
Aktres jelita, Siti Khadijah Halim mengakui bahawa dia seorang yang ‘membosankan’ kerana tidak mempunyai cerita sensasi seperti anak seni yang lain.
Katanya kepada Remaja, pelakon drama popular From Saga With Love itu memaklumkan, dia sering kali menjadi pilihan terakhir untuk ditemubual, kerana tidak mempunyai cerita yang menarik perhatian ramai.
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Khadijah Kongsi Kini Ambil Kelas Mempertahankan Diri, – “Saya Ambil Judo Dan Muay Thai…”
“Kalau berlakon, saya selalu berasakan pelakon lain lebih popular daripada saya.
“Bukan nak merendah diri, tetapi biasanya kalau ada sidang media, sayalah pelakon paling akhir ditemubual.
“Mungkin kerana jawapan yang saya berikan membosankan,” luah pemenang Pelakon Wanita Komedi Terbaik, Asian Academy Creative Awards 2024 itu.
Bagaimanapun, pelakon berusia 27 tahun itu tidak berkecil hati dengan situasi tersebut. Sebaliknya, dia menerima kenyataan itu dengan hati terbuka dan terus fokus pada kerjayanya dalam bidang lakonan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pasangan Ini Buktikan Dalam IKEA Pun Boleh Buat Photoshoot Guna Kamera Kompak

Kalau dah kreatif tu, buat apa je mesti nampak cantik punya.
Itulah yang cuba untuk dilakukan oleh jurugambar profesional, Brian Pham yang menjadikan gedung IKEA sebagai set penggambaran bersama teman wanitanya.
Warning – besar kemungkinan mereka hanya membawa sebuah kamera kompak dan bukannya peralatan shooting besar-besaran. Ini kerana hampir semua gedung IKEA termasuklah IKEA Malaysia melarang pengunjung untuk melakukan photo shoot profesional di sana yang memerlukan pelbagai peralatan.
Tapi, jika ia sekadar sebuah kamera kompak, rasanya tak menjadi masalah.
Apa yang dilakukan oleh Brian ialah menggunakan corner di gedung IKEA dan objek utamanya tentulah teman wanita.
Namun, apa yang membuatkan ramai followers Brian teruja melihat 4 siri foto ini adalah kerana dia tak mengambil foto di ‘kawasan display cantik’ IKEA. Tetapi Brian menggunakan corner bahagian perabot IKEA yang menempatkan pokok, lampu dan kabinet bilik mandi.
Menurut Brian, mereka mengambil masa 6 ke 7 jam untuk menyiapkan shooting ini. Lamakan! Mungkin kerana dia perlu mengelak kelibat pengunjung lain di bahagian background.
Salah seorang followers Brian memberi respon tepat tentang fotonya ini. Kata @nnizad, “Tempat tak penting asalkan pandai shoot dan edit everything can be perfect.”
Obviously, Brian menggunakan Photoshop untuk menambah efek. Namun sebelum edit, dia harus tahu menangkap gambar dengan kreatif. Kalau tidak, edit macam mana pun, hasilnya takkan menjadi secantik ini.
Brian bukanlah jurugambar pertama yang pernah menggunakan gedung IKEA sebagai lokasi photoshoot. Sebelum ini, pasangan Steven & Amber Cox serta bayi mereka, Ezra telah menggunakan IKEA Missouri untuk mengambil foto keluarga.
Mungkin korang boleh dapat idea daripada framing foto mereka.
Cantik!
Bagi penulis, tak semestinya korang perlu ke IKEA untuk mengambil gambar seperti ini.
Di kedai RM5 pun boleh kalau korang kreatif. Tak percaya?

Cuba tengok hasil gambar dan editing AD Photography ini.
Jadi weekend ni, sediakan kamera dan seorang model okay. Jom kita serang kedai perabot! Hehe..
Hawa Rizwana Bersyukur & Teruja Kini Menuntut Pengajian Di Oxford

Pelakon dan pengacara terkenal, Hawa Rizwana baru-baru ini meluahkan rasa syukur dan teruja apabila mendedahkan dirinya kini sedang menyambung pengajian di Universiti Oxford, London.
Menurut Hawa Rizwana atau pemilik nama sebenar Hawa Rizwana binti Prof. Dato’ Dr. Ahmad Redzuan (29) menerusi beberapa perkongsian di Instagram, beliau mengambil kursus jangka pendek selama 10 hari dan bersyukur diberi kesempatan berada di pusat pengajian terkemuka dunia itu.
Dalam pada itu, gadis kacukan Arab, Siam dan Aceh itu turut menzahirkan rasa gembira dan syukur apabila hasrat ibunya untuk melihat salah seorang anak menjejakkan kaki ke Oxford akhirnya tertunai.


