Kategori Dewi Inspirasi Pencarian Dewi Remaja 2019 telah diberikan kepada Nina Amin atas undian daripada pihak pengurusan, team produksi dan finalis Dewi Remaja yang lain itu sendiri.
Berusia 23 tahun, gadis yang berasal dari Selangor ini mempunyai semangat yang tinggi sejak di hari pertama sesi uji bakat lagi. Direject oleh juri pada stage pertama tidak membuatkan Nina putus asa untuk mencuba kali kedua.
Buktinya, keesokan harinya dia hadir bersama semangat baru dan kali ini berjaya menyakinkan pihak juri bahawa sememangnya dia layak untuk dipilih sebagai 12 finalis akhir Dewi Remaja 2019.
“Sememangnya saya tidak menyangka kerana dipilih sebagai Dewi Inspirasi. Kesemua finalis berhak untuk menang sebenarnya. Setiap hari mereka memberi inspirasi kepada saya dan mungkin kemenangan ini sudah tertulis menjadi rezeki saya pada malam ini,”
Semangat setia kawan
Sudah tentu kesemua finalis yang bertanding mempunyai misi dan harapan untuk menang. Namun, gadis ini tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya sering membantu rakan-rakan yang lain dalam setiap tugasan yang diberi, lebih-lebih lagi ketika sesi catwalk.
Memiliki kelebihan dalam peragaan fesyen, Nina sama sekali tidak berkira untuk memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakannya yang lain sewaktu menghadiri majlis Fabulous MUA anjuran majalah Nona dan pertunjukan fesyen busana pengantin bersama Glitz dan majalah Pesona Pengantin.
“Saya percaya walaupun dalam pertandingan, tidak ada salahnya untuk kita saling bantu-membantu. Kita pun nak berada dalam industri yang sama, jadi apa salahnya kalau kita bantu-membantu. Saya percaya kalau kita melakukan kebaikan, kebaikan itu akan datang kepada kita,” jelas Nina.
Apa-apa pun tahniah kami ucapkan sekali lagi buat Nina Amin kerana dinobatkan sebagai Dewi Inspirasi pada tahun ini.
Semoga Nina lebih berjaya di luar sana dan mendapat tempat dalam industri hiburan tanah air.
Scha Alyahya Selamat Lahirkan Bayi Perempuan Pada CNY 2021
Alhamdulillah
Pelakon, pengacara dan Dewi Remaja 2005/2006, Scha Alyahya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 9.15 pagi tadi.
Menurut muat naik di Instagram Scha, suaminya Awal Ashaari dan anak sulung mereka, Lara Alana, bayi perempuan seberat 3.2kg itu telah dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
“Kami sekeluarga memanjatkan syukur ke hadarat Allah SWT di atas kelahiran cahaya mata kedua pada 12 Februari 2021 bersamaan 30 Jamadilakhir 1442H.
“Keduap-dua bayi dan Mommy berada dalam keadaan baik dan masih berehat buat masa ini. Kami bersyukur di atas amanat ini dan berterima kasih di atas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal dan Lara sekeluarga,” catat ketiga-tiga akaun Instagram mereka.
Buat masa ini, bayi tersebut hanya dikenali sebagai Baby L.
Mereka sekeluarga menunggu waktu yang bersesuaian setelah Scha dibenarkan pulang ke rumah dalam masa beberapa hari untuk memperkenalkan nama Baby L untuk pengetahuan khalayak.
Tak sabar rasanya nak menatap wajah Baby L buat pertama kali.
Terdahulu, Scha dan Awal pernah berkata dalam temuramah di majlis makan malam Nona Superwoman Award 2020 bahawa mereka inginkan jantina Baby L menjadi kejutan buat mereka bertiga dan sanggup menunggu hingga ke saat-saat kelahiran hari ini untuk mengetahuinya.
Tahniah sekali lagi daripada team REMAJA!
