“Sis, Jangan Ingat Sebab Cantik, Orang Akan Suka Ya”. Ini 5 Sikap Gadis Walaupun Cantik Tapi Tak Digemari Lelaki

Share

Pernah tak dengar orang cakap, “harap muka saja cantik tapi perangai tak boleh blah langsung!”. Percaya atau tidak tidak semua lelaki mementingkan kecantikan luaran semata. Bahkan ramai lelaki yang suka dengan perempuan yang mempunyai sikap yang boleh ‘masuk’ dengan kepalanya tidak kiralah dia cantik atau pun tidak. And having said that, bagi Remaja semua orang mempunyai kecantikan tersendiri.

Remaja percaya, kamu sebagai gadis banyak cara yang dilakukan supaya dia tertarik kepada kamu. Tapi kadangkala apa sahaja yang kamu lakukan pasti tidak diendahkannya. Padahal kamu bukanlah tak ada rupa dan ramai je jejaka yang ingin mendekati.

Mungkin kamu perlu fikir semula apakah yang menyebabkan dia tidak tertarik kepada kamu. Mungkin salah satu lima perkara di bawah?

1. Memakai mekap tebal sakan

Ya, mekap itu satu komponen yang WAJIB bagi seorang perempuan untuk dia terampil lebih menarik dan cantik. Tapi ketahuilah teknik mekap yang sesuai untuk masa-masa tertentu. Kalau hanya untuk aktiviti liburan biasa usahlah pakai mekap seperti ingin hadiri photo shoot fesyen atau majlis makan malam rasmi. Ia bukan sahaja buat kamu nampak lebih tua atau matang dari usia sebenar tetapi di matanya juga akan nampak sangat over the top.

2. Kaki gosip 24 jam

Perempuan dan gosip memang tak dapat dipisahkan. Yes, do not deny it. Hehe. Si dia tidak akan kisah jika kamu bergosip secara ringan sama ada secara berdepan atau dalam talian. Namun, jika kamu tidak henti-henti bercakap tentang gosip ia akan beri satu tanggapan terhadap diri kamu kepadanya. Tak mustahil dia akan jauhkan diri daripada kamu kerana risau akan jadi mangsa gosip.

3. Over confident

Lelaki memang sangat suka dengan perempuan yang berkeyakinan tinggi dan berdiri. Tapi janganlah sampai over confident dan ada sahaja perkara yang ingin dibangkang. Jangan kerana sikap itu kamu menjadi seorang yang annoying dan obnoxious. Malah, ia boleh buat kamu kelihatan seorang yang narsistik. Just be cool dan chill!

4. Suka cakap buruk

Jujur cakap, siapa je yang suka dengan orang sentiasa duk bercerita buruk tentang orang lainj sepanjang masa. Apa lagi kalau perkara buruk yang diperkatakan itu melibatkan bekas kekasihnya sendiri. Oh ya, jangan sesekali memburukkan bekas teman lelaki kamu kepadanya. Kenapa? Kerana mungkin dia akan merasakan kamu juga lakukan perkara sama jika korang bercinta dan putus di tengah jalan.

5. Manja tak bertempat dan clingy

Faktor ini merupakan antara penyebab tertinggi bagaimana hubungan cinta boleh putus. Elakkan menjadi seorang yang sangat clingy. Sebagai teman istimewanya kamu harus faham dia juga perlu ruang untuk melakukan aktiviti bersama rakan-rakan dan hobinya. Tak salah jika kamu tidak bergelumang dalam hidupnya 24 jam sehari. Dan jangan jadi manja tidak bertempat hingga buat dia dan orang sekeliling tidak selesa.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim