Simpati Lihat Pelajar Ikat Perut, Peniaga Nasi Lemak ‘Offer’ Makanan Percuma

Share

Nasib setiap orang tidak sama. Tidak semua insan dilahirkan dalam keluarga yang berkemampuan. Lebih menyedihkan, masih terdapat pelajar yang mengikat perut kerana tidak mempunyai wang.

Oleh sebab itulah, seorang peniaga prihatin berkongsi rezeki selain menyedekahkan makanan di gerainya kerana pernah melalui pengalaman sebagai seorang pelajar.

Foto Via Twitter (Hfnz9)

ARTIKEL BERKAITAN : Kerja Part Time Untuk Survive, Pelajar Ini Berjaya Kekalkan 4 Kali Dekan Berturut-Turut

Peniaga sedekah makanan kepada pelajar

Menerusi sebuah perkongsian yang tular dimuat naik oleh pengguna Twitter (Hfnz9), seorang wanita dipercayai berniaga nasi lemak mempunyai niat yang baik untuk membantu para pelajar dalam kesusahan.

 

Peniaga di sebuah gerai bernama Kafe N24 Streetcafe Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor ini dilihat menampal nota dan ditujukan kepada para pelajar di kawasan sekitar.

Nota tersebut tertulis bahawa mana-mana pelajar yang tidak mempunyai wang belanja mencukupi untuk makan supaya tidak menahan lapar dan boleh sahaja menjamah hidangan di gerainya secara percuma.

Menurut peniaga itu, dia juga pernah menjadi pelajar suatu ketika dahulu dan memahami sekiranya duit perbelanjaan tidak mencukupi untuk membeli makanan.

Rata-rata netizen terharu dengan sikap peniaga yang berhati mulia ini. Di ruangan komen perkongsian itu, rata-rata netizen mendoakan semoga peniaga itu dimurahkan rezeki kerana berniat baik untuk menyedekahkan makanan bagi membantu pelajar dalam kesempitan wang.

Foto Via Komen

Kisah ini mungkin boleh memberi sedikit pengajaran kepada semua bahawa indahnya berkongsi rezeki.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana