Tak pernah dalam sejarah Pilihan Raya Umum di Malaysia, dana terbuka diberikan kepada calon muda.
Persoalan yang selalu diajukan oleh netizen apabila sesebuah parti mencalonkan seseorang yang muda untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum adalah, mampukah mereka menjalankan tanggung jawab sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat?
Nampaknya, persepsi klise itu seakan semakin berubah apabila masyarakat Malaysia kini tidak lagi mengkategorikan umur seseorang sebagai had kepada keberkesanan dan kredibiliti kepimpinan.
Lihat saja kepada senarai pemimpin muda dunia yang dilantik sebagai Perdana Menteri atau Presiden sesebuah negara.
Emmanuel Macron di Perancis berumur 40 tahun, Leo Varadkar di Ireland berumur 39 tahun, Jacinda Ardern di New Zealand berumur 38 tahun dan merupakan seorang wanita (yay girl!) serta perdana menteri Kanada, Justin Trudeau yang memegang jawatan tersebut pada usia 44 tahun.
Kesemuanya memegang tampuk kepimpinan negara pada usia yang muda. Tak salah sekiranya kita berfikiran bahawa Malaysia juga bersedia sekarang untuk melakukan anjakan paradikma tersebut.
Sudah tentu, salah satu daripada faktor yang mengekang anak muda berpotensi tinggi daripada bertanding di bawah tiket parti masing-masing adalah disebabkan faktor kewangan.
Bukan percuma ya untuk seseorang itu bertanding di Pilihan Raya Umum.
Mereka perlu menghulurkan bayaran deposit calon iaitu RM10,000 (Parlimen) dan RM5000 (DUN). Bukan itu saja, bagi deposit bahan kempen pula, calon perlu membayar RM5000 (Parlimen) dan RM3000 (DUN). Ini semua termaktub di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Iyalah, bukan murah untuk komitee menjalankan agenda negara ini. Mereka perlu membayar pengurusan pasukan, media, program, logistik dan banyak lagi perkara.
Disebabkan itulah, ramai calon muda berpotensi yang enggan bertanding. Silap hari bulan kalah, lebur duit deposit tu.
Bagaimanapun semalam, akhbar Sinar Harian telah mengumumkan berita baik buat calon muda bawah 30 tahun pada Pilihan Raya Umum tahun ini.
Sinar Harian akan mewujudkan dana amanah khusus untuk10 orang belia bawah umur 30 tahun dalam politik. Ini demi menggalakkan lebih ramai belia berada dalam bidang politik dan menjadi Ahli Parlimen muda di Parlimen.
Akhbar tersebut akan mengumpul dana daripada beberapa dermawan tempatan dan wang itu akan disalurkan kepada calon yang dikenal pasti layak.
Sehingga hari ini, Dana Amanar Sinar Harian untuk belia dalam politik ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM200,000. Banyak tu!
Selain daripada bantuan kewangan, Sinar Harian juga akan memberikan liputan media kepada 10 calon ini memandangkan pengaruh media sangat penting dalam membantu mereka mengukuhkan impak pencalonan masing-masing.
So, siapa agaknya yang layak untuk menerimanya?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI