Tidak cukup mendaki carta populariti menerusi lakonan drama dan filem sepanjang tempoh setahun selepas menamatkan saingan pencarian Hero Remaja 2020, pelakon Shameer Shauqeen atau lebih dikenali sebagai Meerqeen tidak ingin berada pada zon selesa dan cuba mencari cabang seni baharu untuk diterokai.
Hasilnya pada hari ini, Meerqeen tampil dengan single nyanyian pertamanya berjudul Menunggu sebagai hadiah istimewa buat para peminat.
Akui Meerqeen, dia berdebar menantikan respon orang ramai terhadap Menunggu yang telahpun menemui platform penstriman pada hari ini. Pun begitu, segala respon tersebut akan diterimanya dengan hati yang terbuka tidak kiralah sama ada ia berbentuk positif ataupun sebaliknya.
Dengan keberanian Meerqeen untuk menyeimbangi antara bidang lakonan dan nyanyian pada usia 20 tahun, adakah dia sudah bersedia untuk benar-benar serius dalam dua bidang mencabar ini ataupun hanya sekadar ingin mencuba saja? Senang cerita, ‘test water’.
“Saya mulakan kerjaya saya dengan menyertai Hero Remaja; dengan impian untuk menjadi seorang penyanyi. Tapi rezeki tidak pernah salah alamat dan rezeki dunia lakonan yang datang dahulu. Hati saya pun cepat ‘masuk’ ke dalam bidang lakonan dan semakin lama, minat itu dipupuk sampai sekarang.
“Tidak sangka pula semasa saya baru ingin menapak sebagai seorang pelakon, peluang merakamkan Menunggu ini hadir tanpa dirancang. Saya dan pasukan berborak santai untuk membincangkan apakah perancangan seterusnya bagi karier saya dan peluang untuk menjadi penyanyi ini hadir pada waktu yang tepat. Inilah rezeki namanya.
Ads
“Satu saja saya harapkan, agar semua dapat menerima lagu Menunggu dan akan memberikan semangat kepada saya,”pintanya.
Melihatkan kepada lirik lagu Menunggu, ia jelas menceritakan cebisan hati seorang lelaki yang kecewa dalam perhubungan cinta. Sudah tentu kami tertanya-tanya jika hati yang dimaksudkan dalam lagu ini adalah hati empunya badan sendiri iaitu Meerqeen?
“Saya bercinta hanya apabila serius dengan seseorang kerana saya sendiri tidak suka apabila seseorang itu melukakan hati saya dan permainkan saya. Kita semua tahu sakitnya perasaan bila ditikam belakang oleh pasangan sendiri.
Ads
“Lelaki ini, bila dia disakiti untuk bulan pertama itu, mungkin dia tidak rasa sangat (rasa sakit). Tapi bila sudah dua tiga bulan barulah dia mula merasa perit hati. Jadi, itulah yang saya cuba sampaikan menerusi Menunggu.
“Namun, Menunggu bukanlah daripada pengalaman diri saya sendiri. Ia hanya gambaran am mengenai perasaan seorang lelaki. Saya pasti kebanyakan lelaki pernah merasakan peritnya putus cinta itu,” ulasnya.
Tidak Sedia Nyanyi Live
Untuk pengetahuan, Menunggu ialah hasil ciptaan komposer muda, Aliff Iskandar dengan bantuan khidmat Rudy Nastia sebagai penerbit dan Bob Yusof sebagai pengarah vokal.
Ads
Dan rupa-rupanya, lagu ini telah dirakamkan sejak bulan Mei lalu lagi. Ia baru dilancarkan pada bulan Oktober ini. Biarpun sudah lama merakamkannya, Meerqeen masih merasa gugup apabila diminta untuk menyanyikannya secara live.
“Ya, saya masih belum bersedia lagi untuk menyanyi secara live di atas pentas.
“Saya sebenarnya lebih mudah menghayati lagu-lagu bergenre RnB dan ini adalah percubaan pertama saya menyanyikan lagu Balada. Untuk menyempurnakan tona suara saya dan menyanyi secara live itu masih memerlukan masa dan praktis,” kata pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020 ini.