Pantang Lambat & Kena Selalu ‘Perform’, Ini Antara Peringatan Juri Tetap Dewi Remaja
Isi Kandungan
Toggle
Bukan mudah untuk menjadi seorang juri tetap Dewi Remaja. Namun itulah yang harus dihadapi oleh Yusry Abdul Halim dan Scha Alyahya pada setiap minggu hingga ke peringkat finale kelak.
Pada minggu ini, Yusry dan Scha perlu mengadili 12 orang finalis Dewi Remaja 2019 berkenaan cabaran Go-See.
Ia merupakan cabaran yang memerlukan finalis berkunjung ke tiga buah butik fesyen tempatan iaitu Innai Red, Rico Rinaldi dan Kashfi Zulkifli dan membuktikan mereka berpotensi untuk menjadi seorang fesyenista tanah air.
Bukan luaran saja yang dipandang oleh ketiga-tiga pereka fesyen ini, tetapi juga personaliti dan pemikiran cerdas mereka terhadap bidang fesyen.
Siapa yang berjaya dan siapa yang tersungkur, jom lihat komen daripada kedua-dua juri tetap ini..
*
*
Nynaa Harizal
Walaupun lambat tiba dengan Shaza Bae dan Myra Natasha, Nynaa tetap dipilih oleh Innai Red & Kashfi Zulkifli dan menjadi pemenang minggu kedua. Tetapi..
Yusry: Saya pantang jika orang lambat. Pada masa depan, kamu perlu rancang dari poin A ke poin B.
Scha: Saya faham tak semua perancangan kita akan menjadi. Tapi kena pantas fikirkan alternatif. Jangan tunggu ‘miracle’ untuk terjadi.
Myra Natasya
Myra mengakui dia tidak tahu mengenai industri fesyen secara dekat. Namun dia dipilih oleh Kashfi Zulkifli.
Scha: Apabila menyertai pencarian seperti Dewi Remaja 2019, kamu perlu buat research agar tahu untuk memberikan jawapan bila diajukan dengan soalan. Kadangkala, jawapan kita kena berlapik untuk menjaga hati mereka.
Kamu meminta maaf bila tidak tahu dan attitude itu bagus. Tetapi kamu perlu sentiasa panas membuat research.
Ash
Ash juga dipilih oleh Kashfi Zulkifli. Apabila dimarahi oleh pereka fesyen pertama, Rico Rinaldi, Ash terus tersedar dan lebih bersedia untuk ke butik kedua.
Yusry: Sama juga seperti Myra, kamu perlu gunakan masa terluang untuk melakukan research.
Adriana
Gadis tinggi lampai ini mengaku tidak begitu mengenali jenama fesyen tempatan walaupun dipilih oleh Rico Rinaldi.
Scha: Saya suka artikulasi jawapan kami bila menjawab. Cuma apabila kita tidak sengaja melakukan kesilapan terutama dengan seseorang seperti pereka fesyen, cepat-cepat minta maaf. Merekalah yang memberi kita peluang bekerja.
Saidah Kamarudin
Saidah disalah anggap berkelakuan tidak hormat ketika peserta, Dian Fernandez bercakap dengan Rico Rinaldi. Dia pantas meminta maaf jika menyinggung perasaan pereka fesyen tersebut dan Rico akhirnya tetap memilih Saidah.
Scha: Kadangkala kita tak tahu ada kamera di sekeliling yang memerhati. Sebagai selebriti, kita kena selalu berwaspada dan senyum di set.
Syamira Izzati
Walaupun tidak begitu tinggi, tetapi cara pembawaan diri Syamira ketika berdepan dengan juri membantu pemilihannya. Dia dipilih oleh Rico dan Kashfi.
Syamira kecewa apabila stail catwalk-nya masih belum sempurna. Namun dia tetap tak berputus asa dan masih bertanyakan kepada yang lebih berpengalaman seperti Amelia Henderson cara untuk berjalan dengan lebih yakin.
Scha: Stage presence dia sangat bagus. Dan saya suka bila Syamira tahu di mana kelemahan yang harus diperbaiki.
Shaza Bae
Walaupun beremosi ketika bercakap dengan Kashfi Zulkifli, beliau dapat melihat keazaman Shaza untuk menyertai Dewi Remaja 2019.
