
Bukan hanya wanita, lelaki masa kini suka dengan aksesori bukan, apatah lagi aksesori tersebut dari jenama terkemuka seperti Pandora ini.
Jika korang menggemari barang perhiasan bersaiz kecil dan cute, sesuai sangatlah kalau korang berkunjung ke butik Pandora yang berdekatan. Ia memang ikonik dengan produk gelangnya yang boleh dihiasi dengan pelbagai jenis “charm,” dengan pilihan bergantung kepada cita rasa pemakai.
Kini Pandora memperkenalkan desain leksikon baru, Pandora ME yang direka khas untuk mewakili semua peringkat generasi. Koleksi ini memberi peluang kepada semua orang menggayakan dan memakai reka bentuk yang dipersonalisasi dan disesuaikan. Menariknya korang juga boleh mencipta sendiri barang kemas anda dengan rangkaian barang perhiasan terbaru oleh Pandora ME.
Pandora Me, dihadirkan dengan gelang (Pandora ME Link Chain Bracelet), Medal (Pandora ME Medallions), Loket Nama (Pandora ME Styling Word Links) dan Cincin (Pandora ME Rings). Cantik sungguh!
Setiap satu simbol memberikan maksud yang unik bagi pemakai seperti memori indah, item kegemaran, harta peribadi, pencapaian dalam hidup dan sebagainya. Terpulanglah kepada korang untuk menonjolkan identiti diri seperti mana yang anda mahu dalam pelbagai gaya penampilan yang unik.
Wah min suka betul style Pandora Me ni, simple je tapi ada class.
Hukum Baca Al-Quran Di Handphone Tanpa Wuduk, Boleh Ke Tidak?

Ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk mempertingkatkan ibadah di bulan Ramadan. Selain bertarawih dan bersedekah, amalan membaca al-Quran juga dilakukan sepanjang bulan yang mulia ini.
Dah jadi trend zaman sekarang, semuanya di hujung jari saja. Al-Quran fizikal dah jarang-jarang digunakan. Nak cepat dan mudah, ramai yang mengambil inisiatif untuk membaca al-Quran pada aplikasi telefon bimbit.

Jika kita sudah menghafal Quran, orang yang berhadas kecil masih boleh membaca Quran tanpa menyentuh mushaf. Hal ini seperti yang diriwayatkan dari Ali R.A:
“Rasulullah SAW masuk ke kamar kecil lalu menyelesaikan hajatnya. Kemudian beliau keluar dan makan roti dan daging bersama kami, beliau juga membaca Al-Quran. Tidak ada yang menghalanginya SAW –boleh jadi berkata: tidak menghalanginya-dari membaca Al-Quran kecuali junub.” (HR. Ibnu Majah).

Sementara itu, jika membaca Quran sambil menyentuh mushaf, para ulama berbeza pendapat. Ada yang membolehkannya, ada juga yang mensyaratkan harus bebas daripada hadis besar atau kecil.
Selain itu terdapat hadis Nabi SAW, “Tidak boleh menyentuh Al-Quran kecuali orang yang suci.” Namun para sahabat Nabi memberikan fatwa demikian sebagai penghormatan terhadap Al-Quran dan bukti bahawa al-Quran adalah kalamullah.
Persoalannya, adakah perlu kita mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum membaca?
Menurut Islam Itu Indah, handphone atau tablet yang mengandungi aplikasi al-Quran tidak seperti hukum mushaf kerana huruf al-Quran yang terdapat di aplikasi handphone berbeza dengan yang tertulis di mushaf.
Maka, sifat yang dibacanya tidak ada, yang ada hanya sifat gelombang yang terdiri daripada huruf dengan visual yang akan muncul ketika diakses dan akan hilang bila kita menutup semula aplikasi tersebut.
Pendapat yang paling kuat adalah dibolehkan menyentuh handphone atau kaset yang di dalamnya ada rakaman dan dibolehkan membaca Quran daripadanya tanpa perlu berwuduk.
Cara ini bagi memudahkan wanita haid untuk membaca al-Quran dan bagi mereka yang tidak membawa mushaf bersama-sama.
Dengan adanya teknologi canggih seperti sekarang ini, kita sekarang dapat membaca al-Quran di mana saja. Jadi tidak perlu risau soal ada wuduk atau pun tidak.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Trend Mod Lampu Bilik Tidur Semakin Jadi Kegilaan : Satu Mentol, Macam-Macam Mood!