Menyedari kelemahan diri dari sudut menyerlahkan kekuatan vokal, Meerqeen berkongsi dirinya ada menyertai kelas lontaran vokal bersama Bob Yusuf di Studio MixBro milik Rudy demi mencapai kepuasan dan kesempurnaan bagi single sulung ini.
*
Jangan lupa menonton video lirik di YouTube Indigital Music tepat jam 9 malam ini (1 Oktober 2021).
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Aryan merupakan antara peserta yang tidak pernah berputus asa kerana sebelum ini dia sudah mencuba sebanyak empat kali menyertai sesi uji bakat Hero Remaja sejak tahun 2017, namun tidak berjaya ke peringkat seterusnya. Berkat kegigihannya berbaloi apabila dia tersenarai sebagai finalis Hero Remaja 2021 kali ini.
Memulakan kerjaya sebagai anak seni bermula dari usianya 20 tahun, Aryan bermula dengan menjadi menjadi pelakon iklan komersil dan telah membintangi beberapa buah drama sebagai pelakon pembantu.
Namun, situasi pandemik COVID-19 telah membataskan pergerakan kita, lebih-lebih lagi apabila sesi penggambaran juga tidak dibenarkan. Aryan mengambil peluang ini untuk mengisi masa lapang dengan menyertai pasukan sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Memulakan tugasnya seawal pukul 7 pagi, Aryan mengakui bahawa ini merupakan sebuah pengalaman yang sangat berharga kepadanya kerana ia adalah kali pertama dirinya melakukan tugas sukarelawan.
“Alhamdulillah, Aryan berpeluang menjadi sukarelawan selama 5 hari mengikut syarikat ayah yang menganjurkan pemberian vaksin secara mobile. Aryan memang suka mencuba dan mencari pengalaman baru, malah mereka juga meminta Aryan untuk terus melakukan kerja-kerja sukarelawan ini, namun tiada rezeki untuk Aryan join kerana mempunyai komitmen dengan Hero Remaja,”
“Sejujurnya, selepas menjadi sukarelawan tempoh hari, Aryan lebih mengambil berat tentang penjagaan diri. Covid is real guys! Apa yang Aryan boleh cakap, jangan disebabkan satu kesalahan kita, ia akan memberi kesan kepada orang lain. Jangan pentingkan diri sendiri,”
“Selama lima hari bertugas, Aryan juga diberi peluang untuk menjadi ketua bahagian vaccination. Banyak juga yang Aryan belajar tentang vaksin, antaranya daripada segi penjagaan suhu vaksin dan sebagainya. Daripada pengalaman ini, Aryan bersyukur kerana masyarakat mahu kan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang di sekeliling,” jelas Aryan.
Apa-apa pun kami ucapkan selamat maju jaya buat Aryan dalam menempuhi cabaran sepanjang pencarian Hero Remaja 2021.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tinggal lebih kurang empat hari sahaja lagi Pencarian Hero Remaja 2021 bakal melabuhkan tirainya. Pada tahun ini, sedikit kelainan ditampilkan di pentas akhir kerana hanya empat orang finalis mara ke pusingan penentuan ini.
Siapakah di antara Fazziq Muqris, Afiq Hamidon, Aqil Taqee dan Mierul Aiman yang bakal bergelar juara? Semuanya bakal terjawab pada malam Sabtu nanti.
Beraksi di pentas akhir sudah tentu memberikan tekanan yang lebih kepada finalis kerana masing-masing ingin merebut tahkta sebagai Juara. Namun, kami pasti keempat-empat finalis ini bukan hanya ingin merebut gelaran, tetapi mahu berikan yang terbaik pada malam itu kerana tidak mahu mengecewakan keluarga dan para penyokong.
Di kesempatan ini, apa kata kita menyingkap perasaan finalis Afiq Hamidon tentang debarannya menjelang pertandingan akhir Hero Remaja 2021.
“Alhamdulillah, I made did this far. Sejujurnya saya tidak menyangka akan menjadi peserta akhir Hero Remaja 2021. Tetapi, dah namanya rezeki, saya dan tiga lagi rakan finalis bakal beraksi di pentas akhir Sabtu ini.