Yusry: Kamu berkorban untuk sertai pencarian ini tetapi awak tidak menunjukkan rasa sedih pun. Kamu tetap yakin dan misi kamu sertai kami di sini amat jelas.
Nina Amin
Nina merupakan antara dewi terpilih yang mendapat pujian daripada Izrin di Innai Red dan dipilih oleh ketiga-tiga pereka fesyen.
Scha: Keep up Nina! Bila kamu dapat ketiga-tiga ‘yes-es’ bermakna mereka dapat melihat sesuatu dalam diri kamu sebagai seorang model.
Sharlina Gilbert
Peserta dari Sabah ini sedar dia masih malu ketika berdepan dengan kamera. Malah dia tidak berapa yakin dengan penampilannya ketika task Go-See ini.
Scha: Baju mahal atau murah bukanlah satu isu. Sebelum keluar dari rumah, sebagai public figure, kita harus nampak presentable. Rico Rinaldi dan Innai Red nampak sesuatu pada diri kamu dan memilih kamu. Jadi kamu sendiri kenalah buang rasa gemuruh dan serlahkan diri.
Shatirah Amanda
Selain Nina Amin, Amanda menjadi seorang peserta lagi yang terpilih untuk ketiga-tiga pereka fesyen. Dia bersyukur kerana tidak sangka mendapatnya walaupun dia baru belajar tentang dunia fesyen.
Scha: See. Tinggi atau rendah, jika kamu yakin, orang di sekeliling kamu akan yakin untuk memilih seseorang. Amanda has proven to us that.
Azra
Entah di mana silapnya, ketiga-tiga pereka fesyen berkata Azra selalu memberikan alasan. Walaupun mengalami insiden kaki melecet, juri merasakan alasan seperti itu tidak perlu diceritakan kepada pereka fesyen.
Yusry: Ini this world, you will not always get second chances. Tiada alasan sekiranya kamu tidak memberikan yang terbaik pada peluang pertama. Ketika bertemu dengan seseorang yang penting, tak kiralah kita sakit or what not, sembunyikan kelemahan. Tonjolkan kelebihan diri.
Dian Fernandez
Dian dikategorikan oleh Izrin dari Innai Red sebagai model dengan posing yang ditelan zaman (outdated). Izrin berharap agar dia terus belajar untuk menjadi lebih edgy.
Scha: Di kalangan 12 orang dewi, tak ada siapa yang fresh atau berpengalaman. Pada pandangan juri, semua orang bermula sama. Ini satu pertandingan, jadi kita kena pantas serap ilmu dan bersedia.
*
Akhirnya, nasib tidak menyebelahi Myra Natasya apabila dia tersingkir pada episod kedua.
ARTIKEL BERKAITAN: “Setiap Tindakan Ada Akibatnya..” Myra Natasya Peserta Pertama Tinggalkan Dewi Remaja 2019
Walaupun sedih, namun Myra faham ini merupakan satu pertandingan dan dia berada di tangga terendah minggu ini berbanding 11 lagi orang finalis yang masing-masing menyerlah.
*
Peraduan Kumpul & Terbang
Istimewa untuk Dewi Remaja 2019, kami dengan kolaborasi penaja dari Scoot Airlines mengadakan peraduan khas ‘Kumpul & Terbang’!
Basically, apa yang perlu korang lakukan adalah menonton kesemua episod Dewi Remaja 2019 di saluran Astro Ria & Ria HD (setiap Sabtu jam 9.00 malam atau siaran ulangan setiap hari Selasa jam 1.30 tengah hari). Ataupun korang boleh menontonnya secara online di aplikasi Astro GO.
Tonton dan kumpul soalan & jawapan pada setiap artikel recap Dewi Remaja 2019 (seperti artikel ini).
Hantarkan kesemua jawapan sebelum 25 Disember 2019 ke remaja@ideaktiv.com.
