Simpan Hanya RM30 Sebulan, Allah Beri Rezeki RM80,000 Manfaat SSPN i Plus Ramai Tak Tahu

Share

Pernah dengar tentang SSPN -i  atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional tak? Bagi korang yang nak dapatkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ketika mendapat tawaran belajar di Politeknik, IPTA atau IPTS antara disyaratkan ialah wajib mempunyai akaun SSPN – I dengan simpanan minimum seperti mana ditetapkan oleh PTPTN.

So kiranya, akaun ini antara perkara penting yang perlu ada sebelum korang membuat pinjaman pelajaran dengan PTPTN dan skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar.

Selain SSPN I, ada juga SSPN i Plus iaitu skim simpanan dan juga takaful yang ramai tak tahu manfaaatnya.

Perancangan menyimpan di SSPN i Plus ini boleh dilakukan ketika anak masih kecil

Baca perkongsian dari  fb Natasya Syakina mengenai kisah seorang isteri yang masih punya anak kecil namun kematian suami berusia 31 tahun.

Dalam perkongsiannya Natasya atau mesra disapa Tasya berkata dia sempat menyantuni wanita ini. Namun seakan sudah sudah tertulis rezeki wanita ini apabila arwah suaminya ada membuka akaun SSPN I Plus dengan membayar hanya RM30 sebulan untuk anak-anaknya dan bila berlaku kematian tidak terduga, manfaat takaful diperoleh suaminya adalah sebanyak RM80,000 untuk dua anaknya yang masih kecil. Itulah kata orang rezeki tak terdugakan. Di sebalik kesedihan, Allah hadirkan rezeki untuk besarkan anak-anak dengan wang tersebut.

Baca perkongsian yang telah mendapat perkongsian ribuan ini di media sosial sejak semalam.

Hari nie Tasya duty kaunter. Petangi ni rasa sebak sangat. Rasa macam nak kongsi feeling sedih tu sama dan dalam masa yang sama kita kena bersyukur apa yang kita ada sekarang nie

Ya Allah, masa Tasya jaga kaunter petang tadi Tasya dapat 3 orang kes kematian suami
Sedih sangat tengok dia dengan anak anak . Ada yang sorang tu muda lagi anak 3 orang . Yang bongsu anak baru 3 bulan.

Allah! Jaga-jaga pergi  belakang sat. Lap air mata sedih weh. Terbayang anak-anak hat masih kecik tu. Macam mana ibu dia nak besaqkan anak dia. Dalam kes kematian tu,  ada 2 kes kematian disebabkan jantung dan satu lagi kematian disebabkan kemalangan

Cita dia macam nie. Akak nie nak mai check PTPTN dia nak bayar habis guna KWSP. Dalam masa yang sama,  dia nak check hutang suami dia. Masa check tu,  alhamdulilah arwah dah selesai hutang semua. Nak di jadikan cerita,  akak nie dia nak tanya pasal SSPN I Plus dibuat suaminya  sebelum meninggal. Katanya dulu suami dia ada cakap nak bukak akaun SSPN kat anak.

Ini manfaat diperoleh pembuka akaun SSPN i Plus yang ramai tak tahu. Bayaran ikut pakej, bermula serendah RM30 di mana RM20 untuk simpanan dan RM10 untuk takaful insuran

So dia nak datang check laa kot-kot suami ada bukak ke tak. Dia tak pasti sama ada suami dia dah buka akaun belum kat anak dia. Tengok laa ic. Dalam bagi  IC,  tengok muda lagi arwah baru 33. Bila semak je  IC, tengok ada suami dia bukak akaun kat anak dia.

Suami dia pulak tak bagi tau kata dah buka. Cuma kata nak buka je dulu. Lepas tu, Tasya cakap laa, puan suami puan bukak ni ada insuran puan. Kematian disebabkan kemalangan sorang anak dapat RM 40,000. Dua anak dah RM 80,000

Dia pun tak sangka yang suami dia bukak akaun tu dan dapat sebanyak tu. Suami hanya bayar sorang anak pakej RM30 ringgit ja dengan RM20 masuk saving dan RM10  lagi,  potion insuran.

Insuran ni, kadang kita tengok macam tak pentingkan sebab ada sesetengah mahal nak beli luar. Tapi dengan SSPN i Plus nie,  dengan simpanan hanya  seringgit sehari,  mampu untuk anak-anak bini dia teruskan dari segi kehidupan tanpa ayah. Kalau anak esok nak masuk u ke apa.

Tuu jaa nak share sebab tak ramai yang tau pasal SSPN i Plus nie . Kalau orang yang tak mampu beli insuran mahal- mahal, bukak i Plus pun tak pa. Anak nak masuk U nanti tak payah susah-susah pinjam PTPTN.

Guna simpanan yang duk simpan tu. Sekian dari ibu qisya😢

#ibuqisya
#sspniplus

Published by
Almaswa Haji Che Ros