#SiblingGoals: 13 Adik Beradik Selebriti Popular Di Malaysia, Mana Satu Pilihan Korang?

Share

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bukan hanya di Hollywood, negara kita juga mempunyai pasangan adik-beradik yang berbakat dalam industri hiburan tanah air.

Tidak kiralah sama ada bergiat aktif dalam seni lakonan mahu pun nyanyian, namun ada juga diantara adik-beradik lain yang mendapat tempias daripada populariti ahli keluarga yang merupakan seorang selebriti.

Dengan tidak semena-mena, mereka juga turut mendapat perhatian daripada pihak media dan masyarakat. Keakraban dan gaya hidup mereka juga membuatkan ramai yang menganggap bahawa hubungan mereka adalah seperti siblings goals.

Jom kita lihat antara adik-beradik selebriti Malaysia yang popular, siapa pilihan korang?

1. Nelydia Senrose, Uqasha Senrose & Raysa Rizrose

Walaupun Rasya merupakan adik tiri kepada Nelydia dan Uqasha Senrose, namun keakraban mereka wajar diberikan pujian. Kita boleh lihat kasih sayang yang tidak berbelah bagi daripada tiga adik-beradik perempuan ini.

2. Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Sharifah Aleysha & Sharifah Aryana

Siapa yang tidak kenal dengan anak-anak kepada Fatimah Abu Bakar yang juga merupakan guru seni lakonan kepada barisan artis-artis popular. Walaupun hanya Amani dan Aleya yang bergiat aktif dalam industri hiburan Malaysia, namun kedua adik perempuannya yang lain juga turut mendapat perhatian.

3. Neelofa, Ameera Khan & Athisha Khan

Siapa yang tidak kenal dengan adik-beradik cantik ini? Populariti yang diraih Ameera dan Athisha juga membuatkan mereka sering mendapat perhatian umum. Ameera sedang mengusahakan sendiri jenama produknya LMK Cosmetics, manakala Athisha Khan mempunyai channel YouTubenya sendiri.

4. Emma Maembong & Chacha Maembong

Tidak perlu diperkenalkan lagi. Nama Emma dan Chacha juga sering disebut-sebut dalam dunia hiburan Malaysia.

5. Anzalna, Mia Nasir & Afifah Nasir

Bakat lakonan dalam keluarga mereka bukan hanya dimiliki Anzalna, malah kakak dan adiknya juga turut pernah membintangi drama televisyen. Bukan saja cantik, mereka adik-beradik memang penuh bakat.

6. Fasha Sandha & Elisya Sandha

Bakat lakonan Fasha Sandha tidak perlu disangkal lagi kerana sememangnya wanita ini sering meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton yang menonton lakonannya didalam filem mahu pun drama televisyen.

Kini, adiknya Elisya Sandha juga dilihat sedang mengikut jejak Fasha dan terbaru, lakonannya dalam Puteri Yang Ditukar juga semakin mendapat tempat dihati penonton.

7. Shaheizy Sam & Zizie Izette

Antara pasangan popular adik-beradik yang sudah lama dikenali sejak dulu lagi. Shaheizy Sam dan Zizie Izette juga merupakan anak kepada pelakon veteran Khaty Fauziah.

8. Zeera Azizi & Neera Azizi

Finalis Dewi Remaja 2018, Zeera Azizi yang cemerlang dengan lakonannya dalam drama Setelah Terlafaznya Akad juga mempunyai seorang kakak yang turut bergelar sebagai seorang pelakon.

9. Aliff Aziz & Aishah Aziz

Antara pasangan adik-beradik dari Singapura yang berbakat dalam bidang nyanyian, Aliff dan Aishah sudah lama menempa nama sebagai seorang selebriti di negara kita.

10. Ruhainies & Risteena Munim

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kedua-dua pelakon wanita ini adalah pasangan adik-beradik.

11. Elfira, Ahmad Ezzrin & Ezlisa Loy

Ternyata bakat lakonan Elfira Loy turut diturunkan kepada dua beradiknya yang lain. Ezlisa Loy juga bukan hanya berbakat tapi pernah juga viral kerana mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

12. Shila Amzah & Syada Amzah

Sejak dari kecil lagi, dua beradik ini sudah menunjukkan bakat nyanyian yang dimiliki mereka.

13. Syatilla Melvin & Syifa Melvin

Walaupun selepas berumah tangga Syatilla agak menyepi dalam bidang lakonan, namun kehadiran dia dan adik perempuannya di media sosial masih mampu menarik ramai followers untuk turut jatuh cinta kepada mereka.

***
HEY GIRLS, WE’RE BACK!

Published by
Noor Ain Norman