Pelakon Puteri Sarah Liyana memberitahu suaminya yang juga penerbit terkenal, Syamsul Yusof enggan menceraikannya kerana percaya bahawa ikatan perkahwinan mereka masih mempunyai sinar untuk berdamai.
Menerusi video dimuat naik oleh OhBulan! di aplikasi TikTok, pelakon drama Suri Hati itu mengatakan bahawa pengarah filem Munafik berkenaan enggan melepaskannya.
ARTIKEL BERKAITAN : “Cukuplah Dengan Play Victim” Puteri Sarah Minta Suaminya Usah Putar Belit Cerita
“Tak nak, dia tak nak lepaskan Sarah. Dia kata masih ada sinar. Sinar apa? Sinar Harian?” selorohnya.
Tambah pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, Syamsul masih percaya bahawa mereka masih mempunyai peluang untuk berdamai berbanding berpisah.
“Dia kata, masih boleh berdamai lagi, dan dia kata masih ada sinar. Apa yang ada sinarnya lagi? Just let me go. Sarah masuk hospital hari itu pun, dia tidak jenguk tanya khabar.
“Sinar apa? Sarah tak tahu kenapa dia buat macam itu. Seperti biasa, dia ada berhubung mengenai anak-anak sewaktu pergi menunaikan umrah, baru-baru ini.
“Sekarang ini, nak mencelah pula. Just let me go, Mohd Shamsul, Sarah dah malas,” luahnya sewaktu ditemui media.
Sementara itu, Hakim Mahkamah Syariah, Akmaluddin Ilyas memerintahkan pasangan itu melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kosmo, Astro Awani