Kehadiran juara Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol di pentas akhir pencarian Hero Dewi Remaja 2023 pada malam ini amat dinanti-nantikan ramai peminatnya.
Ini memandangkan Tracie bakal membawakan satu elemen berbeza berbanding bekas-bekas juara Dewi Remaja terdahulu dari aspek pemakaiannya pada malam ini.
“Sebenarnya, asal-usul saya pada belah ayah adalah daripada suku kaum Murut sekaligus menjadikan saya separuh Murut.
“Sepanjang perjalanan saya dalam pertandingan Unduk Ngadau dahulu, saya hanya pernah memperagakan persalinan kaum Kadazan Dusun sahaja iaitu mewakili belah ibu saya.
“Jadi untuk kali pertama pada malam ini, saya akan memperagakan persalinan Murut bagi memberi penghormatan kepada susur galur ayah saya pula,” kongsinya kepada REMAJA.
“Simboliknya mengenai gaun saya pada malam ini adalah ia merupakan olahan moden terhadap kostum tradisional Murut namun beberapa bahagian pada gaun ini masih mempunyai simbolik tertentu.
“Ia menampilkan rekaan, taburan manik, paten dan warna yang sedikit berbeza daripada persalinan tradisional kaum-kaum lain di Sabah,” kongsinya.
Bercakap kepada jurudandan Tracie pada malam ini yang ingin dikenali sebagai Joe, beliau mendapat ilham daripada dandanan yang dihasilkan untuk naib juara pertandingan Miss Universe 2023 dari Thailand, Antonnia Porxild. Clean dan hanya ingin fokus pada raut wajah Tracie.
“Seperti semasa pentas akhir Dewi Remaja 2022, kami masih memilih warna gincu merah menyala kerana rona tersebut jelas menaikkan seri Tracie di atas pentas. Selebihnya, ia mirip solekan yang pernah Tracie gunakan semasa pertandingan Unduk Ngadau untuk memberi penghormatan kepada pertandingan keramat itu,” katanya.
Pesanan Tracie Sinidol
“Harapan saya kepada bakal juara Dewi Remaja 2023 adalah agar dia akan terus bersinar and spread their wings further.
“Mindset yang mereka ada semasa pertama kali mereka jejakkan kaki ke dalam bilik uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 itu saya harap akan kekal selama mana mereka berada dalam industri seni.
“Always remember your roots and who is the real person behind your charisma on stage or in front of the screen.”
“Jangan sesekali melupakan insan-insan yang pernah membantu kamu tidak kira kecil ataupun besar bantuannya.
“Sampai sekarang ibu saya selalu mengingatkan saya akan asal-usul kerjaya saya bermula dari pertandingan ini. Tanpa Dewi Remaja 2022, saya tidak akan berada di sini. It made me who I am today,” simpulnya.
***
Saksikan pentas akhir Hero Dewi Remaja 2023 secara langsung pada Jumaat ini, 29 Disember 2023 bermula jam 10.00 malam di Astro Ria & Strim di Astro GO.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.