Banyak perkara yang terpaksa dikekang sepanjang musim pandemik ini sehingga mendatangkan rasa rindu untuk kembali menjalankan kehidupan normal seperti sebelum ini.
Akan tetapi, penulis tidak menafikan musim pandemik juga telah menjadikan kita lebih kreatif setelah menetap di rumah selama berminggu-minggu. Kita mula peka dengan orang yang berada di hadapan kita seperti ahli keluarga dan rakan serumah. Kita juga mula mengerti cara-cara menjadikan gaya hidup kita lebih mudah dan menarik.
Mungkin disebabkan itu, sekarang ramai yang obses dengan trend mod lampu dalam bilik tidur. Trend menggunakan lampu untuk mengubah mood bilik tidur dalam sekelip mata sudah menjadi ikutan ramai sejak musim pandemik bermula tahun lalu.
And what is not to like?
Jika ingin ketenangan, warna-warna lembut dan kelam akan dipilih. Apabila inginkan energy dan semangat menyiapkan sesuatu, warna lampu yang sedikit hangat boleh dicuba.
Tanpa perlu mengubah susunan perabot di dalam bilik tidur, lampu je sudah mencukupi!
Justeru, REMAJA tercari-cari jenama manakah yang menawarkan lampu sedemikian rupa. Ia haruslah berharga mampu milik, mudah digunakan dan paling penting, menepati mood yang kami cari.
Sekiranya korang juga terfikir untuk membelinya, mungkin korang akan tertarik dengan jenama Signify. Dahulunya lebih dikenali sebagai Philips Lighting, Signify baru-baru ini telah melancarkan rangkaian lampu LED ‘WiZ’ generasi baharu.
Sistem smart lighting ini memang mudah untuk dikawal.
Pertama sekali, terpulang kepada korang untuk mendapatkan jenis lampu bersesuaian. Contohnya, jika korang mempunyai lampu meja, lampu dinding atau lampu gantung yang menggunakan mentol, pilihlah WiZ Tunable White Bulb + Color Bulb.
Lampu downlight WiZ Tunable pula adalah untuk kegunaan siling. Manakala, WiZ LED Strip Lighting sepanjang 1-2 meter pula sesuai jika korang ingin menyalakan bahagian kepala katil, bawah sofa, belakang meja dan sebagainya. Pilihan bergantung kepada jenis ruang bilik tidur.
Apa yang membuatkan lampu WiZ daripada Signify ini mudah digunakan adalah kerana ia boleh dihubungkan terus ke telefon pintar korang secara Wi-Fi. Apa yang perlu dilakukan adalah muat turun aplikasi WiZ App dan kawal kehangatan lampu serta warna yang diinginkan menggunakan telefon.
Lampu WiZ ini juga boleh dihubungkan ke peranti kawal-suara. Sebutkan saja mod ‘Wake Up’, ‘Focus’, ‘Candlelight’, ‘Fireplace’, ‘Romance’ atau ‘Forest’; keseluruhan bilik tidur akan bertukar mengikut mod tersebut!
Of course, ia tidak tertakluk kepada ruang bilik tidur saja. Korang boleh menggunakannya di mana-mana ruang yang diingini. Senang sangat.
Bagi yang baru ingin mencuba trend mod lampu, this is our best bet. Lagipun, harganya bermula dari RM69.90 hingga RM299.90 saja dan ia dijamin selamat digunakan. Haa, itu yang penting.
7 Destinasi Percutian ‘Rare’ Di Asia. Unik & Cantik Untuk Lawati 2024!

