lumpur ialah Noorsyasya Afiqa Shahrizal (Syasya, 19) dan Tabitha Ariel Lam (Tabby, 20). Manakala ahli keempatnya, Angelina Chai Ka Ying (Angle, 19) merupakan satu-satunya ahli dari Sarawak.
Angelina Chai Ka Ying (Angle)Sabrina Rusli (Sobronzo)
03
Perbandingan Dolla kepada grup Blackpink seakan tidak boleh dielakkan. Ini memandangkan Dolla mempunyai genre muzik, pemakaian dan mood koreografi yang seakan sama dengan grup Lovesick Girls itu.
Sejak single pertama Dolla berjudul Make You Wanna, peminat K-pop tempatan pantas tertarik untuk menonton video muzik mereka dan ingin ambil tahu mengenai siapakah gerangan 4 orang remaja perempuan ini.
Mungkin ramai beranggapan Dolla akan ‘rimas’ dengan perbandingan kepada Blackpink ini. Namun, mereka sebaliknya berterima kasih terhadap perhatian yang diberikan oleh peminat tempatan mahupun antarabangsa. Perbandingan itu membantu Dolla dalam fasa promosi single terbaru mereka berjudul Impikan, yang baru dilancarkan semalam.
Single Impikan juga hadir dalam versi Bahasa Inggeris berjudul Watch Me Glow. Ia dihasilkan oleh komposer terkenal dari Sweden iaitu Ludwid, Daniel Caesar dan Karl Oscar Gummersson. Bagi versi Bahasa Melayunya pula, ia dihasilkan oleh Luca Sickta dan Yonnyboii.
Menariknya, komposer antarabangsa yang tersenarai itu pernah menghasilkan lagu hit untuk grup K-pop seperti Girl’s Generation (SNSD) – All Night, Red Velvet – Zimzalabim, VIXX – Hyde dan Pentagon – Pretty Pretty sebelum ini.
*
Jika korang masih belum mendengar single Impikan, korang boleh mendengarkannya di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan Deezer. Klik pautan video di bawah untuk menonton video muzik Impikan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak perbahasan di Dewan Rakyat bermula Isnin lalu sesudah pembentangan Belanjawan 2021, banyak perkara yang dipetik daripada pembentangan itu telah menjadi poin utama ahli parlimen Malaysia untuk diajukan kepada menteri serta pihak berkenaan.
Ada yang membahasnya secara produktif, ada juga yang menuduh tidak tentu fasal. Biasalah, itu sudah umpama adat ahli parlimen negara kita yang sudah sebati dengan kebanyakan daripada mereka.
Apapun, ahli parlimen Muar, Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mengumumkan bahawa gilirannya untuk membentangkan perbahasan bagi Belanjawan 2021 telah dijadualkan untuk berlangsung Khamis minggu hadapan.
Sumber Foto: Instagram Syed Saddiq.
Menerusi posting di Instagram beliau, sebanyak 6 perkara utama akan menjadi kupasan dalam pembentangan tersebut.
Antaranya termasuklah pelanjutan moratorium bagi membantu rakyat yang kini sedikit ‘sesak’ untuk membayar semula pinjaman secara ansuran bulanan, pengeluaran KWSP oleh rakyat yang memerlukan sumber kewangan bagi menjalani kehidupan pada musim pandemik ini dan bantuan kepada golongan M40.
Selain itu, beliau juga ingin membahaskan bantuan internet kepada lebih ramai rakyat yang memerlukannya demi kelestarian hidup untuk bekerja & belajar serta memohon pihak kerajaan agar menyemak semula peruntukan RM85.5 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di bawah Kementerian Komunikasi & Multimedia.
Ramai bersetuju bahawa dana itu sewajarnya disalurkan untuk tujuan yang lebih prominen dalam musim pandemik di Malaysia seperti bantuan bajet kesihatan dan ekonomi rakyat.
Akhir sekali, Syed Saddiq juga ingin mengupas mengenai Bantuan Mahasiswa melalui potongan yuran universiti memandangkan kebanyakan institusi sekarang menggunakan pendekatan Open & Distance Learning (ODL) dari rumah masing-masing.
Penulis secara peribadi bersetuju dengan poin terakhir itu kerana para pelajar IPT terutamanya pelajar IPT swasta yang kurang menerima bantuan sewajarnya seperti yang diterima oleh pelajar IPT awam oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Korang setuju tak dengan 6 perkara ini? Atau ada poin-poin lain yang perlu dibahaskan juga?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada individu yang memang gemar menyimpan duit syiling sehingga berbalalang-balang. Cukup masa, nak ditukarkan pula kepada wang kertas untuk melihat hasil simpanan.
Kemudahan yang dah ada sekarang dapat membantu korang dengan sangat mudah. Tak perlu nak beratur panjang tunggu giliran di bank, cuma perlu gunakan mesin duit syiling untuk transfer ke akaun bank korang.
Pada siapa yang mungkin belum tahu, korang boleh refer cara-cara penukaran ini dalam perkongsian yang dibuat oleh Anan Adli.
