Siar Azan Maghrib Awal 4 Minit, Penyampai Radio Mohon Maaf

Share

Pada bulan Ramadan yang mulia ini, rata-rata masyarakat Islam di Malaysia berpandukan kepada laungan azan di masjid, televisyen mahu pun radio sebagai tanda telah masuk waktu berbuka. Namun, sebagai manusia biasa, kita tidak lari daripada melakukan kesilapan.

BACA: Masjid Di Gombak Laung Azan Maghrib Awal 3 Minit, Puasa Jadi Batal & Wajib Diganti

Ini yang berlaku kepada seorang penyampai radio tempatan yang melakukan kesilapan menyiarkan azan Maghrib empat minit lebih awal. Walau bagaimanapun, penyampai radio di Tawau itu telah memohon maaf atas kesilapan teknikal yang berlaku.

Foto: Positive Moslem Attitude (Gambar hiasan)

Bagi daerah Tawau, waktu Maghrib adalah pada pukul 6.20 petang namun penyampai radio itu telah menyiarkan azam pada pukul 6.16 petang dan menyebabkan ada pendengar yang berbuka puasa lebih awal tanpa disengajakan.

“Saya, Mohd Safwan bin Junit, penyampai yang bertugas petang ini dalam program Syoknya Hujung Minggu telah melakukan kesilapan teknikal yang mana azan Maghrib telah disiarkan dua kali, iaitu sekitar 6.16 petang dan yang kedua 6.20 petang,”

“Azan yang sepatutnya disiarkan pada 6.20 telah dikumandangkan lebih awal dari waktunya, ia menyebabkan ramai daripada warga Tawau secara tidak sengaja telah berbuka puasa awal dari waktu,” 

Foto: Jacob Hodgson (Gambar hiasan)

Lelaki itu juga menjelaskan bahawa hal ini adalah disebabkan oleh kesilapan teknikal serta diri sendiri dan bukan melibatkan stesen radio tersebut. Diharap agar selepas ini semua pihak yang bertanggungjawab lebih peka dan tidak melakukan kesilapan berulang lagi.

Masyarakat juga dinasihatkan untuk ambil tahu waktu sebenar berbuka puasa dan janganlah hanya bergantung kepada laungan azan yang didengar sama ada di televisyen mahu pun radio.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman