Sejak dua menjak pada minggu ini, nama pelakon Korea Selatan, Song Hye-kyo sentiasa trending di platform media sosial dalam kalangan warganet.
Ini berikutan pengumuman yang dilakukan oleh bekas suaminya yang juga seorang pelakon, Song Joong-ki pada Isnin lalu bahawa dirinya telah mengahwini kekasih warga Inggeris, Katy Louise Saunders dan mereka kini sedang menantikan kelahiran bayi sulung.
ARTIKEL BERKAITAN: Song Joong-ki Umum Sudah Berkahwin Dengan Katy Saunders, Sahkan Bakal Bergelar ‘Daddy’ – REMAJA
Lalu, sekali lagi warganet terbahagi dua. Di satu belah merupakan ‘Kem Hye-kyo’ yang mempertahankan beliau yang masih berstatus single
.Manakala, di satu belah lagi, ‘Kem Joong-ki’ meluahkan rasa gembira mereka di atas berita tersebut dan berpendapat pelakon Vincenzo itu membuat keputusan tepat untuk move on dengan pantas.
Well, korang tidak perlu risaukan keadaan Song Hye-kyo apabila beliau dilaporkan kini bergelar pelakon wanita yang menerima bayaran paling lumayan di Korea Selatan!
Lapor Korea Star Daily, bintang drama hit The Glory itu menerima 200 juta Won (kira-kira RM692,373!) untuk setiap episod yang dilakonkannya. Turut berkongsi kedudukan teratas itu dan menerima bayaran sama ialah Jeon Ji-hyun, pelakon wanita yang popular dengan drama seperti My Sassy Girl (2001), Kingdom (2019) dan Jirisan (2021).
Khabarnya, jika drama lakonan Hye-ko dan Ji-Hyun ‘meletup’ di pasaran luar dari Korea Selatan, mereka akan menerima pula bayaran bonus bernilai 4.8 bilion Won (kira-kira RM16,560,792) bagi projek tersebut!
*Pitam*
Oleh itu, ramai berpendapat Song Hye-ko kini sedang menikmati kehidupannya dengan kesemua harta yang sedang dikumpul and life has not been better for her.
Janganlah risau dengan status perhubungannya yang buat masa ini difahamkan masih single & available.
ARTIKEL BERKAITAN: Song Hye-Kyo Sambut Hari Kelahiran Ke 42, Netizen Puji Kecantikan Tak Dimakan Usia – REMAJA
Sementara itu, nama-nama pelakon lelaki Korea Selatan yang menerima bayaran lumayan pula terdiri daripada Kim Soo-hyun, Song Joong-ki, Lee Jong-seok, Ji Chang-wook dan Lee Min-ho. Masing-masing dilaporkan menerima sekitar 300 juta Won bagi setiap episod.
Paling impresif tentunya ialah pelakon drama Squid Game, Lee Jung-jae. Beliau kini sedang bersiap sedia untuk sekuel Squid Game 2 dan khabarnya menerima bayaran 1 bilion Won (RM3,449,661) bagi setiap episod yang dilakonkan untuk drama terbitan Netflix itu. Wow!
ARTIKEL BERKAITAN: 10 Pelakon Lelaki Korea Terima Bayaran Termahal Bagi Satu Episod – REMAJA
BACA LAGI: Selebriti Remaja ‘Boleh Relate’ Luahan Naim Daniel Tentang Isu Bayaran Rendah Dan.. – REMAJA
Sumber: Korea Star Daily
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.