
Penyanyi dan pengacara, Sissy Imann mengumumkan di laman Instagramnya bahawa dia akan ditidurkan hari ini. Prosedur tersebut perlu dilaluinya demi menjalani pembedahan yang memerlukan dia tidak sedarkan diri.
Gadis manis berusia 27 tahun ini yang popular dengan lagu Bebas menyatakan perkara tersebut dan hantarannya itu menerima lebih 2700 tanda suka.
“Assalamualaikum semua, pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, Sissy nak mohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan Sissy yang pernah menyakiti korang.
“Doakan urusan Sissy harini dipermudahkan ya. Hari ini sangat penting buat saya. Saya akan menjalani satu pembedahan yang memerlukan saya ditidurkan buat seketika waktu,” tulisnya.
Menurutnya lagi, dia memohon jasa baik orang ramai agar tidak bertanyakan kepada ahli keluarganya mengenai perkara ini.
“Saya minta jasa baik supaya tidak bertanyakan ahli keluarga saya tentang perkara ini. Terima kasih kerana memahami. Semoga Allah merahmati anda semua. Jumpa lagi, InsyaAllah,” sambungnya lagi.
Kami dari editorial REMAJA mendoakan semoga Sissy selamat menjalani pembedahan tersebut dan pulih seperti sedia kala hendaknya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelanggan Lengah Order Masa Drive Thru Punca Ranking Stor Makanan Segera Jadi Teruk

Isi Kandungan
ToggleDah banyak kisah drive thru yang selalu kita dengar. Antaranya adalah seperti prank kan akak drive thru tu, main-main pickup line dengan abang drive thru, hey orang-orang macam ni banyak masa eh nak kacau orang? Hiks!
Tak dinafikan kadang-kadang kita hanya nak bergurau je, tapi tengok tempat juga la kan.
Korang tahu tak mereka yang bekerja di stesen drive thru sebenarnya sangat busy?
Kalau ada yang selalu berlengah dan main-main time drive thru tu, sebaiknya korang baca pendedahan daripada salah seorang staff makanan segera ni.
Bukannya kami rude…
Antara perangai-perangai orang ketika di drive thru
Time tu la nak tabur lada hitam..
Kalau semua take note, tak ada la kami stress & ranking store pun cun..
Amacam sekarang dah faham tak situasi sebenar mereka? Mungkin selama ni kita tak pernah tahu. Jadi, lepas ni hormatilah masa dan kerja orang lain.
Kesian juga dengan mereka..
Sumber: VfhvmRoslvn
Oppa Joong-Ki Di Angkasa Lepas! Filem Sci-Fi Korea ‘Space Sweepers’ Janji Kelainan

Sah! Tinggal tiga hari saja lagi sebelum filem Sci-Fi pertama Korea yang berlatar belakangkan angkasa lepas, Space Sweepers akan menemui penonton di platform atas talian, Netflix.
Sejak klip acah (teaser)-nya dimuat naik oleh Netflix Asia tiga minggu lalu, ramai penonton terutamanya peminat filem dari Korea Selatan yang mengagumi hasil produksi yang dilakukan bagi Space Sweepers.
Malah ada juga yang menggelar filem ini ala ‘Guardians of the Galaxy’ versi Korea.
Pada sidang media yang dilangsungkan secara virtual pagi tadi, REMAJA dapat ‘bertemu’ dengan pengarah Jo Sung-hee dan 4 orang pelakon utamanya, Song Joong-Ki, Kim Tae-Ri, Jin Sun-Kyu dan Yoo Hai-jin untuk mendekati lagi filem Space Sweepers ini.
Menurut klip di-sebalik-tabir yang dimainkan kepada media sebentar tadi, planet bumi pada tahun 2092 digambarkan sebagai planet yang tidak lagi berkesan sebagai habitat.
Bumi telah mengalami proses ‘desertification’ di mana tanah yang kita jejak sudah kehilangan produktiviti biologikal dan tidak lagi boleh membekalkan ekonomi kepada penduduk dunia. Tiada lagi sumber tanaman, bahkan haiwan dan manusia juga tidak mampu bertahan lama di sesuatu tempat.
Lalu, lima peratus populasi dunia sudah mula membina kediaman di ruang angkasa dan di sinilah muncul dua kumpulan berbeza – penduduk kapal UTS atau bukan penduduk. Para penduduk menjalani kehidupan yang cukup indah manakala bukan penduduk perlu berkerja keras.
Apa yang membuatkan Space Sweepers menarik pada pendapat penulis adalah details yang dititik beratkan oleh produksinya. Sebagai contoh, beratus-ratus ‘rumah angkasa’ telah direka untuk membezakan karakter penduduknya. Bagi menjamin filem ini lebih realisitik, 8 syarikat VFX dari Korea Selatan dipanggil untuk terlibat sama.
*
Kita selalu melihat filem Sci-Fi dari Hollywood, tetapi apabila berpeluang untuk menonton versi Korea ini, tentulah orang yang paling teruja adalah para pelakonnya.
(Dari Kiri): Jin Sun-Kyu, Kim Tae-Ri, Song Joong-Ki dan Yoo Hai-jin.
Kata Song Joong Ki, ini adalah kali pertama dia dapat memainkan watak berkarisma!
“Sebelum ini saya selalu diberikan watak lasak, dilumuri minyak atau tanah liat dan sebagainya. Menerusi Space Sweepers, saya berpeluang membawakan watak Kim Tae Ho.
“Sebelum ini dia merupakan ketua bagi troop di UTS. Atas beberapa sebab, dia meninggalkan kumpulan tersebut dan bertemu dengan kru lain dan bertindak sebagai juruterbang kapal angkasa‘Victory’.
“Saya melihat karakter Kim Tae Ho ini agak mirip dengan diri saya.
“Pada permulaan cerita, dia digambarkan sebagai seorang yang kecewa setelah kehilangan semua benda dalam hidupnya. Dia mula berputus asa dan jujurnya, saya berada dalam situasi yang sama dalam peringkat awal penggambaran Space Sweepers. Tapi penonton dapat melihat bagaimana Tae Ho mula berubah setelah bertemu dengan ahli kru lain, dia mendapat semangat itu semula,” jelasnya. Hhm..
Okay we are not going to that personal route with Joong Ki.
Space Sweepers juga tampil exciting apabila menampilkan Kim Tae Ri sebagai wanita perkasa.
“Kapten Jang merupakan bekas kru lanun di angkasa. Setelah ditinggalkan kru lain yang telah maut, dia mengumpulkan skuad baru ini. Demi mencapai impian hidupnya, dia memerlukan duit dan di situlah bermula tugasan mengutip sisa di angkasa yang besar nilainya.
“Menerusi watak ini, saya berpeluang untuk menjadi seorang yang berkuasa, kuat semangat, saya dapat menjerit ke arah pelakon lain (ketawa).. Saya amat berbangga apabila terlibat dalam filem pertama dari Korea Selatan berlatarkan angkasa.”
Tidak Ke Pawagam Akibat Pandemik
Space Sweepers turut menampilkan Jin Suk-Kyu sebagai Tiger Park yang bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja keras dalam kapal tersebut.
Korang juga akan tertarik dengan watak Bubs (oleh Yoo Hai-jin) yang merupakan seorang (?) sejenis droid yang berpengalaman di medan perang. Kapten Jang lah yang menemui Bubs di kedai alatan terpakai dan dia menjadi sebahagian daripada kru.
Biarpun ia merupakan filem Korea Selatan, Space Sweepers juga menjemput pelakon Hollywood terkenal, Richard Armitage (The Hobbit & Ocean’s 8) untuk memegang watak CEO UTS yang menjadi punca perbezaan puak di ruang angkasa.
Disebabkan oleh situasi pandemik semasa, Space Sweepers juga menerima nasib seperti filem-filem blockbuster lain dan akur apabila ia tidak akan ditayangkan di pawagam.
Luah Song Joong-Ki, “Tentunya kami sedih bila ia tidak dapat ditayangkan di pawagam, malah pelancarannya terpaksa ditunda beberapa kali.
“Cuma bagi saya, apa yang penting sebagai pelakon adalah kami mampu memberikan yang terbaik kepada penonton dan mereka berpuas hati dengan filem ini.”
Jangan lupa untuk menonton Space Sweepers yang akan menemui korang di Netflix pada 5 Februari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Dah Seperti Pasangan Berkahwin..” Noah & Lana Gembira ‘To All The Boys’ Bakal Berakhir? – REMAJA
6 Filem & Drama Korea Yang Pernah Diadaptasi Ke Layar Hollywood