“Alhamdulillah akhirnya Hawa dah sampai ke Oxford University dan kita ditempatkan di Lady Margaret Hall Untuk Leadership Entrepreneurship Acceleration Programme (LEAP)”
“Alhamdulillah, apa yang membuatkan saya terharu, ayah menghubungi dan cakap dia dan mak saya ke sini tahun lalu dan berdoa salah seorang anak atau pun cucu cucu dapat belajar di sini,” katanya.
“Alhamdulilah here I am today. Berkat doa mak ayah,” ujarnya lagi.

Walaupun hanya mengambil kursus pendek namun perkongsian Hawa di media sosial telah menerima pelbagai reaksi positif netizen.
Sekadar info, Hawa adalah pengacara Meletop yang juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menamatkan pengajiannya dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.78.
Sumber: Sinar Plus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Saya Pensyarah IRL, Dalam Filem Layla Majnun Pula Jadi Pelajar ” – Reza Rahadian

There is no man hotter than somebody who is intellectual and eager to learn, always.
Mungkin itulah deskripsi tepat bila ingin mengungkapkan siapakah diri sebenar Reza Rahadian.
Biarpun pelakon kacak dari Indonesia ini sememangnya sudah popular dan tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri lakonan Nusantara, Reza berpendapat dirinya sentiasa ‘bernafsu’ untuk terus mengejar ilmu dalam kehidupan sebenarnya.
Justeru apabila nama Reza hangat diperkatakan beberapa minggu lalu setelah masyarakat Malaysia baru mendapat tahu dirinya telah bergelar seorang pensyarah di sebuah universiti di Indonesia, ramai yang terinspirasi oleh sosok pelakon yang bakal menemui penonton menerusi filem terbaru, Layla Majnun pada 11 Februari ini.
REMAJA berkesempatan untuk menemuramah Reza dalam satu sesi sidang media para pelakon Layla Majnun yang dikendalikan oleh platform penstriman, Netflix Malaysia dan bertanyakan mengenai tanggapannya terhadap kepentingan ilmu itu sendiri.
Dan apakah dia mendapat ilham dari pelajarnya sendiri semasa melakonkan watak Zamir, seorang pelajar Azerbaijan dalam filem tersebut?
“Saya sentiasa ingin ke kolej sejak masih kecil, tapi saya tidak berkesempatan melakukannya. Apabila saya mendapat peluang untuk mendalami watak Zamir sebagai seorang pelajar ini, saya terasa seperti inilah pengalaman yang belum lagi saya perolehi dalam hidup ini. Teringin sekali untuk saya ke kuliah.
“Jadi, saya gunakan peluang membintang Layla Majnun ini untuk mengembalikan impian saya bergelar seorang pelajar.
“Kalau nak diikutkan, karakter saya agak sama dengan Zamir di mana kami meminati sejarah di mana dalam filem ini, dia mendalami subjek tersebut.
“Tapi saya dan watak ini masih mempunyai perbezaan yang ketara. Dia adalah orang Azerbaijan, saya pula orang Indonesia. Selain itu, Zamir ini adalah insan yang begitu kental memperjuangkan cintanya sedangkan saya pula tidak seperti itu. (ketawa).”
Untuk pengetahuan, filem Layla Majnun merupakan pengalaman pertama Reza bergandingan dengan Acha Septriasa. Biarpun baru pertama kali berkerjasama, Reza merasa selesa sekali dengan produksi ini apabila mereka banyak membantunya mendalami watak sebagai Zamir.
“Pak Monty (pengarah Layla Majnun) membantu menyediakan seorang teman pelajar Azerbaijan yang mempelajari bahasa Indonesia. Ini agar saya mudah meniru dialek dan sebutan bahasa Azer yang mungkin saya salah.
“Dari situ dia melihat perwatakan dan cara interaksi mereka. Itu mungkin cabaran untuk saya apabila perlu membawakan watak lelaki Azerbaijan yang boleh berbahasa Indonesia.
“Selebihnya, saya serahkan kepada Pak Monty untuk menentukan sama ada apa yang saya berikan dalam babak-babak Layla Majnun itu mencapai keinginannya atau belum. Itulah yang membuatkan saya mudah bekerja dengan produksi ini,” jelasnya lagi.
Sebelum mengakhiri perbualan, Reza juga sempat berkongsi babak yang paling sukar untuk dia jayakan dalam filem ini.
“Ada satu babak di mana saya perlu berurusan dengan air yang hampir beku dalam musim sejuk. Tapi nasib baiklah kami ada pengarah, setiap kali saya sejuk saya akan memeluknya untuk hangatkan tubuh (ketawa). Apapun saya mempunyai banyak pengalaman manis sepanjang penggambaran Layla Majnun.”
Tak sabar rasanya untuk menonton Layla Majnun yang akan mula ditayangkkan di platform Netflix bermula 11 Februari ini.