“Untuk persaingan kali ini, saya merasakan Amierul mempunyai kelebihan kerana dia boleh melakukan cabaran berlakon dan mengacara dengan baik. Kalau boleh memang saya nak menang pun dan saya akan berjuang habis-habisan pada malam finale nanti,”
“Untuk persediaan melangkah ke pentas akhir, seperti biasa saya kini banyak melakukan research dan mengambil tahu tentang apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita. Dari segi hosting dan acting pula, memang kena banyak buat latihan. Gementar tu memang ada, lebih-lebih lagi pentas finale ini akan disiarkan secara langsung,”
“Saya cuba untuk hilangkan rasa gementar kerana bila terlalu nervous, ia mungkin boleh memakan diri. Apa-apa pun insyaAllah saya akan lakukan yang terbaik dan just enjoy the moment,”
“Menang atau kalah adat permainan. Siapa pun juara pada tahun ini, kami tahu semua finalis sudah melakukan yang terbaik. Harapan saya agar selepas ini, kesemua finalis Hero Remaja 2021 berjaya menempatkan diri dalam industri hiburan tanah air dan mencapai segala impian yang kami hajati,” tambah Afiq lagi.
Jangan lupa untuk terus mengundi Hero Favourite korang di www.remaja.my/hero dari sekarang hingga malam finale pada 6 November 2021. Satu undi bagi setiap hero pada setiap hari! Klik saja pada profil mereka dan tekan butang ‘VOTE’.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Debaran minggu finale Hero Remaja 2021 semakin dirasai. Tinggal satu hari sahaja lagi sebelum empat finalis beraksi di pentas akhir. Bersaing ketika wabak pandemik COVID-19 bukanlah sesuatu yang mudah kerana banyak kekangan yang dilalui oleh barisan finalis Hero Remaja tahun ini.
Namun, ia bukanlah satu alasan untuk mematahkan semangat mereka bagi terus berjuang menyelasaikan tugasan yang diberi setiap minggu.
Kini, tinggal lagi sehari sebelum kita ketahui siapa yang bakal bergelar Hero Remaja 2021.
Bagaimana agaknya perasaan finalis terakhir Mierul Aiman dalam membuat persediaan menjelang finale? Jom kita selami perasaan dan harapan Mierul untuk persembahan akhir malam esok.
“Persiapan saya untuk finale ini yang penting sekali adalah saya perlu siapkan diri saya daripada segi mental untuk berhadapan dengan ribuan penonton pada malam itu. Saya kena percaya pada diri sendiri dan bagaimana cara untuk berjuang dalam pentas akhir Hero Remaja 2021,”
“Saya dah lalui sebanyak tujuh episod bersama rakan-rakan yang lain, dan pada malam finale nanti insyaAllah saya akan lakukan yang terbaik buat semua penyokong yang telah menyokong saya selama ini. Persiapan yang lain pula, saya perlu mencari kreativiti untuk membuat kelainan kerana kekuatan setiap peserta adalah daripada kelainan yang mereka tampilkan,”
“Tapi apa-apa pun, pada malam itu nanti Mierul hanya nak have fun and enjoy the moment, adat pertandingan ada yang menang, ada yang kalah. Paling penting, Mierul dapat menjadi seorang penghibur pada malam itu,” ujar Mierul.
Sudah melangkah ke pentas akhir, pastinya setiap finalis mengimpikan gelaran Juara bagi melengkapkan misi mereka dalam Pencarian Hero Remaja 2021. Begitu juga dengan peserta 24 tahun ini, bergelar seorang Juara adalah misi utamanya ketika daripada awal lagi dipilih sebagai finalis.
“Harapan Mierul sejujurnya ingin menjadi Juara pada malam itu dan ingin berseronok menjadi penghibur untuk menghiburkan penonton. Dan terakhir sekali, saya ingin membuatkan ibu bapa saya bangga kerana jika bukan sokongan daripada mereka, saya tidak akan pergi sejauh ini,” tambahnya lagi.
Jangan lupa untuk terus mengundi Hero Favourite anda di www.remaja.my/hero dari sekarang hingga malam finale pada 6 November 2021. Satu undi bagi setiap hero pada setiap hari! Klik saja pada profil mereka dan tekan butang ‘VOTE’.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...