Sisa Toksid Sudah Merebak 10 KM, 3555 Mangsa Sudah Dapatkan Rawatan

Share

Isu pencemaran bahan sisa kimia di Sungai Kim Kim,Pasir Gudang biarpun dikatakan terkawal oleh pihak berkuasa, namun sejak dari tarikh 7 Mac sisa ini dibuang ke dalam sungai, seramai 3555 mangsa sudah pergi mendapatkan rawatan perubatan kerana mengalami simptom muntah, loya, pening dan lain lagi.

Angka ini bukan sedikit malah di media social, sudah ada yang merayu agar penduduk di Pasir Gudang berpindah keluar kerana ia ibarat bom jangka akan soal kesihatan mereka.

Terkini memetik dari laporan portal FTM, puluhan mangsa bersesak-sesak di pintu masuk Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang petang tadi untuk mendapatkan rawatan awal selepas terdedah kepada pencemaran kimia Sungai Kim Kim.

Mereka ini bakal menjadi penghuni baru stadium itu, yang dibuka petang semalam untuk menempatkan mangsa pencemaran, selepas Dewan Taman Pasir Putih berdekatan Sungai Kim Kim diisytihar termasuk dalam zon merah dan ditutup kerana tidak lagi selamat.

Seramai 780 mangsa baru dirujuk ke pusat rawatan awal di stadium itu dalam tempoh 6 jam bermula 6 petang semalam hingga 12 tengah malam tadi.

Seramai 780 mangsa baru dirujuk ke pusat rawatan awal di stadium sejak semalam dibuka

Sisa bahan kimia sudah merebak 10 km

Seorang penduduk yang duduk 10 km dari Sungai Kim Kim, Azhar Ahmad, 48 berkata, “isteri saya sakit, mula-mula dia mengadu sakit mata, selepas itu muntah-muntah dan hampir pengsan sewaktu tiba di stadium, katanya yang tinggal di  Taman Cendana.

Taman Cendana terletak 10km dari Sungai Kim Kim tetapi pencemarannya sudah merebak ke kawasan perumahannya.

“Selepas dapat rawatan dan dimasukkan air dalam badan, keadaan isteri saya semakin lemah dan dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail,” katanya. Sumber : Free Malaysia Today 

Sungai Kim Kim tercemar teruk dan mendatangkan ancaman nyawa kepada penduduk sekitar
Kanak-kanak ini antara mangsa pencemaran sisa toksid di Sungai Kim Kim

Politeknik Ibrahim Sultan Tutup Selepas 131 mahasiswa sakit

Dalam pada itu, laporan dari Kosmo berkata, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) ditutup bermula kelmarin selepas 131 penuntutnya mengalami sesak nafas, pedih mata, loya dan muntah-muntah akibat pencemaran Sungai Kim Kim.

Semua penuntut sudah diarahkan pulang ke rumah masing-masing manakala sebahagian yang tidak pulang atas beberapa faktor lain telah dipindahkan ke asrama Politeknik Mersing di Mersing.

Ketua Unit Komunikasi Korporat PIS,  Abdul Razak Salim berkata, kesemua 131 penuntut yang terkesan dengan pencemaran tersebut dihantar untuk pemeriksaan lanjut di beberapa hospital kerajaan di negeri ini dan Melaka.

“Daripada jumlah itu 13 orang telah di wad di beberapa buah hospital termasuk Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) selain hospital di Batu Pahat dan Hospital Segamat serta Hospital Besar Melaka.

“PIS telah menutup operasinya buat sementara waktu sehingga ada makluman terkini daripada pihak kementerian.

“Para pelajar dan kakitangan sudah dinasihatkan untuk pulang ke rumah masing-masing dan pelajar yang tidak dapat pulang ke kampung dipindahkan ke asrama Politeknik Mersing.

“Penghuni kuarters iaitu staf PIS juga tinggal sebilangan kecil,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Bencana alam sekitar itu turut memaksa 111 buah sekolah rendah dan menengah selain 92 tadika dan taska ditutup di daerah ini untuk keselamatan para pelajar sekali gus sebagai langkah mencegah peningkatan pesakit.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros