Rasanya satu dunia tahu dengan kezaliman Parti Komunis terhadap Muslim Uighur di kem tahanan Xinjing.
Mereka dizalimi dan ditindas dengan pelbagai cara. Selain diculik, diseksa, dirogol, dibunuh, dipisahkan dari keluarga dan bermacam cara mereka lakukan terhadap etnik ini.
Menurut laporan portal NBC News, sejak semalam hangat dalam kalangan masyarakat dan netizen di China apabila jenama pakaian terkenal dunia iaitu Nike dan H&M diboikot di negara itu. Hal ini gara-gara mereka tidak mahu menggunakan kapas yang dihasilkan oleh etnik Muslim Uighur di Xinjiang dalam penghasilan produk pakaian mereka.
Bukan suka-suka, dua jenama popular ini tak mahu menerima kapas dari China. Namun atas dasar simpati dan menghormati hak asasi manusia. Nike dan H&M tidak mahu menyokong tindakan China yang menjadikan etnik minoriti Muslim Uighur sebagai buruh paksa dalam usaha memajukan industri tekstil di negara itu. Pada masa yang sama, China yang menjadi pembekal kapas terbesar dunia telah mendesak mereka supaya menerima bekalan kapas yang dihasilkan oleh etnik Uighur meskipun dilakukan secara kerahan.
Rasanya wayar tindakan yang dilakukan oleh Nike dan H&M, namun penjualan produk mereka mula diboikot oleh pengguna di China.
“Kami prihatin terhadap hak asasi manusia dan simpati terhadap nasib etnik minoriti Uighur selepas menerima laporan bahawa etnik itu dijadikan sebagai buruh paksa di sebuah kilang kapas iatu Xianjiang Uyghur Autonomous Region (XUAR).
“Kami prihatin terhadap hak asasi manusia dan simpati terhadap nasib etnik minoriti Uighur selepas menerima laporan bahawa etnik itu dijadikan sebagai buruh paksa di sebuah kilang kapas iatu Xianjiang Uyghur Autonomous Region (XUAR).
Teruskanlah berdoa agar Muslim Uighur ini tidak terus ditindas. Walaupun berbincang secara baik, namun semua penjualan produk H&M telah disekat dan dilarang untuk dijual menerusi platform pembelian atas talian di China termasuk JD, Taobao dan Pinduoduo, lapor South China Morning Post.
Jadi fahamlah sendirilah ya,siapa salah dan siapa yang betul disini!
Sumber : NBC News