Isi Kandungan
ToggleApabila bercakap bab melancong atau bercuti — ada yang lebih gemar memilih tempat yang ‘rare’ dan belum ramai lawati.
Mungkin ramai yang memilih masa untuk ‘healing’ dengan menikmati keindahan dan kecantikan alam semula jadi. Malah, karakter unik dan aneh yang dimiliki juga menjadi faktor penting kenapa semua lokasi percutian di negara Asia ini menjadi pilihan pelancong dari serata dunia.
ARTIKEL BERKAITAN : Tip Untuk Solo Traveller Melancong Di Hong Kong
POKHARA, Nepal
Keindahan dan keunikan Pokhara terhasil daripada kombinasi antara tasik, gunung dan sungai. Kesempurnaannya boleh disaksikan sendiri dengan berkunjung ke beberapa buah tempat seperti Phewa Tal, Mahendra Cave, Devi’s Fall dan Sarangkot.
Selain tarikan pada alam semula jadinya yang menakjubkan, wilayah ketiga terbesar Nepal ini turut menjadi perhatian kerana ia menjadi lokasi penting beberapa jenis sukan ekstrem seperti ultralighting, paragliding, mountain bike, white water rafting dan hiking
INFO:
Selain keindahan dan kecantikan alam semula jadinya, karakter unik dan aneh yang dimiliki juga menjadi faktor penting kenapa semua lokasi percutian di negara Asia ini menjadi pilihan pelancong dari serata dunia.
Pokhara yang boleh diakses dengan menaiki bas ataupun kapal terbang dari Kathmandu menyediakan lebih kurang 250 buah hotel. Setiap satunya mempunyai pilihan harga yang berbeza, sama ada murah ataupun mahal.
KANDY, Sri Lanka
Wilayah kedua terbesar di Sri Lanka ini juga tidak terkecuali daripada menawarkan lokasi percutian yang menarik. Antaranya ialah The Temple of The Tooth, The Pinnewala Elephant Orphanage dan The Royal Botanical Garden in Peradeniya.
Kandy terletak berdekatan dengan Colombo. Ia boleh diakses dengan menaiki bas, keretapi ataupun teksi. Hanya tiga jam sahaja masa yang diperlukan untuk sampai ke sini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike.
INFO: Hotel bajet serendah USD 30 sehari boleh ditemui dengan banyak di Kandy. Majoritinya menawarkan bilik yang cantik, bersih dan perkhidmatan yang mesra pelanggan.
DHAKA, Bangladesh
Cuba lari daripada kesesakan lalu lintas ekstrem kota Dhaka dan berkunjung ke beberapa tempat menarik di persekitarannya. Pasti ramai yang teruja dan tidak menduga bahawa ibu negara Bangladesh ini sebenarnya kaya dengan struktur binaan unik seperti masjid, tugu dan istana.
Semuanya dibina sebelum abad ke-19 sewaktu era pemerintahan Islam dan penjajahan British. Antara yang popular dan menjadi mercu tanda Dhaka ialah Lalbagh Fort, Ahsan Manzil dan Baitul Mukarram
INFO : Dhaka digelar sebagai City of Mosque kerana ia mempunyai lebih daripada 700 buah masjid. Sebahagiannya dibina sewaktu era pemerintah Empayar Mughal sekitar kurun ke-15 hingga 16.
DA NANG, Vietnam
Mahukan keindahan pantai dan alam semula jadi yang berada dekat dengan kota moden? Berkunjunglah ke Da Nang, wilayah ketiga terbesar Vietnam yang terletak di antara Ho Chi Minh dan Hanoi.
Sama ada mahu berehat di tepi pantainya yang cantik dan bersih iaitu My Khe Beach, menikmati keunikan gunung batu pualam yang menakjubkan iaitu Ngu Hanh Son atau membeli belah di pusat membeli belahnya yang besar dan mewah iaitu Lotte Mart?
Tepuk dada tanya selera.
TONLE SAP, Cambodia
Tonle Sap merupakan penempatan atas air yang mempunyai lebih kurang enam buah kampung. Ia terletak di Siem Reap dan boleh diakses dari Phnom Penh dengan menaiki bot selama enam jam. Tonle Sap menyimpan pelbagai spesies flora dan fauna yang terdiri daripada ikan, ular, buaya, burung dan kucing hutan. Di samping itu, tasik dengan keluasan 2,800 kilometer persegi ini turut dijadikan sebagai ladang penternakan buaya spesies Siam.
TIP: Pengunjung yang berminat merasai pengalaman tinggal di atas rumah air boleh berkunjung ke Kompong Luong. Cas sebanyak USD 8 (RM 25) dikenakan untuk penginapan selama sehari berserta makan dan minum.
DILI, Timor Laste
Dili masih lagi belum membangun sepenuhnya. Malah, kemudahan infrastrukturnya juga masih kurang dan hanya tertumpu pada kawasan pentadbiran sahaja. Namun, ibu negara Timor Laste ini semakin pendapat pendedahan umum. Semuanya disebabkan oleh ketenangan dan keindahan alam semula jadinya yang terdiri dari pantai, pulau dan gunung-ganang. Selain itu, tinggalan sejarah sewaktu era penjajahan Portugis juga memainkan peranan dalam memperkenalkan namanya.
INFO: Buat masa ini, tidak ada syarikat penerbangan lain yang menyediakan perkhidmatan ke Dili secara terus kecuali Airnorth dari Darwin, Australia, Air Timor dari Singapura dan Sriwijaya Airlines serta Merpati Nusantara Airlines dari Bali, Indonesia.
PALAWAN, Filipina
Palawan diiktiraf sebagai perbatasan terakhir ekologi Filipina kerana mempunyai kekayaan alam semula jadi yang menakjubkan. Tarikan utamanya tertumpu pada dua buah tempat penting iaitu Tubbataha Reef National Marine Park dan Puerto Princesa Subterranean River.
Palawan yang boleh diakses secara terus dari negara kita dengan menaiki MASwings melalui Kota Kinabalu ini juga terkenal sebagai syurga selam skuba kerana pemandangan dasar lautnya yang mempesonakan.
INFO MENARIK: Palawan terkenal dengan sungai bawah air yang terletak di daerah Sabang. Sungai ini diiktiraf sebagai ‘7 Wonder of Nature’ kerana keunikan bentuk dan habitat yang mendiaminya.
BACA LAGI: Punca Jerawat Kerap Muncul Di Dagu & Cara Lenyapkannya Ikut Saranan Doktor
Sumber : Libur
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.