Konflik persempadanan yang kembali meletus antara India dan Pakistan semalm ternyata memberikan banyak implikasi. Terkini dilaporkan bahawa Pakistan telah menembak jatuh dua jet pejuang India MIG21 Bison yang menceroboh ruang udara mereka buat pertama kalinya sejak Perang Pakistan-India 1971.
Kekacauan India dan Pakistan terhadap pertikaian kawasan sempadan Kashmir kembali menjadi panas pada bulan lalu selepas keupayaan menahan diri dari konflik bersenjata gagal setelah kedua belah pihak bertukar tembakan dan tuduhan sebagai pencetus untuk keganasan.
Secara sejarah, India dan Pakistan mempunyai rekod 72 tahun konflik di Kashmir, sejak kedua-dua negara merdeka.
Di sebalik konflik yang tercetus, rakyat Malaysia sering mengunjungi Kashmir untuk tujuan melancong dan kawasan sekitarnya. Kashmir yang mendapat jolokan “Switzerland India” sangat terkenal kerana keindahan alam semulajadinya.
Pasti korang masih ingat filem lakonan Salman Khan dalam Bajrangi Bhaijaan. Ia mengisahkan Shahida, anak kecil bisu yang terpisah dari keluarganya. Filem ini bukan saja best melampau tapi panorama ditonjolkan termasuk sempadan India-Kashmir yang benar-benar memukau.
Di sebalik semua konflik kedua buah negara ini, semalam Wisma Putra telah menasihatkan warga Malaysia supaya menangguhkan kunjungan “tidak perlu” ke kedua negara itu, terutamanya di kawasan yang paling terkesan akibat konflik berkenaan.
Dalam pada itu, seorang warga Twitter atas nama Nuredayu Isham semalam telah menulis di bebenangnya berkaitan masalah dihadapi akibat terkandas di Kashmir ini berikutan ruang udara kedua buah negara telah ditutup. Dia yang melancong bersama beberapa orang kawan ke Kashmir untuk melihat keindahan negara terbabit.
Nuredayu dan rakan-rakan yang sepatutnya dalam perjalanan pulang ke Malaysia hari ini telah terkandas di negara tersebut tanpa ada sebarang jawapan pasti.
Dirinya akui susah menemui individu yang mampu menolongnya di airport tambahan lagi tiket penerbangan telah dibatalkan (flight ke Delhi) berikutan konflik yang terjadi. Mengakui cuaca di sana amat sejuk dan dia sendiri sudah check in di hotel kembali selepas tidak tahu apa perlu dibuat.
Kawan-kawan yang mengetahui situasinya berdoa agar dirinya selamat kembali ke tanah air. Masa yang sama, Nuredayu turut berkongsi situasi di airport Srinagar yang bukan seperti airport KLIA 2 yang membolehkan penumpang duduk-duduk santai di sana. Untuk langkah selamat kesemuanya telah check in kembali ke hotel.
Semoga Nuredayu dapat pulang dengan selamat dan cepat ke tanahair. Ya la siapa sangka konflik ini terjadi ketika berada di sanakan. Doakan juga keselamatan semua rakyat Malaysia berikutan konflik ini. Harap masalah yang dihadapi dapat selesaikan secepat mungkin.