Singapura berjaya mencatatkan penambahan jumlah pelancong dari Malaysia dari bulan Januari hingga April pada tahun 2024 dan dijangka akan terus rancak menyambut lebih ramai pelancong dalam usahanya untuk kembali merancakkan tarikan baharu selepas pandemik Covid-19.
Menerusi satu sesi pengenalan tarikan baharu oleh Badan Pelancongan Singapura (Singapore Tourism Board) di ibu negara semalam, ia mengumumkan seramai 5.7 pelancong telah memasuki Singapura sepanjang empat bulan pertama tahun 2024 dan 420,030 orang pelancong daripada jumlah itu berasal dari Malaysia.
Sebagai perbandingan, jumlah tersebut dianggarkan 90 peratus daripada tempoh masa yang sama pada tahun 2019.
Maka, tidak hairanlah apabila Singapura kini sedang merancang pelbagai tarikan baharu yang menarik untuk korang kunjungi bermula tahun ini sehingga ke tahun 2025.
Salah satu tarikan yang menarik perhatian REMAJA semalam adalah kemunculan taman zoologikal pertama Asia di Singapura seawal tahun 2025.
Terletak di Mandai Wildlife Reserve, ia dikenali sebagai Rainforest Wild Asia and Africa dan merupakan depiksi elemen alam semulajadi yang dicipta semula berdasarkan landskap asal yang ada di benua Asia dan Afrika. Ini termasuklah landskap yang diilhamkan daripada negara Madagascar dan Sarawak, Malaysia!
Diilhamkan daripada Gua Mulu yang berada dalam pekarangan Taman Negara Mulu yang terletak di utara negari Sarawak, gambaran artis terhadap pembinaan tarikan baharu itu mencerminkan formasi batuan di Gua Mulu dan pohon-pohon ikonik dari Sarawak agar pengunjung dapat merasai pengalaman seperti berada di Gua Mulu sebenar.
Jom lihat sedikit perbandingan antara Gua Mulu di Sarawak dan gambaran artis yang ditunjukkan di bawah:
Gua Mulu
Rainforest Wild Asia and Africa
Menanti pengunjung di sebelah kawasan ‘Asia’ ini ialah kehadiran haiwan yang berasal dari Malaysia seperti harimau Malaya dan Beruang madu ‘Malayan Sun Bear’.
Turut ada di sini adalah spesis monyet François’ langur yang ditemui di negara Laos serta di utara Vietnam serta kawasan trek sepanjang 220 meter yang menempatkan spesis ular ‘cave racer’, kala jengking, lipas mendesis dan haiwan reptilia serta invertebrata lain.
Manakala di kawasan Afrika pula, korang akan menemui haiwan ‘rare’ seperti badak air kerdil (Pygmy Hippo) dan kuda belang hutan yang dikenali sebagai Okapi.
Terdahulu, Mandai Wildlife Reserve menempatkan empat buah taman wildlife termasuklah Singapore Zoo, Night Safari, River Wonders dan Bird Paradise. Dengan pengenalan Rainforest Wild ini, tentunya ramai yang ternanti-nantikan pembukaannya seawal tahun 2025.
Di samping tarikan-tarikan tersebut, Mandai Wildlife Reserve juga memperkenalkan sebuah resort
mesra alam baharu dikenali sebagai Mandai Rainforest Resort di bawah pengurusan Banyan Tree.Berkonsepkan penginapan di dalam habitat alam semula jadi, ia menempatkan 338 bilik pelbagai konsep termasuklah bilik berkonsepkan ‘treehouses’ berhadapan dengan kolam teduhan air.
Tak sabarnya nak tunggu tahun 2025!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.