Satu lagi kejayaan yang diraih siri animasi Ejen Ali apabila platform penstriman video dalam talian terbesar China, Tencent Video bersama sebuah syarikat kandungan dan jenama kanak-kanak termuka dan diiktiraf di China, CAWRO bakal membawa masuk siri animasi tersebut untuk tayangan pasaran di negara tersebut.
Kredit foto: Primeworks Studio
Untuk pengetahuan korang, platform OTT di China sedang berkembang pesat dan menjadi platform pilihan utama bagi pengiklan dan trend ini dijangka akan lebih meluas dalam tempoh lima tahun yang akan datang.
Apa yang lebih membanggakan, Ejen Ali muncul sebagai salah satu daripada tiga program luar negara yang meraih kedudukan rating penonton tertinggi di platform ini dalam tempoh empat hari tayangan di Tencent Video.
Kredit foto: Primeworks Studio
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid Yasin, ia adalah sesuatu yang menggembirakan apabila Ejen Ali akan ke China dan secara tidak langsung, team produksi dapat mengembangkan sasaran penonton dengan baik oleh pengguna Tencent Video di China.
Ads
Ejen Ali mengisahkan tentang seorang budak bernama Ali yang secara tidak sengaja terlibat dengan alat perisik, IRIS, milik agensi pengintipan, MATA. Akibat mengetahui terlalu banyak akan rahsia MATA, Ali direkrut sebagai ejen rahsia. Siri animasi ini mula disiarkan di TV3 pada tahun 2016 dan sepanjang siarannya ke udara, siri ini juga turut disiarkan di lebih 50 negara di Asia Tenggara, Timur Tengah, Afrika Utara, benua India dan Amerika Utara.
Siri animasi ini juga sudah mula bersiaran di Tencent Video China bermula 1 Disember 2020 dan dialih bahasa kepada bahasa Mandarin untuk menarik minat penonton di China, khususnya kanak-kanak.
Ads
Tahniah kami ucapkan kepada seluruh team produksi Ejen Ali kerana berjaya meluaskan lagi pasaran animasi Malaysia ke peringkat antarabangsa. Semoga lebih banyak lagi karya-karya anak Malaysia mendapat tempat di luar negara.
Hm, mesti comel bila Ali cakap Mandarin kan? Hiks!
Ads
***
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi remaja Naim Daniel sebelum ini pernah berkongsi teaser nyanyian semula lagu ‘berhantu’ My All daripada penyanyi tersohor Mariah Carey dengan lirik bahasa Melayu yang dihasilkannya sendiri.
Pada 1 Mei lalu, Naim telah melancarkan versi penuh lagu yang diberi judul Malam di laman YouTubenya. Lagu tersebut turut menggandingkan penyanyi lelaki, Firdaus Rahmat yang juga merupakan penerbit bagi lagu rakaman semula ini.
Rata-rata pendengar memuji nyanyian semula Naim Daniel dan Firdaus Rahmat dan menyifatkan bahawa liriknya sangat deep menyentuh jiwa.
Sebelum ini, penyanyi popular negara Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Ning Baizura, Liza Hanim dan juga Siti Sarah turut pernah menyanyikan lagu My All dalam bahasa Melayu di sebuah persembahan pentas kira-kira 15 tahun lalu.
Apa-apa pun kedua-dua versi bahasa Melayu lagu My All ini memang mantap. Masing-masing menyanyikan dengan style mereka tersendiri.
Tak gitu?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peluang menyertai Miss Universe New Zealand 2018 sudah cukup bermakna untuk diri gadis berhijab ini. Apatah lagi memasuki TOP 5!
Sekitar bulan Mei lalu, Nurul Zuriantie Shamsul menjadi bualan hangat ramai orang di Malaysia dan Indonesia berikutan penyertaan viralnya di dalam pertandingan ratu cantik.
Sebagai peserta pertama yang berhijab dalam sejarah pertandingan Miss Universe New Zealand, remaja kelahiran Ampang Selangor ini tak pernah berhenti untuk memuat naik gambar aktiviti terbaru yang dilakukannya bersama peserta ratu cantik lain.
Semalam merupakan hari jadi Nurul yang ke-21. Semalam juga adalah pentas akhir pemilihan Miss Universe New Zealand and she got her present there and then!
Nurul terpilih menduduki tempat kelima dalam pertandingan tersebut. Bukan saja Nurul dan keluargan yang merasa bangga, malah kami di Malaysia juga turut berbangga dengan keputusan tersebut!
Dalam posting di Instagram, Nurul berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dan menyokong penyertaannya. “Alhamdulillah untuk tempat kelima ini. Ini hanyalah permulaan untuk saya dan saya tak sabar untuk menantikan peluang yang akan diberikan oleh Allah selepas ini.
“Hari ini juga adalah hari jadi saya ke-21, jadi ini adalah chapter terbaru dalam hidup saya!” katanya sambil sempat membalas komen followers yang mengucapkan tahniah.
Pelajar jurusan psikologi di University of Waikato ini menjadi bualan netizen di internet berikutan imej berhijabnya dikatakan tak selari dengan pertandingan ratu cantik. Namun, Nurul telah menjelaskan yang Miss Universe New Zealand tidak menyelitkan segmen pakaian renang sejak 6 tahun lalu.
“Saya tenang saja sepanjang pertandingan ini berlangsung. Tak sekalipun hijab yang saya pakai ini menjadi kekurangan untuk saya sebagai peserta.”
Apa pun REMAJA ucapkan TAHNIAH kepada NURUL!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Raja komedi terkenal, Stephen Chow baru-baru ini berkongsi melalui sebuah hantaran di aplikasi Weibo bahawa dia mewasiatkan sebahagian daripada kekayaannya kepada dua pelakon iaitu Cecilia Cheung dan Xu Jiao.
Kekayaan yang dimiliki Stephen Chow dilaporkan bernilai AS$ 185 juta atau RM 877 juta hasil daripada berlakon, menjadi pengarah, juga sebagai usahawan dalam beberapa jenis perniagaan.
Pelakon Shaolin Soccer itu juga tidak bercadang untuk meninggalkan semua harta hasil kerja kerasnya selama ini kepada keluarga, namun terdapat perancangan lain yang ingin dilakukannya.
Sekadar info, Cecilia memang mempunyai hubungan akrab dengan Stephen memandangkan mereka pernah terlibat dalam filem yang sama seperti King of Comedy, Shaolin Soccer dan The New King of Comedy.
Selain itu, Xu Jiao pula pernah berlakon bersama Stephen melalui filem komedi sci-fi, CJ7 ketika dia berusia 8 tahun. Selepas itu hubungan mereka bertambah akrab dan Xu Jiao juga merupakan anak pembaptisan Stephen.
Untuk rekod, Stephen tidak pernah berkahwin ataupun mempunyai anak.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malaysia hari ini menzahirkan penghormatan tertinggi kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau menjadi pemimpin kelima negara yang disemadikan di bawah kubah Makam...