Ini 4 trivia menarik mengenai mereka.
Hadir dengan imej yang segar, muda dan membawakan mesej #GirlPower, grup tempatan bernama Dolla seakan satu mutiara baru industri seni yang bersedia untuk digilap dengan bakat dan potensi mereka.
Dolla pantas memanjat tangga populariti di media sosial apabila ramai pihak yang membandingkan mereka dengan grup K-pop seperti Blackpink dan grup Inggeris, Little Mix.
But seriously, siapakah Dolla?
Bagi korang yang baru tahu mengenai kemunculan Dolla dalam industri muzik tempatan, Dolla merupakan grup di bawah Universal Music Malaysia dan baru saja melakukan debut pada bulan Mac, tahun ini. Dianggotai oleh Angel, Sabronzo, Syasya dan Tabby, kemunculan Dolla sedikit berbeza jika dibandingkan dengan mana-mana penyanyi baru lain.
Ini kerana debut Dolla terjadi sewaktu musim COVID-19 melanda negara dan seluruh dunia. Lalu, mereka berdepan kekangan untuk langkah promosi.
Bagaimanapun, Dolla berpandangan positif dan melakukan yang terbaik untuk memperkenalkan nama mereka menerusi plaform digital.
Jom kenali anggota Dolla dengan lebih dekat lagi. Ahli paling senior di antara mereka berempat ialah Sobronzo. Pemilik nama Sabrina Rusli ini berusia 25 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur.
Dua lagi anggota Dolla yang juga berasal dari Kuala Lumpur ialah Noorsyasya Afiqa Shahrizal (Syasya, 19) dan Tabitha Ariel Lam (Tabby, 20). Manakala ahli keempatnya, Angelina Chai Ka Ying (Angle, 19) merupakan satu-satunya ahli dari Sarawak.
Perbandingan Dolla kepada grup Blackpink seakan tidak boleh dielakkan. Ini memandangkan Dolla mempunyai genre muzik, pemakaian dan mood koreografi yang seakan sama dengan grup Lovesick Girls itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Siapa Kembar Jennie Bernama Ella Gross Ini?
Sejak single pertama Dolla berjudul Make You Wanna, peminat K-pop tempatan pantas tertarik untuk menonton video muzik mereka dan ingin ambil tahu mengenai siapakah gerangan 4 orang remaja perempuan ini.
Mungkin ramai beranggapan Dolla akan ‘rimas’ dengan perbandingan kepada Blackpink ini. Namun, mereka sebaliknya berterima kasih terhadap perhatian yang diberikan oleh peminat tempatan mahupun antarabangsa. Perbandingan itu membantu Dolla dalam fasa promosi single terbaru mereka berjudul Impikan, yang baru dilancarkan semalam.
Single Impikan juga hadir dalam versi Bahasa Inggeris berjudul Watch Me Glow. Ia dihasilkan oleh komposer terkenal dari Sweden iaitu Ludwid, Daniel Caesar dan Karl Oscar Gummersson. Bagi versi Bahasa Melayunya pula, ia dihasilkan oleh Luca Sickta dan Yonnyboii.
Menariknya, komposer antarabangsa yang tersenarai itu pernah menghasilkan lagu hit untuk grup K-pop seperti Girl’s Generation (SNSD) – All Night, Red Velvet – Zimzalabim, VIXX – Hyde dan Pentagon – Pretty Pretty sebelum ini.
*
Jika korang masih belum mendengar single Impikan, korang boleh mendengarkannya di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan Deezer. Klik pautan video di bawah untuk menonton video muzik Impikan.