Sikap Tidak Pentingkan Diri, Nina Amin Dinobat Dewi Inspirasi 2019

Share

Kategori Dewi Inspirasi Pencarian Dewi Remaja 2019 telah diberikan kepada Nina Amin atas undian daripada pihak pengurusan, team produksi dan finalis Dewi Remaja yang lain itu sendiri.

Berusia 23 tahun, gadis yang berasal dari Selangor ini mempunyai semangat yang tinggi sejak di hari pertama sesi uji bakat lagi. Direject oleh juri pada stage pertama tidak membuatkan Nina putus asa untuk mencuba kali kedua.

Buktinya, keesokan harinya dia hadir bersama semangat baru dan kali ini berjaya menyakinkan pihak juri bahawa sememangnya dia layak untuk dipilih sebagai 12 finalis akhir Dewi Remaja 2019.

“Sememangnya saya tidak menyangka kerana dipilih sebagai Dewi Inspirasi. Kesemua finalis berhak untuk menang sebenarnya. Setiap hari mereka memberi inspirasi kepada saya dan mungkin kemenangan ini sudah tertulis menjadi rezeki saya pada malam ini,”

Semangat setia kawan

Sudah tentu kesemua finalis yang bertanding mempunyai misi dan harapan untuk menang. Namun, gadis ini tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya sering membantu rakan-rakan yang lain dalam setiap tugasan yang diberi, lebih-lebih lagi ketika sesi catwalk.

Memiliki kelebihan dalam peragaan fesyen, Nina sama sekali tidak berkira untuk memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakannya yang lain sewaktu menghadiri majlis Fabulous MUA anjuran majalah Nona dan pertunjukan fesyen busana pengantin bersama Glitz dan majalah Pesona Pengantin.

“Saya percaya walaupun dalam pertandingan, tidak ada salahnya untuk kita saling bantu-membantu. Kita pun nak berada dalam industri yang sama, jadi apa salahnya kalau kita bantu-membantu. Saya percaya kalau kita melakukan kebaikan, kebaikan itu akan datang kepada kita,” jelas Nina. 

Apa-apa pun tahniah kami ucapkan sekali lagi buat Nina Amin kerana dinobatkan sebagai Dewi Inspirasi pada tahun ini.

Semoga Nina lebih berjaya di luar sana dan mendapat tempat dalam industri hiburan tanah air.

Published by
Noor Ain Norman