Isi Kandungan
ToggleFilem atau drama adaptasi sudah tidak asing lagi buat penonton di rumah kerana sememangnya genre nukilan ini mendapat sambutan ramai. Bukan hanya di negara kita, trend adaptasi ini juga popular di seluruh dunia.
Filem dan drama Korea tidak terkecuali diangkat menjadi naskhah adaptasi dan apa yang menariknya, industri di Hollywood juga turut mengadaptasi hasil drama-drama dan filem mereka sebagai hiburan di kaca tv. Tidak dinafikan karya hiburan Korea antara yang terbaik, buktinya ia menjadi pilihan peminat di seluruh dunia.
Berikut kami senaraikan antara filem dan drama Korea yang diadaptasi kepada versi Hollywood. Check this out!
Good Doctor/The Good Doctor
Good Doctor merupakan drama Korea yang bergenre perubatan, dibintangi oleh Joo Won dan Moon Chae Won. Drama ini kemudiannya diadapatasi kepada versi Hollywood dengan judul The Good Doctor.
My Sassy Girl
Filem ini popular sekitar tahun 2001 dan tidak hairanlah jika Fox Home Entertainment mengambil keputusan untuk mengadaptasi My Sassy Girl dengan menggunakan judul yang sama. Dibintangi oleh Jun Ju Hyun dan Cha Tae Hyun, filem ini antara komedi romantis yang paling berjaya dalam sejarah industri hiburan Korea.
II Mare/The Lake House
Filem Korea yang ditayangkan pada tahun 2000 ini telah diadaptasi oleh Hollywood dengan menukar judulnya menjadi The Lake House dan ditayangkan pada 2006. Ia mengisahkan tentang Jun Ji Hyun yang baru berpindah ke rumah baru dapat berkomunikasi dengan penghuni rumah sebelumnya. Tidak hanya memiliki jalan cerita yang romantis, filem ini juga penuh dengan misteri.
A Tale of Two Sisters/The Uninvited
Filem seram A Tale of Two Sisters ditayangkan pada 2022 dan diadaptasi menjadi The Uninvited pada tahun 2009. Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita yang mengalami kejadian aneh selepas pulang dari rumah sakit jiwa.
Old Boy
Filem thriller misteri yang ditayangkan pada 2003 ini diadaptasi 10 tahun kemudian dengan judul yang sama. Menceritakan tentang seorang suami yang tiba-tiba dituduh membunuh suaminya sendiri.
Into The Mirror/Mirrors
Nampaknya Hollywood sangat gemarkan filem atau drama yang bergenre misteri. Mirrors menceritakan tentang seorang bekas polis dan keluarganya yang menjadi sasaran kuasa jahat dengan menggunakan cermin sebagai pintu masuk ke rumah mereka.
Korang dah tonton kesemua filem dan drama adaptasi Korea ini?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.