SOALAN EPISOD 2
1. Namakan 3 jenama fesyen yang terlibat dalam task Go-See pada minggu ini.
2. Siapakah seorang lagi finalis yang berada dalam Bottom 2 bersama Myra Natasya?
3. Siakah seorang finalis yang terpaksa memotong rambut panjangnya menjadi potongan curly bob oleh Bambang Soteto di salun Hairkunst?
*
Jawab dan kumpul 3 soalan ini hingga 25 Disember 2019 agar korang berpeluang untuk memenangi 3 pasang tiket penerbangan tajaan Scoot Airlines.
Scoot menghubungkan lebih 60 destinasi di 17 buah negara seluruh dunia dari Singapura. Ini termasuklah Athens, Berlin, Gold Coast, Jeddah, Sydney dan terbaru, Trivandrum, Wuhan dan Kunming.
Di dalam Malaysia, Scoot menawarkan penerbangan dari/ke Kota Bharu, Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi dan Pulau Pinang. Penang. Bermula 3 Disember 2019 pula, Scoot akan terbang dari/ke Kota Kinabalu!
*
TERMA & SYARAT PENYERTAAN
• Semua peserta MESTI berumur 21 tahun ke atas pada masa mereka menyertai peraduan. Peserta mestilah seorang warganegara Malaysia dan / atau penduduk tetap Malaysia. Sekiranya peserta di bawah umur 21 tahun, penyertaan mereka mestilah diawasi oleh ibu bapa atau penjaga yang sah.
• Peserta mesti memegang pasport semasa dengan sekurang-kurangnya enam bulan sah dari tarikh perjalanan.
• Follow Facebook dan Instagram (@majalahremaja) serta Twitter (@majalahremajaMY).
• Follow Facebook (@FlyScootMY) dan Instagram (@flyscoot)
• Wargakerja Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Astro Malaysia Holdings Berhad (ASTRO), Scoot Airlines ataupun ahli keluarga serta kenalan rapat tidak dibenarkan untuk menyertai peraduan ‘Kumpul & Terbang’ ini. Sebarang penyertaan akan dibatalkan secara serta-merta.
• Tarikh tutup penyertaan untuk menghantarkan emel adalah pada 20 Disember 2019 (Jumaat). Sebarang penghantaran lewat selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan oleh pihak pengurusan.
• Semua hadiah tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
• Sekiranya hadiah yang diperolehi berupa tiket penerbangan hilang, rosak atau tamat tempoh, Scoot tidak akan bertanggungjawab untuk menggantikan dengan tiket penerbangan baru. Pihak pengurusan berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah yang lain. Tiada aduan yang akan dilayan mengenai perkara tersebut.
• Pihak pengurusan tidak akan melayan sebarang aduan mengenai kualiti dan kuantiti hadiah yang telah diberikan.
• Peserta menyatakan dan menjamin bahawa mereka tidak pernah mempunyai apa-apa sabitan atau rekod jenayah dan tidak pernah mempunyai tingkah laku yang boleh menjejaskan reputasi peraduan.
• Penyertaan yang tidak lengkap dan tidak teratur dikira tidak sah (mengikut budi bicara mutlak pihak pengurusan).
*
Jangan lupa nantikan TIGA lagi soalan dari Episod 3 minggu hadapan!
Check Out Finalis DEWI REMAJA 2018/19 Kongsi Pengalaman & Keputusan SPM Mereka!
Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) kini sudah memasuki hari yang ketiga. REMAJA yakin ramai antara korang pembaca setia kami yang sedang berjuang dan bertungkus-lumus memberikan yang terbaik demi masa depan masing-masing.
Kepada yang menduduki SPM tahun ini, good luck REMAJA ucapkan!
BACA: 8 Tips Nak Lulus Cemerlang SPM
Di kesempatan ini, REMAJA sempat menemubual beberapa orang finalis DEWI REMAJA 2018/19 untuk mendapatkan reaksi daripada mereka tentang SPM tahun ini.
Ikuti video di bawah untuk mendengar sendiri ucapan istimewa mereka dan juga perkongsian keputusan SPM mereka dahulu.