Adakah korang merupakan seorang peminat Justin Bieber slash XXXTENTACION slash Post Malone slash Rex Orange County slash Khalid?
Jika ya, korang akan menggemari bakat remaja baharu dari UK, Finn Askew.
Baru-baru ini, REMAJA dijemput oleh Universal Music Malaysia untuk menemuramah penyanyi Gen Z itu secara ekslusif setelah dia melancakan album EP pertamanya berjudul Peach.
Pada usia 19 tahun, muzik Finn amat dekat dengan pendengar remaja yang ingin dicintai, ingin dihargai, mempunyai perasaan sedih dan gembira pada masa yang sama. Yes – a nice form of complicated nicely tied together in an album.
Lihat apa yang ingin diperkatakannya mengenai lagu kegemarannya dari album ini dan sama ada dia mempunyai lagu kegemaran K-Pop.
Bagaimana keadaan lockdown kali ketiga yang dikenakan di UK?
FINN : Saya bertuah kerana rumah saya berada di kawasan pekan kecil (countryside), jadi walaupun kami dalam peringkat lockdown saya masih boleh keluar dan berjalan. Lockdown ini tidak begitu menjejaskan saya, I’m doing alright.
Kamu mencipta kebanyakan lagu di dalam bilik tidur. Apakah 3 item yang wajib ada di dalam bilik tidur kamu untuk menjadi kreatif?
FINN : Saya perlukan gitar, komputer riba dan vibes yang bagus.
ARTIKEL BERKAITAN : [EKSKLUSIF] Bukan Hanya Penyanyi Lagu Viral Di TikTok, Kenali Siapakah BENEE – REMAJA
Kami telah mendengarkan album EP terbaru kamu berjudul Peach. Congratulations! Ia mempunyai diversiti dari segi muzik dan genre. Siapakah di antara inspirasi kamu semasa menyiapkan album ini.
FINN : Semasa saya membesar, saya banyak mendengar kepada band lama seperti Nirvana dan The Beach Boys. Saya banyak mendengar muzik Justin Bieber. Saya juga meminati muzik rap dari Amerika seperti Juice WRLD, XXXTENTACION, Lil Peep dan penyanyi yang seiring dengan mereka.
Sebab itulah EP ini mempunyai pelbagai jenis genre dan muzik kerana inspirasi saya hadir dari pelbagai jenis muzik dari serata dunia. Ia juga membuatkan pendengar menggelar muzik saya agak ‘pelik’ ketika mereka mendengarnya untuk kali pertama.
Bagaimana pandemik COVID-19 ini telah mempengaruhi proses kamu menyiapkan EP ini?
FINN : Tentunya, album ini telah memakan masa yang lebih panjang daripada yang saya jangkakan. Tidak semua perkara terurus berbanding jika kita boleh duduk di studio dan menyiapkannya. Saya perlu lakukan perbincangan di Zoom, saya perlu berhubung menerusi telefon.
Tapi asalkan EP ini dapat disiapkan, saya sudah berpuas hati.
Apakah trek kegemaran kamu dari EP ini?
FINN : Saya harus katakan trek terakhir iaitu Buttercup. Walaupun ia adalah trek paling pendek, ia mempunyai vibe
Setiap lagu yang saya lancarkan ini mempunyai jalan cerita masing-masing, namun Buttercup adalah lagu yang personal bagi saya dan saya berbangga dengan lagu ini
Kamu telah menulis trek ‘Roses’ sejak berusia 16 tahun. Kini pada usia 19 tahun, apakah perubahan yang dapat kamu lihat pada diri kamu sebagai seorang penulis lagu?
FINN : 100%. Semasa saya menulis Roses, saya belum pernah menjejakkan kaki ke studio rakaman dan bertemu dengan penerbit album.
Meskipun Roses adalah lagu yang bagus dan amat diminati oleh pendengar, kamu boleh melihat perubahan pada penciptaan lagu-lagu saya sejak itu. The more I do this, the better I get. Tentunya saya gembira apabila semakin lama saya lebih yakin dengan improvement yang berlaku.
Roses amat digemari di Malaysia dan secara amnya di benua Asia. Ini termasuklah salah seorang anggota NCT iaitu Taeyong yang pernah mengakui Roses adalah salah satu lagu kegemarannya.
Adakah kamu sendiri mempunyai lagu K-pop kegemaran?
FINN : Buat masa ini, saya menggemari Dynamite oleh BTS. Jujurnya, saya masih tidak terlalu mengenali dunia K-pop secara menyeluruh.
Nyatakan EP Peach ini dalam 3 perkataan.
FINN : Gila (mad), unik dan muda (youthful).
Kami juga amat menyukai cara video muzik kamu dirakamkan dan disunting. Adakah kamu terlibat dalam proses pembikinan video-video tersebut?
FINN : Sudah tentu. Saya akan menerangkan maksud sesebuah lagu dan apa yang saya inginkan dari video muzik saya. Of course, s
I am also glad many people can view my hometown in my recent videos. Ramai berpendapat saya berasal dari kawasan bandar, tak ramai yang tahu saya dari pekan kecil bernama Somerset.
Apakah perkara yang paling kamu rindukan semasa pandemik ini?
FINN : Tentunya untuk keluar dari kawasan ini dan menjayakan tour saya di UK. Dan saya tidak sabar untuk ke Asia dan menyanyi dari satu negara ke negara yang lain. Saya tidak pernah lagi ke benua Asia.
Apa yang boleh kami jangkakan daripada kamu untuk 2021?
FINN : Ia akan menjadi tahun yang cemerlang untuk saya, saya tidak sabar untuk mengeluarkan lebih banyak lagu baru. Kamu juga boleh menjangkakan virtual shows dari saya, kami akan umumkannya tidak lama lagi.
Dengarkan muzik dari Finn Askew DI SINI.