Isi Kandungan

 

Beberapa bulan lalu, penyanyi Malaysia yang berjaya melebarkan sayap ke Amerika Syarikat, Yuna telah membuatkan negara berbangga denganya setelah wajahnya menghiasi papan iklan digital di kawasan paling terkenal di kota New York iaitu Times Square.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Y U N A (@yuna)

Kemunculan Yuna pada 1 Mei itu adalah bersempena pemilihannya sebagai salah seorang artis wanita pilihan Spotify untuk playlist berjudul EQUAL yang sedang dipromosikan oleh mereka.

Playlist khas ini adalah untuk mengetengahkan kreativiti serta potensi artis wanita dari lebih 50 buah negara dengan semangat memperkasakan wanita lain yang mendengar karya mereka.

Siapa sangka dalam tahun 2021, seorang lagi wanita artis wanita dari Malaysia berjaya menempatkan dirinya di papan iklan yang sama, juga bagi kempen ‘EQUAL Playlist’ yang sama! Perkenalkan, Layla Sania yang telah muncul di Times Square pada 20 Julai 2021 (waktu tempatan di New York).

Siapakah Layla Sania Yang Muncul Di Papan Iklan Times Square New York?
Foto : Instagram @laylasania
Siapakah Layla Sania Yang Muncul Di Papan Iklan Times Square New York?
Foto : Tangkap layar Instagram @laylasania

Terharu dengan peluang yang diterimanya ini, Layla menerusi akaun media sosialnya bersyukur dan menganggap momen ini sebagai detik yang bermakna dalam karier nyanyiannya.

Ads

“Tidak pernah saya membayangkan melihat diri sendiri pada papan iklan digital popular sama seperti Yuna dan artis antarabangsa lain.

“Saya berharap kisah ini boleh dijadikan inspirasi kepada pemuzik wanita lain. Kita ada kekuatan untuk mengubah dunia, tidak kiralah siapa diri kita dan di mana saja kita berada.”

Siapakah Layla Sania Yang Muncul Di Papan Iklan Times Square New York?
Foto : Instagram @laylasania

Mungkin ada sesetengah daripada korang yang tidak begitu familiar dengan Layla Sania. Jom lihat 4 fakta menarik mengenainya.

 

01

Layla atau nama penuhnya, Layla Sania Khairuzikri yang kini berusia 19 tahun merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina) Chong Hwa di Kuala Lumpur. Disebabkan latar belakang pendidikannya itu, dia mampu menyanyikan lagu Mandarin dengan fasih.

Ads
Siapakah Layla Sania Yang Muncul Di Papan Iklan Times Square New York?
Layla ketika bersama Aizat Amdan di segmen radio Rakita. Foto : Instagram @laylasania

 

02

Single pertama Layla yang berjudul By Your Side dinyanyikannya dalam bahasa Mandarin dan ia baru saja dilancarkan Januari lalu. Layla seakan mengikut jejak langkah seorang lagi penyanyi Malaysia, Firdhaus yang menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa utama dalam menyampaikan nyanyiannya.

ARTIKEL BERKAITAN : “Kalau Ada Peluang, Why Not” Firdhaus Ingin Berduet Dengan Shila Amzah – REMAJA

Biarpun begitu, Layla masih pernah muncul dengan dua single berbahasa Melayu yang berjudul Lakaran dan Que Sera Sera yang diinspirasikan daripada genre Jazz serta Blues.

Ads

 

03

Penyanyi yang telah disambar oleh label rakaman Warner Music Malaysia ini membesar dengan persekitaran yang menyintai muzik. Ayah Layla merupakan seorang pemuzik dan beliau jugalah yang turut mencipta lagu Que Sera Sera yang dihasilkan bersama AG Coco.

 

04

Terdahulu, Layla pernah muncul di program I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga dengan mendendangkan lagu nyanyian asal Tiger Huang dan program Immortal Songs; juga di saluran TV3.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI