Tiada manusia yang sempurna kerana kita semua adalah pendosa. Pendosa yang Allah masih menutup aib kita berbanding TEGURAN dari Allah untuk kita muhasabah diri.
Tapi sejahat mana atau sesalah mana pun individu itu, mengeluarkan perkataan cerca, memaki hamun, menyebarkan aib orang adalah contoh akhlak yang tidak baik sebagai seorang Islam. Tiada manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan namun terus mencerca seolah-olah kita maksum dan tiada dosa juga adalah salah sama sekali.
Ya, manusia berbuat silap dan seharusnya kita perlu mendoakannya agar hati individu yang ditegur Allah itu berubah menjadi baik.
Boleh ke kita aibkan orang? Baca perkongsian dari Ustaz Shahril dan moga hati kita sentiasa tenang dan sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk individu lain.
Kita jangan jadi “juara” semata-mata nak menang “pertandingan”. Sebabnya, tanggung dunia, akhirat tak terjawab!.
Baca penerangan Naqib Masjid Al Khadijiah, Kampung Pantai Dalam, Ustaz Shahril bin Abd Samad dalam isu buka aib orang selain fitnah di media sosial yang sudah jadi hal biasa bagi sesetengah individu.
Kata Ustaz Shahril, aib ini terbahagi kepada dua.
Satu, AIB FIZIKAL!. Apa itu aib fizikal? Sebagai contoh, kalau di tubuh badan kita ada tanda lahir, atau apa saja, jangan sesekali menunjukkannya kepada individu lain kecuali mahram dan adik beradik yang tak batal air sembahyang kalau tersentuh. Sebabnya, kalau kita tunjuk pada orang lain, dikhuatiri akan digelakkan dan kita akan dimalukan. Simpan hanya untuk pengetahuan kita sahaja.
Keduanya, AIB PERILAKU! Dalam aib perilaku, terbahagi kepada 3 iaitu:-
2. Aib yang ada kesan pada orang lain. Apa maksudnya? Sebagai contoh, polan A mencuri tabung masjid. Kita tahu itu salah tapi salah kalau kita menviralkan gambarnya kerana kita digalakkan untuk menyimpan aib orang lain. Serah sajalah dia kepada pihak autoriti. Biar mereka jalankan kuasa.
Sepatutnya kita doakan dia baik-baik, kalau dapat tegur depan-depan, baru mencegah. Ini, kita gunakan medium media sosial untuk menyebarkan aib orang. APA KITA DAPAT? Dan pelaku yang kita sebarkan juga tak dapat apa. DIA DAPAT MALU, KITA DAPAT DOSA. AKHIRNYA JADILAH TANGGUNG DUNIA..JAWAB AKHIRAT! Ini sama kalau kita sebar-sebarkan gambar artis then kutuk-kutuk dia.
3. Aib libatkan ahli keluarga. Apa maksudnya? Paling mudah, ada ahli keluarga perempuan yang mengandung bawah umur. Pernahkan ada kes begini. Kita buntu dan kita tanya orang camner nak satelkan hal ini. Ada macam-macam cadangan, hantar pusat pemulihan, sorak dari orang ramai tapi mulut tak henti-henti cerita sebab malu. Sepatutnya dalam kes ini, carilah orang yang amanah untuk rahsia aib ini tidak dijaja.
Budak tu memang dah salah tetapi kita akan jadi salah kalau sebarkan berita aib tu. Kalau buntu pun, teruslah jumpa imam. Tanya boleh ke dinikahkan atau bagaimana. So, tahulah imam tu selesaikan hal ini kerana dengan pengetahuan agamanya, insya allah dia dapat bantu selesaikan masalah ini.
Dalam aib di atas, korang kena tahu, hukum menyebarkan aib orang ini berdosa besar. Selama ini kita bukan maksum, kita ada buat dosa tapi Allah sayang kita dan tutup lagi aib kita. Jadi samalah dengan aib orang. Jangan dedah atau sebarkan.
Pesan Ustaz Shahril lagi, KALAU KITA SEBARKAN AIB ORANG, KITA MESTI DATANG MEMINTA MAAF BERHADAPAN DENGAN ORANG YANG KITA AIBKAN ITU. Kalau tak, merangkaklah di akhirat nanti.
Bagaimana kalau orang kita aibkan sudah meninggal dunia?
Bagaimana kalau dendam sebab kita diaibkan dia, dia bawa sampai mati? Maksudnya orang yang kita aibkan itu bawa dendam perasaan dan emosi itu hingga ke padang Masyhar?
Kisah ini juga boleh dijadikan panduan. Tahu tak, orang yang kita aibkan dan orang yang dizalimi, AKAN BERTEMU SATU SAMA LAIN DI PADANG MASYHAR.
Kata Allah, orang yang menyebarkan aib ini sudah tiada apa lagi yang mahu diberikan kerana dia memang banyak berbuat dosa dan kebaikannya sangat sedikit.
Ini samalah dengan pepatah, 99 keburukan orang lain, fokuslah kepada satu kebaikan daripadanya. Sementara 99 kebaikan pada diri sendiri, fokuslah kepada satu keburukan kita!
Bagi orang yang biasa mengaibkan orang lain, mulakan istigfar, solat sunat taubat nasuha dan berjanji tak akan mengulangi perbuatan mengaibkan orang lain lagi.
Ingat, kalau Allah menyimpan berjuta aib manusia yang alpa dan penuh dosa, kenapa kita sebagai makhluk yang kerdil mahu menyebarkan aib manusia lain.