1. Pergi ke cawangan yang ada mesin deposit syiling. Tapi, tak semua cawangan bank ada. Jadi korang kena pastikan betul-betul cawangan mana yang ada.
2. Masukkan syiling. Tak perlu asingkan duit syiling tu sebab mesin ini akan asingkan setiap syiling. Syiling yang diterima ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Duit baru atau lama, semuanya diterima kecuali duit negara lain.
3. Tekan butang ‘A’ untuk start. Mesin ini akan mula masukkan syiling. Setelah seketika, mesin akan berhenti dan tekan balik butang ‘A’ untuk continue. Duit-duit yang tak diterima akan dimasukkan ke bahagian bawah mesin. Ambil dan cuba masukkan balik.
4. Setelah selesai, tekan butang ‘B’. Mesin akan keluarkan dua resit. Satu untuk korang simpan, satu lagi pihak dan satu lagi akan diambil oleh pihak bank. Korang kena isikan nama, nombor akaun dan juga nombor telefon.
5. Tunjukkan resit tersebut di kaunter khidmat pelanggan. Korang akan diberikan form untuk diisi. Isi nama, nombor akaun dan jumlah wang syiling yang dah didepositkan tadi.
6. Serahkan form tersebut pada kaunter khidmat pelanggan. Siap! Wang korang akan dimasukkan ke akaun petang nanti (kalau pergi waktu pagi laa)
Waktu operasi mesin syiling ini adalah mengikut waktu operasi bank, 9.15 pagi hingga 4.30 petang. Bukan seperti cash deposit yang korang boleh pergi pada bila-bila masa. Itu sebab resit kena bagi balik di kaunter khidmat pelanggan. Resit tu valid untuk satu hari saja.
Kalau korang memang suka menabung duit syiling, tak perlu nak ke kaunter bank, terus saja pergi ke mesin duit syiling yang berdekatan.
Mudah je kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Teruja apabila terpilih dalam filem terbaharu Kahar Kapla High Council, pelakon berbakat besar, Aedy Ashraf berkata karya tersebut adalah sebagai penutup buat dirinya bagi membawa watak pelajar sekolah, selepas berjaya menambat hati penonton dengan naskhah Project: Anchor SPM.
Menurut Aedy, dia memilih untuk berlakon dalam filem ini disebabkan jalan ceritanya yang lebih segar dan menarik.
“Sebelum ini penutup watak pelajar sekolah dalam karier saya ialah drama Project: Anchor SPM kerana bagi saya bila sudah tua, apabila ingin bercerita kepada anak-anak dan cucu yang saya sudah menutup karakter ini dengan kemas pada waktu itu.
“Tapi ada tawaran datang yang saya rasa macam lagi bagus, mungkin ia adalah penutup watak pelajar sekolah yang lagi solid. Jadi, Kahar Kapla High Council akan jadi penutup karakter budak sekolah saya,” katanya kepada Remaja.
Bertanya pula mengenai penonton yang meletakkan jangkaan yang tinggi bagi filem ini, pelakon berusia 30 tahun itu memaklumkan dia akan lakukan yang terbaik dan tidak akan menghampakan para peminat siri Projek: High Council sementelah mereka menonton filem ini.
“Bagi saya harapan yang tinggi yang diberikan penonton pasti ada kerana mereka sudah menonton naskhah yang sebelum ini iaitu Projek: High Council yang kita tahu memang berjaya.
“Saya sebagai pelakon tidak boleh hentikan expectation mereka. Jadi, saya akan buat yang terbaik dan mereka tidak akan hampa. Mungkin ia akan menjadi lebih daripada apa yang mereka jangkakan,” ujarnya.
Berkongsi pembabitannya dalam naskhah diarahkan Razaisyam Rashid itu, Aedy berkata, dia sebagai pemain dalam karya hebat ini akan memberikan komitmen semaksima yang mungkin.
“Bagi saya, filem ini adalah persediaan yang paling besar kerana ini adalah filem yang besar. Selain semua team yang ada telah memberikan usaha yang maksima bagi menjayakan karya ini.
“Kita sebagai pemain sudah pasti akan mewakili semua kru yang terlibat apabila figura kita sudah keluar di pawagam nanti,” tuturnya lagi.
Sekadar info, Aedy Ashraf menggalas watak sebagai Beja. Turut terpilih untuk membarisi filem prekuel berkenaan ialah model serta bakat baharu, Sky Iskandar sebagai Megat.
Selain itu, dua watak lain berjaya menerusi sesi uji bakat adalah Thompson Goh dan Khenobu yang masing-masing memegang watak Li dan Jojo.
Dalam Kahar Kapla High Council, Amir Ahnaf diberi kepercayaan untuk memegang watak utama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Banyak di antara kita yang sering terlepas pandang tentang pentingnya penggunaan pelindung matahari SPF atau sunblock, kan?
Tapi, sebenarnya, penggunaan sunblock setiap hari, terutamanya...