Acara berpelukan dengan peminat yang dianjurkan oleh ahli kumpulan K-pop BTS, Jin bagi menyambut tamatnya tempoh perkhidmatan ketenteraannya pada 13 Jun lalu nyata menimbulkan lebih banyak kontroversi berbanding nilai positif.
Niat Jin hanyalah untuk meraikan hari istimewa itu bersama para 1,000 orang ARMY bertuah dengan memberikannya ‘pelukan percuma’ kepada mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Acara Peluk Peminat Sempat Ditolak, Jin BTS Kongsi Kisah Sebenar Dari Perancangan Acara Ramah Mesra Bersama ARMY – REMAJA
Namun, muncul segelintir peminat yang bersikap terlalu fanatik sehingga cuba mencium leher dan pipi Jin sewaktu berada di atas pentas.
Perbuatan tersebut secara tidak langsung menaikkan amarah dalam kalangan peminat global BTS. Lantas pada 14 Julai lalu, portal di Korea Selatan mengesahkan bahawa dua orang peminat yang didapati mencium Jin itu merupakan warganegara Jepun.
Dedah seorang netizen Korea, dia berjaya mencungkil identiti wanita terbabit setelah membacanya di sebuah laman blog berbahasa Jepun.
Khabarnya, pelaku terbabit terkenal dengan sikapnya yang cuba mengambil kesempatan terhadap selebriti lelaki. Perbuatan mereka bukan hanya dikutuk oleh peminat di Korea tetapi juga oleh wargamaya Jepun yang malu dengan tindakan tersebut.
Susulan kontroversi dicium oleh peminat secara paksaan itu, pihak polis di Korea Selatan mengesahkan telah menerima aduan orang ramai terhadap dua peminat berkenaan menerusi Sistem Petisyen Kebangsaan di bawah akta serangan seksual.
Bagaimanapun, pihak polis belum menerima sebarang aduan rasmi daripada mana-mana individu dan sedang meneliti sekiranya ada keperluan untuk meneruskan siasatan rasmi terhadap dua individu itu.
Haihh, macam-macam ya!
SUMBER: (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.